Thursday, 17 January 2013

aku dia mahupun kau (episode 1)


*peeeeeeeeeeeep*
*peeeeeeeeeeeep*

Telephone berdering di atas meja. Bunyi vibrate-nya buat aku tak tahan. Lantas aku mencapai dengan penuh malas.

“Hello Assalamu’alaikum..” sapa aku.
“wa’alaikumsalam.” Jawab manusia di talian..

Ahhh. Kenapa dia call ni. Haish. Aku malas lah nak berceloteh, bercakap dan membebel ngan kau. Aduish. Petala apakah ni. Bila aku dah mula bermonolog macam orang dalam hospital sakit jiwa.

“Maisarah.. Awak dengar tak nih?”
“Haaaa, dengar dengar.” Aku nak bagi alasan apa nih.. haish. Kalaulah cell dalam kepala laju berhubung sekarang, I can create thousanddd of excuses. Ahhh, tapi brain aku tahap tengah slowmo(slow motion) ni. Maklumlah baru nak terlelap tetiba dapat call.

“Kenapa awak call? Nak apa ea?” aku berani bertanya.. maklumlah aku dah malas nak bagi alasan memacam. Dari aku diam..! baik aku soal!
“Saje tanya khabar awak. Lama kan Maisarah tak call kita. Tak text semua.” Jawabnya.
Adusssss! Ni pening tahap max ni.
“saya busy, Salam.” –tuttttt tuttttt. Phone dicampak atas katil. Selesai masalah. Dari aku nak perabis kredit orang. Haish. Apasal dia call eh? Aku sejujurnya malas kuasa dua darab tiga squre root balik jawapan tu. K mengarut.

Tiba-tiba phone vibrate dua kali. K, tu maksud dia, masuk message.

“Maisarah, awak busy ea.. takdelah, saya saja tanya khabar. Rindu lah kat awak..”
 Aku sekarang rasa nak vomit pelangi dah ni. Dari perut rasa selesa aman damai, pastu aku terus rasa nak amik baldi nak buang isi perut yang ada.
Dengan bangganya aku buang message tu. Jawapannya... message tu  selayaknya ada di ‘trash’. Harap maklum. “lagha wey lagha.”

Pastu tiga ke empat minit kemudian masuk lagi..
“Maisarah, awak ni dah kenapa? Sombongnya... kita dulu kan rapat.”
Aku reply dengan laju macam kilat eh.. tak bukan kilat! Macam light! :D physic memang patut diaplikasikan dalam kehidupan. Serious!
“Saya busy. Jangan ganggu. Saya tak suka. Jangan dok text I lagi dah. Harap paham”.
Tetiba phone vibrate lagi.. Ahhaaaaa, memang hang ni tak paham kan..! ni aku nak jadi monster ni.
“awak kenapa?”
Haish.. setelah berapa lama tak message tetiba datang balik. Sejujurnya aku tak undang, dan tak ingin pun nak undang. Aku pandang lama jugak message tu. Macam nak telan. Mungkin aku nak asah mata aku bagi jadi tajam kot yang aku pandang phone aku macam nak makan orang. :P selepas itu.. sejujurnya aku ‘simpan’ message dalam trash. Aku serahkan kat ‘trash’ dengan rela hati, dan rela lagi jiwa raga.

Bila aku kata aku tak suka, jangan kau kata suka, bila aku kata tidak, jangan kau berani kata ya! Aku seorang yang tegas pendiriannya. Cewaaaah, macam lecturer.

------------------------------
“Maisarah, oooooo Maisarah!”.
Tersedak aku. Dok berangan kawin dengan prince Willian Jr tadi.
“apa” marah aku.
“kau berangan akad nikah dengan siapa tadi? Fateh ke? Takpun Muhammad yang qari Malaysia yang comel teramat tu ke?” tegur si kawan yang suka melihat aku tersedak dan sememangnya tak boleh tengok aku berkhayal. Well, sejujurnya berkhayal is not good!

“Willian Jr.” Jawabku ringkas padat dan tepat.
“Hahaha., wey, berubah taste. High taste.” Sampuk dia.
“Cegini wey, aku rasa kan, dari kita bercerita perkara yang takkan jadi, jom gi solat dhuha.” Mencari penyelesaian masalah.
“haaa, jom... bagus lah dah sedar. By the way, aku lapar ni, sebelum kelas bio mula, aku nak makan dulu. Singgah lah kantin jap, beli makanan.” Terus mencapai telekung yang berada di atas meja aku.

“oke. Aku tak kejam. Aku tak biar anak orang starving. ok, jom.” Sambil menghayun langkah ke surau.
“Maisara... aku nak tanya.” Suaranya terlalu serius.
Aku yang naif hanya mengangguk. “apa dia?”

“sejujurnya aku ni bukan baik sangat, aku ni tak lah alim macam kau. Tudung labuh kat sekolah semua. Aku ni takde ciri-ciri kawan yang kau nak.” Terangnya.
Aku mengangguk faham. Aku pandang tepat ke arah mukanya. Mencari soalan yang bakal ditanya.
“aku.. hmmm.”
Aku masih diam..
“aku malu nak tanya”.
“aku tengah fokus dengar cerita kau, pastu kau boleh pulak buat malu-malu ayam kat sini.” Bentak aku.
“what? Malu ayam?” muka bingung tahap tinggi. Gayat wooo tengok muka dia.
“okeee, back to le point. Kau rasa aku ni layak ke kawan dengan kau, kau rasa kau tak salah pilih ke?”
Aku diam. Tanda aku mencari jawapan. Sambil membuka pin ditudung, aku sambil memikir jawapan apa perlu kujawab. Sambil aku membuka pili air untuk ambil whudu’, aku turut sama memikir selaju air yang mengalir.

Setelah selesai solat, setelah selesai doa dibaca.. sambil menyarung kasut, aku kembali bersuara..
“aku ni baik ke? Alim ke? Alim aku diukur melalui labuh tudung aku eh?”
Si kawan terus membisu tanda buntu tak tahu nak jawap apa.
“well, aku pun jahat, aku pun bukan baik sangat. Aku tak faham apa yang korang paham dengan ilmun, sampai aku jadi seorang yang alim. Alhamdulillah korang doa aku jadi seorang yang berilmu. Tapi... sejujurnya aku tak pun. Aku pernah pe coupling ni, aku pernah pe bising-bising, aku pernah jadi jahat.”
Si kawan mula fokus dan menunjukkan minat nak tahu cerita aku.
“kat luar aku pakai tudung paras biasa je. Asalkan tutup dada, pakai stokin, dah sudah. Cukup! Aku ni pun pendosa. Sebaik mana korang nampak aku ni, depan Allah, hanya Allah tahu aku ni macam mana, bagamaina. Aku rasa lah kan, sejahat-jahat kau, jahat lagi aku. Sebab aku ni jahat dalam-dalam. Kau, buat salah semua tahu. Tapi aku? Aku berlindung di sebalik tudung aku ni. Tapi aku harap hang ni tak salah faham lah. Tudung tu bukan sebagai nak tutup dosa, tapi sebenarnya protection dari buat dosa.”

Aku membetulkan lipatan tudung, berjalan ‘like a boss’, wulawey, langkah demi langkah ku selitkan cerita demi cerita.

“Jangan kau salah nilai wey, walau tudung dia labuh selabuh labuhnya.. tak semestinya dia tak buat dosa. Tidak semestinya dia pakai stokin dia nampak alim. Dia buat apa Allah suruh. Tu je. Tu pun kira perkara wajib. Jadi, si kulan pun buat lah. Aku tak kata, yang tak pakai tudung tu baik. Tapi, aku nak ingatkan, yang berlitup litap ni pun bercouple. Zaman sekarang perbezaan antara yang pakai tudung tak pakai tudung hanya terletak di ‘pakai tudung’ tu. Sifat, sikap, nak dekat sama. Ada yang pakai tudung tapi duk kisss dengan laki sana-sini. Jangan salah faham dengan teori tudung tu. Tudung ni, Allah tak suruh pun. Allah suruh tutup aurat. Haaa, bila kita tutup aurat ni secara automatiknya kita akan berkelakuan seperti gadis atau muslimah atau wanita yang menutup aurat. Macam kita tau, menutup aurat ni.... Allah suruh, bila Allah suruh, kita buat, bila kita buat, secara tak sengajanya kita akan buat suruhan Allah yang lain.”

“hmmm. Ahhhhhh.” Mengeluh panjang kawanku.
“panjangnya weh. Apa maksudnya itu? Faham atau, malas nak tadah telinga?” soal direct woo.
“aku faham. Aku mengeluh tu aku faham. Haha.” Eh, gelak pulok dia ea.
“aku pun bertuah tau dapat kawan macam kau. Kira best present dari Allah la..” jawab aku dengan penuh bersahaja.
“hah? Apa?” soal si kawan dengan muka lapar buku lima.
Kaki sudah melangkah masuk ke makmal Biologi. Kelas bermula.

--Akan ku sambung episodnya nanti.--

Wednesday, 10 October 2012

kerana itu dakwah..

     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamu’alaikum sayang dan cinta. Sudah lama saya tak menjejakkan kaki ke blog ini. Dari satu hari satu post, bertukar seminggu satu post, kemudian, sebulan satu post, kemudian, berbulan baru post. Hehe. Alhamdulillah, anda merupakan yang terpilih untuk membaca ‘post’ saya pada hari ini.. Alhamdulillah, new nafas, new life. Allah masih kurniakan awak untuk baca ‘post’ saya. Hehe.


Oke, pada ‘post’ kali ni, diba nak cerita tentang dakwah. Eh, why da’awah adibah? Hmm. Sebab, saya ada seorang sahabat, yang sedang menghadapi saat kritikal ketika berdakwah. Kerana apa kritikal? Sejujurnya, sahabat diba mula mahu berubah ke arah kebaikan. Dan perlukan sokongan.

Saya lihat, ramai yang jadi baik, atau mula nak jadi baik, tak lama. Hanya sementara. Nilai mahu menyuruh orang ber’amar ma’aruf nahi mungkar hanya seketika.. kerana apa ea? Kerana orang sekeliling dia. Dan, hati dia masih lemah. Masih susah mahu terima kritikan orang sekeliling.
Menjadi seorang yang ber’akhlak baik bukan benda yang buruk ea. Malah memberi banyak kebaikan. Dan hindar sejuta kejahatan. Pada pendapat diba, tak patut orang sebegitu ditindas.

Dakwah merupakan landasan kebaikan. Kita ajak orang buat baik. Tak salah kan? Diba berdakawah melalui laman sosial. Twitter dan blog. Awak pulak? Haaa, tepuk dada, tanya iman. Ada setengah orang kata, berdakwah melalui laman sosial ni publisiti murahan. Awak, jangan cakap macam tu. Nak bercerita tentang agama, kalau tiada ilmu, tak boleh buat tau. Susah sebenarnya nak post benda baik. Jangan pandang itu sebagai perkara remeh.

Kita kenalah sentiasa besangka baik. Hindarkan rasa-rasa yang tak baik tu. Apa salahnya kan? Pahala pun dapat. Mana kita tau dia nak dapat publisiti murahan? Tengok-tengok Allah kaji balik, dalam lubuk hati dia tu memang betul-betul niat Lillahi Ta’ala. Dah dapat dosa. Hehe. Jadi, jangan bersangka buruk. Tak elok.

Kemudian.. cara nak berdakwah. Sekarang ni dah banyak dah orang ‘share’ macam mana nak berdakwah. Siap ada cara nak tegur orang. Kawan diba diuji dengan ujian sahabat.
Sahabat mula hilang sorang-sorang, kemudian sahabat berubah. Makin menguji iman? Mengapa begitu? Kenapa Allah uji dia sebegitu? Mungkin kerana Allah begitu cinta terhadapnya?

Berdakwah.. dakwah Rasulullah s.a.w merupakan dakwah yang paling hebat.. kerana, beliau s.a.w tetap tabah, tetap kuat di jalan-Nya. Kuat menghadapi dugaan. Kerana itu, kalau nak buat baik, ‘follow’ Rasulullah s.a.w, ‘tweet’ sunnah baginda s.a.w dan aplikasi dalam kehidupan..

Hidup berdakwah ni, kadangkala sweet, kadangkala pahit. Best kan? Itu baru lah kehidupan sayang.. bila tiada pahit manis, bukan kehidupan namanya. Terus kuat bermujahadah. Kalau sesiapa yang senasib dengan sahabat diba tu, terus-terus sebut nama Nabi Muhammad S.A.W. perwira agama, seorang syabab agama yang soleh. Kuat menegakkan agama. Igauan seluruh dunia. Beliau merupakan manusia seperti kita. Kisah dakwah beliau s.a.w lagi hebat nak dibandingkan dengan kita.

Seandainya kita terpijak duri, beliau ditusuk dengan pisau betuli-tuli. Jadi, contohilah beliau s.a.w. sebab tu lah, dalam menghadapi alam kehidupan ni, fikirkan baginda s.a.w. jika kita susah, susah lagi Rasulullah dulu. Tapi, beliau dapat menghadapi dengan jayanya. Kerana itulah Allah jadikan rasul dan nabi dalam kalangan manusia.. supaya mudah kita jadikan mereka sebagai contoh tauladan. Hebat bukan kuasa Allah.  



Sahabat diba tu merupakan seorang lelaki. Sesiapa yang sudi.. boleh adiebahkhairy(click here) ^^ kalau tak ada fb, sila mention saya di twitter. msg diba di fb. Kalau nak berkawan dengan dia, bagitau diba, dan diba terus bagitau siapa lelaki tu oke. :-) tak perlu add pun tak apa. Baiklah. Syukran kerana membaca. Diba nak cakap, terima kasih buat sayang-sayang yang sudi follow, Allah saja yang mampu membalasnya. Syukran. insyaAllah, input yang baik, ambillah. Yang buruk dari saya.. sila buang dalam tongsampah. Atau delete terus :-)

-100% adibahkhairy. no copy :-)


Wednesday, 29 August 2012

cantik yang bagaimana?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, yang saya sanjungi, tuhan pentadbir seluruh alam, Allah azza wajalla. Tidak lupa juga kepada pembaca setia, tak setia. J oke dah merapu dah tu. Hehe. Hari ni, diba nak berkongsi dengan semua tentang ‘cantik’. Apa yang kita faham dengan ‘cantik’? Kita nampak perempuan comel, cun, lalu terbutir di mulut, “cantiknya perempuan tu..” atau, “SubhanAllah, cantiknya lautan yang Allah telah ciptakan. Indahnya...!” Adakah itu cantik?  Ya.. kedua-duanya kita bawa erti cantik.

Tapi, diba taknak bawa kedua-dua erti cantik tu.. diba nak bawa tentang seorang perempuan soleh dan seorang model. Diba tahu, seorang pemuda sekarang tak pilih dah yang agamanya cantik. Yang dipandang seorang model yang cun melenjun.  J

Agama dah tak pandang. Agama sebagai pilihan yang terakhir. Bahagiakan seorang pemuda itu hidup bersama seorang model, yang cantik lagi mendedahkan aurat? Pada mulanya, dia bahagia, kerana dipuji mempunyai seorang isteri yang cantik. Dan pada akhirnya, semestinya api neraka menjilat tubuh badannya.

Jika semua memandang dan memilih yang cantik.. apakah nasib yang beragama? Rasa bahagia melihat yang cantik, rasa nak mengamuk bila melihat yang huduh? Tidakkah mereka buta? Tidakkah mereka rabun? Yang huduh itu, bila terisi dengan agama, sangat cantik malah mampu berlayar sama di syurga.

Dulu saya pernah tengok ada orang tanya kepada Ustaz Azhar Idrus tentang perkahwinan.. soalan dia begini.

“saya ada kenal dua orang perempuan ni, yang si A ni muslimah, tudung labuh, tapi jenis yang tak reti bergaul, muka pun tak lawa.. dan yang si B ni pula memang comel lote lah.. tapi sembahyang lintang pukang, tak tutup aurat.. tapi kalau saya, saya nak pilih si B ni la, kalau boleh nak betulkan dia”

Dia tanya, dia nak pilih si A atau si B.. kemudian Ustaz Azhar Idrus jawab,

“kamu rasa boleh bimbing ke tak? Kalau berat tak payah.”

Sanggup pilih yang lawa, tolak yang beragama, sebab nak penuhi pilihan nafsu. Well, mampu ke? Nak bimbing ke arah agama ni bukan senang ea abang, kakak, adik. Nak bimbing ke arah agama, perlukan kerelaan. Kalau dia tak rela, tak boleh punya. Misalnya kita, orang suruh makan bangkai tikus, nak tak? Mesti taknak.. kan? Tapi, cuba kalau kita memang teringin nak makan.. mesti senang je ikut.

Jika ibu bapa yang dah berbelas-belas tahun hidup dengan anak, malah, berpuluh-puluh.. nak bimbing anak bimbing dari kecil. Cuba kalau dah 18 atau 20 tahun baru nak bimbing.. rebung nak bagi jadi buluh? Allahu. Bayangkan lah.

Ingatlah, syabab agama, pemuda agama, tahu nilai mana permata, mana kaca. Mana agama, mana neraka. Kalau semua nak pilih yang beragama, yang cantik boleh berubah ke beragama. Lagi cantik lah dia. Tapi, kalau nak pilih yang cantik, rupawan, yang beragama macam mana?

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Ertinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.

Tu pun pandang lekeh lagi wanita yang beragama. Wahai lelaki, berilah peluang kepada kaum wanita untuk mereka menjadi yang beragama. Penuhilah seluruh dunia ini dengan wanita yang solehah. Wanita solehah ni, terlalu mahal nilai dan darjatnya. Wahai lelaki, jika kalian nak berkahwin dengan seorang wanita yang agamanya jauh terpesong, walaupun rupanya cantik, niat nak bimbing,  kalian tengok dulu diri kalian. Apakah agama kalian terlalu tinggi? Ilmu kita hanya sedikit. Ni kan pulak nak bimbing orang. Fikir seribu kali kalau nak menikah dengan wanita yang tiada agamanya.

Mungkin ada orang kata diba ni :

Jealous lah tu tengok orang cantik, dia kan tak cantik, tak ada orang nak, dah la buruk.

Well, I am not jealous. Tapi diba kesian. Mana maruah wanita? Hanya dengan menunjukkan kecantikan mampu tawan hati 1000 lelaki, tapi, apakan dia sedar yang dia tak mampu tawan hati pencipta dia.. iaitu Allah azza wajalla. Dan lelaki pun sekiranya anda mampu melihat dengan mata hati, saya yakin dan pasti, anda akan mengutamakan yang beragama buat melengkapi agama anda.

Kita terkapai-kapai dihanyut oleh dosa. Hampir tenggelam dan kemudian timbul di lautan dunia. Ombaknya kuat, tapi, mampukah kita bertahan? Ingat lah, pilihlah yang memudahkan kita ke syurga. Bukan amik risiko ke neraka.

Wahai kaum Adam jika anda pilih yang tiada agama, ada dua pilihan anda :

A : bimbing sampai jadi muslimah solehah, walaupun payah, berbuih mulut, tak dengar kata.
B : gagal. Neraka. Sengsara.


Anda bijak. Ya saya tahu! Tapi, gunakan kebijaksana-an anda itu untuk agama. Bukan follow hawa nafsu. J  dan wahai lelaki..

Lelaki yg ingin berubah. Bukan pergi mendekatkan diri dgn wanita berpurdah. Pergilah kamu menjejaki para ulama'. Bertarbiyahlah. Ini, diba jumpa dekat twitter.

Coretan hak milik diba. Hadis datang sumber dari gooooogle. Gambar tumblr.
Warning. : diba mohon ampun kalau ada tersalah kata, terlajak bicara, mohon ampun oke. Sama-sama kita bermujahadah dan bermujahid di jalan Allah. Sama-sama kita menyemai cinta dan kasih ke jalan-Nya. Jangan cari dan mai bunuh diba ea. ^^, kira maaf lah ea kalau ada terasa. J kalau masih terasa tu, Allah sayang. J jangan risau.

Saturday, 11 August 2012

Ramadhan Is My Boyfriend.


Assalamu’alaikum. Maaf lama tak menjengah di blog. Dah lama, sangat lah lama. 2 months eh? Hehe. Takpe, tak penting. Macam mana anda semua? Sihat? Iman oke? Ke turun naik? Iman ada demam? Hehe. Takpe, rawat dengan zikir. Diba confirm semua dah tau yang Ramadhan dah sudah nak melabuhkan tirai. Diba sangat sangat sangat sangat sangat sedih. Macam boyfriend tinggalkan diba. Ihiks. ^^. Ramadhan is my boyfriend. Serious. One month mencari cinta, one month mencari kasih, one month tanam rasa sayang, lepas one month, I will miss Ramadhan.

Malam Lailatul Qadr datang. Our date. (:

Masa Ramadhan ni lah kita nak seeking forgiveness from Allah, ye betul bukan masa Ramadhan je kita nak cari His forgiveness, tapi masa lain pun boleh. Tapi, kita kena tau yang bulan ini la yang memudahkan kita untuk tidak bongkak, kita jinakkan nafs kita. Bangun malam dengan mudah for tahajjud. Sebab, syaitan dipenjara. Itu satu kebahagiaan. Selama 11 months, kita terikat dengan syaitan. Dihasut, diasuh untuk buat perkara mazmumah, jadi, tibalah Ramadhan untuk kita merdeka dari hasutan mazmumah, dan jinakkan nafs untuk perkara yang baik.

The holy month of Ramadhan is an excellent opportunity to have one's sins forgiven. Allah's blessings and mercy are so abundant in this month that anybody who truly repents in it, becomes as free of sins at the end of the month as when he was born. It is a glorious chance offered to us by the Almighty, a chance to cleanse and purify ourselves from the filth of sins and evil.

The Holy Prophet has advised believers: O people . . . your back is breaking under the heavy load of your sins,  so prostrate yourself before Him (in Ramadhan) for long intervals, and make it lighter.

Lihat, masa bulan lain kita sibuk sangat untuk urusan dunia, masa Ramadhan, Allah buka satu ruang di mana, terawih kita buat. Malam hari, pada 1 per 3 malam. Ramadhan bulan yang kita patut nanti-nantikan saban tahun. (: bukan waiting for Ramadhan sebab nak shopping dekat bazar, bukan waiting for Ramdhan untuk shopping baju raya, banyak sale time Ramadhan.. no, bukan tu sebab kita tunggu Ramadhan. “When you pray and you bow down to Allah, imagine all the sins placed upon your shoulders falling away from you.” Ya Allah, best tau tak bila kita rasa segar, rasa nyaman, bila solat. Try solat 20 rakaat terawih, saya pasti dan sangat sangat yakin, anda rasa puas.

Tapi, bila nak pi solat terawih, niatlah kerana Allah. Fokus. Bukan sebab 20 rakaat kita buat sebab nak orang cakap, ‘ish, bagusnya budak ni..’ no. Bukan sebab tu. Kita nak Allah nilai kita. Kita tak layan pujian manusia. Pujian manusia bawak kat dunia je. Hidup dengan pujian, one day akan jatuh. Trust me. (:

Orang selalu cakap macam ni..

"Permulaan Ramadhan itu adalah RAHMAT, pertengahannya adalah PENGAMPUNAN, dan penghujungnya adalah KEBEBASAN dari api neraka"

Ya, tepat. Memang pun. Sebab tu Ramadhan ni penuh barakah. Baca al-Quran sampai lebam. Hehe. Maksud saya, baca al-Quran sebanyak-banyak mungkin. Bila khatam masa bulan Ramadhan ni, kita rasa macam ‘winner’. Percayalah, try lah buat tahun depan. (:

Bila kita buat amal ibadat masa Ramadhan, buatlah bersungguh sungguh. Buatlah macam tahun depan dah tiada Ramadhan bagi kita. Ini Ramadhan terakhir bagi kita. Ruginya kita bila kita mensia-siakan Ramadhan kita. Masa semua orang pergi terawih, kejar cinta Allah, kita sibuk dengan nak study lah, nak buat assignment lah, kata tak boleh pergi terawih sebab esok exam, sebab esok ada hal, kena siapkan kerja, dan macam-macam. Yelah, manusia sentiasa cipta alasan. Nak seribu daya, taknak seribu alasan (: betul tak? 

Hmm. Allah akan permudahkan kita kalau kita betul-betul mengejarnya. Kalau sibuk sekalipun, takkanlah 8 rakaat pun tak boleh buat? Masa kadang-kadang tak sampai 30 minit/ setengah jam.
Kita kat dunia ni, nak kejar redha Allah kan? Kalau tanya nak masuk syurga ke neraka? Mesti semua jawab syurga! Kalau yang nak masuk neraka tu.. hmm. Nauzubillah. Redha Allah tu segalanya. Hidup dengan redha-Nya insyaAllah kita berjaya, dipermudahkan urusan. Tak ada alasan untuk kita tinggalkan terawih, terutamanya lelaki. Kalau perempuan Allah ada bagi cuti. Jadi, kalau tak solat sebab memang tak boleh. Allah sendiri bagi. Ni, lelaki ni, tak nak ke jadi salah seorang lelaki soleh?
Dekat masjid kawasan rumah diba, waktu Isyak dan 8 rakaat terawih penuh masjid, lepas 8 rakaat terawih, semua dah hilang. Alhamdulillah, masih ada yang nak pi masjid.


Masa Ramadhan ni lah kita nak tunjukkan bahawa kita ni amat cintakan Allah. Dan, Ramadhan is a proof of the love of the Almighty that each year He gives us a chance to clean our record and make a fresh start. Contrary to those who think that Allah is strict and harsh, that He will punish us as soon as we err, Allah gives us many chances to undo the wrong we have done towards Him. The month of Ramadhan is the best of these chances. All the duas for this month teach us to plead for forgiveness and deliverance from the punishment. One who recites these duas sincerely, and is truly repentant, is assured of forgiveness.

(: bahagianya kita menjadi seorang muslim, seorang muslimah. Mendapat cinta dari-Nya, dihadiahkan kita satu bulan untuk ‘basuh’ diri dari dosa. Beruntungkan kita? Allah love us. Berbahagialah beribadat kepada-Nya. (: rugilah kita kalau meninggalkan Ramadhan, tanpa dapat apa-apa pun input darinya.

***

Raya dah nak sampai. Kan? Baju raya dah beli? Confirm dah.. (: tapi.. hmm, dah ready nak tinggalkan Ramadhan kareem? Saya tak ready lagi, tapi, apa pun jadi, kita kena tinggalkan jugak. Kalau boleh, nak sangat Allah ‘pause’ masa Ramadhan. Tak nak bergerak. Nak stay je dengan Ramadhan. Tapi tak boleh.. (:


Sambutlah raya dengan penuh sederhana, sambutlah raya dengan penuh barakah. Ingat-ingatlah saudara kita di Palestine, di Burma. Agak-agak, raya mereka macam mana? Kita pakai baju baru, kasut baru, salam dengan keluarga, tapi.. mereka... kehilangan keluarga, makanan susah nak dapat. Kita bahagia, penuh tawa, tiada tangisan. Tapi mereka, meratap kehilangan saudara, keluarga. Nak mencium tangan bonda dan ayahanda, impian yang ingin dijadikan nyata, tapi, apakan daya, Allah lebih sayangkan mereka. Tadah tangan, sampaikan doa buat mereka. Doakan kebebasan, doakan kekayaan, doakan kemudahan buat mereka, doakan keamanan yang sentiasa menjadi dambaan mereka setiap masa. Nak bantu perang bersama, mustahil, jadikan doa sebagai peneman mereka. Itu saya yang termampu, itu saja yang terdaya.

Selamat menyambut malam Ramdhan 10 terakhir, dan selamat menyambut Aidul Fitri, maaf zahir dan batin hujung rambut hujung kaki ^^. Semoga kita sama-sama graduate dari Ramadhan penuh dengan input  dalam university of Ramadhan. (: salam sayang kasih dan rindu (:
-adibakhairy

p/s gambar bukan hak milik saya :)

Wednesday, 27 June 2012

aku yang sekarang :-)


Assalamua’alaikum sayang.. hari ni diba nak bercerita je. Mungkin ini bukan kisah hidup diba..  tapi saja buat-buat, ataupun saja nak cerita. Tapi niat diba post cerita ni, untuk menyemaikan benih keinsafan dalam diri dan hati sayang-sayang sekalian. Baik lelaki dan perempuan.
********
Cerita pertama ;-)
‘peeep’ ‘peeep’
J : Salam, awak tengah buat apa?
A: Wa’alaikumsalam, tak buat apa pun. Hehe.

Dan message sedia masuk dan keluar. Hati dan Iman tak berhenti berkata-kata. Iman menegakkan hukum Allah, hati, bahaskan tentang asyiknya message.

Hari demi hari, tak message rasa rindu yang parah. Ahh, ini ke demam cinta? ‘Taknak lah aku’, jawab iman, hati pula… ‘teruskanlah. Bukan senang tau nak cari cinta. Lagi pun, kalau tak couple kan tak laku.. nak ke dilabel macam tu?’ aku memilih untuk hati. Aku tidak langsung hiraukan sakitnya iman.

Hari makin hari, makin teruk aku dibuai, jauh tersasar. Katanya, kita cinta sebab kita nak kahwin! Erk.. Okee. Hati pun terbuai dengan kata-kata tersebut. March test menjelma. Aku sibuk message sana sini. Study? Uh, masalah dengan partner patut aku risaukan. Nanti akhir tahun aku buat lah betul-betul.

Hmmm. Makin teruk hari demi hari. Topup setiap hari. Tak lima, mesti sepuluh. 30 hari.. hmmm. RM 300? Wow, banyak tuh.. hmm. Tapi, tak apa, buat dia aku sanggup. Kan bakal suami aku jugak. Takpe habis berbillion pun.

Parah sungguh cinta ni. Hmmm. Dilabel macam-macam, namun aku tepis, biar lah..aku kan sayang dia. Ala, Allah tahu, aku cinta dia demi Allah. Katanya, ini bukan cinta monyet,.

Tiba-tiba, nak ditakdirkan, satu hari, aku, sedang berborak dalam kelas, lalu, kawan aku ni suruh aku  baca satu buku. Yang bertajuk “pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul-‘Fatimah Syarha’.”

Tersedak aku, dipukul teruk dengan setiap ayat yang tertakluk dalam buku tu. Hiba, sedih, cukup menyesal.

Nak dijadikan cerita aku menerima satu message satu hari ni daripada kawan lama. Hantar message lucah. Lalu, aku try call si J ni berkali-kali, namun gagal. Jadi, aku nak settle masalah, jadi aku handle sendiri.

Bila dah settle, aku  pun cerita dekat si J, lalu, aku dimarah sebab tak nak bagi number kawan aku dekat dia. Kira macam tunjuk hero lah. *Tapi, diba yakin, korang pun buat macam si J ni jugak* aku tak bagi sampai kesudah. Aku dimarah. Hmmm. Kemudian aku rasa cukuplah setakat tu. Aku minta dia tak message aku lagi dah.

Kemudian, J message aku, dia kata, dia ada orang lain. Aku bengang.. jadi, aku terus marah-marah dia.
Kemudian J cakap, yang J ni tak ada pun orang lain. Saja je nak bagi aku benci kat dia.

“whatttt? Menipu gila!” –AKU
“sumpah takda orang lain”-J

Selepas beberapa hari aku dilanda kemarau rindu. Lalu aku message dia, yang aku nak kembali macam dulu.
Tapi aku ditolak. Lagi pula, dia pernah bagitau yang ibunya tak suka dengan perangai aku. Jika sebelum nikah aku sudah dilabel, apatah lagi sesudah nikah. Mungkin setiap hari pertengkaran akan berlaku. Aku terima sebagai nasihat. Aku tidak mahu bertindak sebagai seorang yang jahil. Aku tinggalkan J.. dan aku simpan kata-kata ibunya. Untuk menjadikan aku perempuan yang lebih hebat. Malah, terlebih hebat. Mana tahu.

Aku terima. Aku cuba sekuat yang mungkin untuk bermujahadah. Bila aku lemah, aku buka kembali karya Fatimah Syarha. Makin hari, makin kuat. Aku buktikan yang aku merupakan wanita yang bakal menakluk dunia. Bukan wanita untuk dipijak.

Aku juga yakin, J sudah melupakan aku. Hidupnya mungkin di sebuah IPT, yang sudah gembira. Ataupun sudah pun mendapat pengganti diriku. Biarpun diulit rasa ingin tahu, ku tepis. Dia tidak hiraukan diriku. Buat apa aku fikirkan tentangnya. Tidak perlu. Aku tidak mahu berjumpa dengan J lagi. TAKNAK! Masa lampau ku pernah hancur akibatnya. Aku doakan supaya, Allah jauhkan aku dari J. jauh sejauh-jauh nya. Pada mulanya.. aku sedih. tapi aku tabahkan. Air mata yang mengalir aku biarkan supaya membuang kesedihan.

Aku mencari manisnya iman. Akan ku kelatkan zina sekelat-kelatnya. Rindu itu biasa. Cinta terhapus kerana sebab. Tak perlu aku simbahkan hatinya yang aku masih sayangkan dia.
Aku hapuskan setiap lelaki yang pernah hadir dalam diri. Mana yang sentiasa message, aku halau, dan terus bermujahadah.

Yang kotor itu bukan diriku. Itu dosa aku.

Hari demi hari, bangun satu pertiga malam untuk menundukkan kepala menyembah Allah. Meluahkan dosa-dosa lampau. Mungkin ada juga kebaikannya. Dahulu aku rasa jauh dengan Pencipta-ku. Tapi sekarang…

Tak bercakap walaupun seminit dengan-Nya, sudah rindu. Mungkin kadangkala, syaitan membisikkan supaya message si J. walaupun nombor cell phone tiada dalam contact list, tapi aku ingat. Kerana. Sudah 3 tahun aku mengenalinya. Cukup lama bukan?

Tapi.. kini.. aku sudah mula hidup baru. Cukuplah, datanglah rindu sebesar mana pun.. aku buang. Aku persiapkan diri aku untuk Allah. Mungkin ada orang yang pernah label aku sebagai seorang yang tak boleh kalau tak couple.

Siapa cakap? Malah sekarang aku lebih kuat. Aku lebih hebat. Cita-cita aku mahu menjadi seperti  srikandi Islam. Sehebat Rabiatul Adawiyah tegas menegakkan agama Allah. Sepandai Fatimah az-Zahra puteri baginda Rasulullah s.a.w, dan sehebat Aisyah isteri baginda Rasulullah s.a.w.

Walaupun mulanya mujahadah itu pahit.. ku kuatkan.
kini aku sudah tekad tidak mahu mengulangi dosa masa lalu. Al-Quran keselak, ku belek setiap hari. Umpama surat cinta memenuhi kata-kata indah dari Allah. Rasa indah. Mengalir air mata. Membasahi pipi sentiasa. Allah, jangan tinggal aku lagi. Aku sayang Allah! Aku rindu Allah! Aku cinta Allah!


Allah, aku lemah dan tidak berdaya, akan ku luah dengan air mata yang mengalir dari mata, mengalir ke pipi.
 Andailah aku ni boleh putarkan masa.. aku tidak mahu langsung terikut-ikut dengan kawan-kawan tentang budaya bercinta. Setiap air mata yang mengalir, aku mohon, agar Allah hapuskan dosa-dosa lampau.

Aku mahu cinta yang pastinya membawa ke JannahtulFirdausi. Iaitu, cinta-Mu. Hidupkan hati ku dengan cahaya Nur-Muhammad. Janganlah Engkau(Allah) tinggalkan aku, walaupun seketika. Aku tidak mahu! Tidak mahu keseorang tanpa-Mu.

Ada beberapa suara yang sentiasa membisik dalam hatiku.

“Allah itu dekat denganmu. Sungguh dekat.”
“Allah menantikan kamu untuk kembali kejalan-Nya”
“CINTA dan HATI mu pernah dinodai, yakinlah, engkau akan dapat balasan yang setimpal”

Tapi, aku yakin.. walaupun hati cakap macam tu.. Allah lebih tahu. Allah mengaturkan lebih baik.  Jadi, aku yakin, dan aku belajar menerima semua ketentuan-Nya.

Terdapat beberapa kawan-kawan dan kakak-kakak aku cakap, yang orang yang menginsafi masa lalu lebih hebat ‘hidup’ ibadahnya dari orang yang tidak pernah rasa pahit kehidupan. Walaupun diri sntiasa dalam tarbiyyah, ketika taubat, dia merasakan dosanya tidak lah besar, tapi, bila ada yang taubat nasuha, disebabkan oleh tamparan masa lalu, dia sentiasa bermujahadah, sentiasa mentarbiyyah kan diri, untuk menjadi lebih baik, malah lebih baik dari orang yang sentiasa merasakan dirinya sudah cukup ditarbiyyah dan sudah matang dalam mujahadah.

-the end-

Hehe. Panjang bukan. Kalau paste dalam Microsoft word, ada 8 pages. Diba nak cerita sikit tentang diba..

Cerita kedua :-)

Satu hari., diba menyembang dengan budak form one, dan ada dua tiga orang budak form three. Diorang tanya..

“kak diba.. akak couple dengan sape sekarang?”

“mana ada orang nak, dik. Lagipun, apa yang best, couple? Akak rasa sedih kalau couple. Tambah dosa dengan Allah. Dulu pun dah banyak tau dosa. Nak couple pulak. Ohh.. No! No!” jawab diba..

“yeke? Tak percayalah orang cam akak ni ada jugak tak couple.”

“percaya je lah. Akak malas nak cerita pasal ni. Tak ada benefit. Dah dah! Bukak cerita lain lah pulak.” Jawab diba.

Ada ke patut budak-budak tu cakap macam tu? Tersedak diba..



Cerita yang ke tiga- :-)

Haaa, satu hari, acu diba ada tanya..

Acu : along nak pi mana besar nanti?
Diba : nak pi Jordan. Boleh?
Acu : boleh. Tapi kenapa Jordan?
Diba : nak dating kat sana..
Acu: dengan sapaa?!!
Diba : dengan akak AfiqahAbdulRahman.
Acu : sapa tu?
Diba : buah hati. Kekasih. Cinta. Rindu. :-P


Baiklah. Sudah tengah malam. Nak buat slide lah konon. Akhirnya, slide siap satu je. Lagi satu slide.. errr. Hehe. Dah 12.00 a.m ni. Selamat malam sayang cinta buat semua. Salamu’alaikum. :-*



-ADIBAH NORKHAIRY

Saturday, 23 June 2012

yang itu aku punya, hari ni milik aku. besok belum tentu

Assalamu'alaikum. Maaf lama tak bertandang. Saya agak busy. Makin busy dengan study. Cewah.. bunyi macam student university. Makin smart belajar sekarang. Alhamdulillah. Lelaki tidak lagi bertandang di hati, apatah lagi di kepala. Hidup semakin ringan. Alhamdulillah, team usrah kelas diba banyak bagi postitive feedback. Walaupun baru sekali perjumpaan, dua kali lampiran usrah diedarkan. Semoga makin kuat ukhuwah kita. Insya-Allah. Diba nak start story ni..

Pada suatu hari, team hockey diba ada buat perbincangan kata nak pergi swimming. Diba kata malas nak pergi. Lagi pun saya tiada duit. Ada satu perbualan antara diba dengan Piko. Nama real dia Wan Nur Syafiqah.. Hee. Hmmm. 

Piko : Kau tau tak kita nak lawan dengan England nanti?

Diba : Tipu lah kau. Dah banyak kali tau kau tipu aku. Taknak percaya. *buat muka*

Piko : Serious lah.. Tak nak percaya sudah. Kan wawa kan?

Wawa : Ye.. Betul weh!

Diba : Korang komplot nak tipu aku ea. Tak percaya.

Wawa dan Piko : Tak nak percaya sudah.

Diba : Okee ^^V

Lepas tu, diba tanya orang lain, diorang cakap memang ada perlawanan dengan England. Tapi, diba tak akan percaya selagi tiada bukti yang kukuh. ;-) lepas itu.. diba pun pulang dari sekolah. Buka laptop.. dan buka facebook. CHECK! Then.... diba bukak hockey punya group. Diba nampak benda ni 

Diba pun apa lagi. Mula-mula memang taknak percaya, TAPI, dah guru kesayangan saya berkata demikian, saya tersangat lah gembira. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Terima kasih cikgu kerana terus menerus membantu kami satu team untuk menjadi lebih baik. Buat Piko, bukan England. U.K :-)



Baiklah. Selesai sudah bab tu. Ni diba nak masuk cerita satu lagi.. Pernah tak dengar lagu Kasih Kekasih?
In-team. Best sangat awak. Lirik dia ya Allah.. buat saya cair. 


"Tak Perlu Aku Ragui 

Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 


Ayah Ibu Merestui 


Menyarung Cincin Di Jari 

Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 




Sebelum Diijabkabulkan 

Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia"



Kepada setiap lelaki dan wanita yang singgah, diba berdoa semoga, kita sentiasa dijauhkan dengan cinta yang tidak halal. Allah datangkan yang halal untuk mencegah yang haram. Ingat tu! :-) sama-sama memperbaiki diri, sama-sama mengasihi ke arah kebaikan. Insya-Allah.




"Kau Tahu Ku Merinduimu 

Ku Tahu Kau Menyintaiku.Oh.Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan.Oh.Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan"

nak suami macam ni. agak-agak ada tak? ;D



Gambar bukan hakmilik saya. :-) Nama pemilik gambar tertera pada gambar tersebut. Selamat petang.
Asar sudah. Jom solat :-) 


yang benar-
dibakhairy.

Sunday, 10 June 2012

indahnya hidup tanpa zina. terasa lazatnya iman.


Assalamu'alaikum.

Tanggal 2 haribulan 6.. dua kekasih hati bertemu di KLCC. Ceritanya bermula begini..

Pip pip *satu message masuk*

Salam, awak nak tak join geng usrah kita gi klcc

Lalu yang sorang lagi pun reply.

insyaAllah kalau mak bagi.

Lepas tanya bonda, lalu, dia bagi pergi.. saya pun bersorak happy.
Happy yang tersangat sangat. Kira tu first time hang lah. Mak percaya kat Put, sebab tu mak bagi kita keluar. Bahagia. Tapi.. apakan daya. Sebenarnya usrah tak jadi. Jadi, diba cakap kat put, diba nak jugak jumpa dia. Ada beberapa halangan sebelum nak sampai ke KLCC. Diba ni dah la orang kampong -.- sampai nak pergi KLCC pun sesat :’( okeeh, saya sangat kampong. Saya menghabiskan masa yang indah dengan Put. Aishah dengan Put sangat lah tinggi. Saya pendek. :’( sedih lagi. Nak dijadikan cerita, pagi 2 haribulan 6 tu, diba kat Port Dickson. Bayangkan pukul 9 pagi baru nak bertolak. Nasib jalan tak jam. Alhamdulillah. Apa-apa pun, hari saya sangat indah. :-) bila keluar  tak rasa dosa. Sebab kami halal toyyiban. Tak perlu risau pun. Nak pegang tangan, peluk pun boleh. ;-) awak jealous? Silakan :-)
Alhamdulillah, put, thanks for everything. I’ll miss you. *muah pipi kiri, muah pipi kanan* style put. Hmmm. Sebenarnya, banyak yang diba nak story pasal hari dengan put tu. Panjang sangat kalau diba nak cerita. Kitorang pergi sana, pergi sini.
To my dear put. Ilooooveyou :-* sayang sangat. Hati-hati okee. Moga put makin tabah dari hari ke hari untuk menjadi muslimah yang solehah. Insya-Allah sayang :-)

*******

Okee, cerita tentang put sudah pun habis. :-)
Diba nak masuk part apa yang diba nampak, apa yang diba lihat, dan apa yang diba belajar.
Ada beberapa kawan di facebook, twitter, yang suka update status pasal boypreng dan girlprang dia. *ejaan memang sepatutnya dispell sedemikian. Jijik nak eja betul-betul, harap maaf* pastu, selalu seret boypreng dan girlprang sana sini. Malu lah awak. Orang semua tengok. Diba pernah lalui situasi tu. Tapi tak bermaksud keluar dengan boypreng. Keluar dengan KAWAN. Sekarang, bila fikir balik. Malu lah. Bukan malu dengan manusia. Saya malu dengan Allah. Takkan awak tak malu?
Baiklah, apa yang diba nampak, bila start cuti, penuh shopping complex dengan students. Students sekolah dan IPT. Awak, awak dah kawin ke yang seret anak orang merata? Kalau halal saya tak cakap. Diba pernah dilabel sebagai pemusnah hubungan orang, di cop sebagai seorang yang tak suka tengok orang yang couple ni bahagia, jadi, dah biasa dah kena caci maki ni. Baiklah, awak amik remeh apa yang saya tegur, awak buat tak dengar, awak buat tak endah. Power lah awak ni. Tapi, saya tak dapat bayang sikit pun bila dengan Allah, awak buat macam tu. Ouh, badan awak memang tahan bahang panas neraka ea? Power nya. Kagum saya.

Mana wujud istilah couple islamik bagai. Dibawak solat jemaah lah. Apa lah. Siap cakap lagi, “saya doakan awak jadi isteri/suami saya” ya Allah. Malunya. Cuba mintak cinta Allah. Awak kejar cinta Ilahi pun terkial-kial. Macam mana, dan mampu ke nak survive untuk cinta manusia? Erk! Tak malu ea? Malu awak. Malu. Malu kan sebahagian Iman. Jadi malu lah untuk melakukan kejahatan, bukan malu untuk kebaikan. Awak nak cakap saya ni teruk? Awak nak cakap saya ni gila? Awak nak cakap saya ni jahat? Sila-sila lah. Sedikit pun tak tergugat iman saya.

Kenapa perlu gentar bila cakap benda yang betul dalam Al-Quran pun ada.



ولا تقربوا الزنى. انه, كان فحشة وسا ء سبيلا.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Al-Isra’ : 32.

Tak percaya, check. Sorry tak ada baris. Ni typing sendiri. Tak amik dari internet. Hmm jadi, anda berani nak langgar apa Allah kata? Waah, berani? Power sungguh awak. Takpe, nanti kat akhirat kalau awak jawab lain, siap awak. Sekarang jangan berani sangat. Jangan tunjuk power. Sekarang ni, kalau girlprang atau boypreng kena marah, atau lepak dengan sesiapa, start lah nak cetuskan pergaduhan. Ecewah, nak tunjuk power lah tu. Berlumba-lumba lah untuk perkara sia-sia tu. Orang-orang yang beriman, sedang sibuk nak cari rahmat Allah. Tak teringin nak tergolong sekali ke? Tak nak? Apa? Awak taknak? Pahala awak dah banyak ea? Pahala awak banyak sangat ea? Waaaah, kat mana tengok pahala awak tu? Ke rasa-rasa je? Amboih, power nya. Dah cukup banyak pahala awak, sampaikan nak cari pahala lagi pun taknak. Bila soal, dah ready nak mati.. awak jawab dah ready saya tak kesah. Satu lagi, kalau awak confident sangat syurga tu awak dapat bila terus masuk dalam kubur, saya tak kacau awak. Tapi, ni… hmmm. Ajak mati takut. Tapi tunjuk power. Pelik je.

Saya taknak lah cakap pasal yang tak pakai tudung. Ni yang bertudung ni. Yang bertutup. Sana sini tayang partner korang tu. Ada orang cakap,

Gadis yang tak bertudung tak semestinya tidak baik, tapi, bila gadis 
bertudung.. semuanya baik.

Erk! Semuanya baik? Hmmm. Saya berhijab. Tapi, saya ni baik ke? Hmmm. Insya-Allah. :-) walaupun agak nakal. Hmm. Ait, sat, wait. Bayangkan.. PEREMPUAN, GADIS, WANITA, YANG BERHIJAB bila dia heret boypreng dia.. yang tu baik ke? Malunya. Mana maruah sebagai seorang wanita? Apa guna pakai tudung? Baik tak payah pakai. Malu lah awak. Baik tutup muka dok rumah je. Jangan keluar-keluar. Sebenarnya..

Gadis yang bertudung tak semestinya baik, tapi, bila gadis menutup aurat dengan sempurna.. semestinya baik!

Haaa.. gitu sebenarnya. Diba taknak cakap orang yang bertudung ni jahat. Tapi.. biarlah tutup aurat dengan sempurna. Dan.. bila menutup dengan sempurna.. mestilah menjaga segala-galanya. Bila perempuan ni bersifat malu. Maksud diba, malu bila buat jahat.. itu lah wanita solehah. Taknak ke dilebel wanita yang terpelihara?
Mestilah nak kan? Jadi.. jomlah awak.. tinggalkan boypreng tu. Kepada yang lelaki.. lupakan lah girlprang tu. Tak bawak ke mana pun. Kalau Allah kata jodoh kita.. datang jugak. Jadi apa nak dirisaukan. Jom jadi baik.

Tak salah kan jika berubah jadi seorang yang mantap akhlaknya?
 Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang sempurna auratnya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang terpelihara dirinya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang sentiasa memperkukuhkan imannya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang mencari manis syurga?

Haaa. Kan tak salah. Jadi.. awak tetap taknak berubah? Hmmm. Pintu taubat Allah sangat besar. Dalamnya sangat lah luas. Bila jejak masuk.. rasa manisnya iman. Rasa pahitnya zina. Dan.. sentiasa mengingati-Nya.
Apakah tenang jiwanya jika zina sentiasa menjadi makanan hati? Lazatkah? Itu yang awak kata lazat? Yang membuat diri akhirnya dijilat neraka? Argh sudah! Korang masih menutup hati untuk Allah. Korang masih nak rasa lazat maksiat.. baiklah. Teruskan. Nanti bila dah dalam kubur, jangan salahkan orang disekeliling yang telah tegur anda. Salahkan diri sendiri. Jangan menyesal! TERUSKAN!


BIAR menangis sekarang.
JANGAN nanti.
BIAR sengsara sekarang
JANGAN nanti.
BIAR luka sekarang.
JANGAN nanti.
BIAR sakit sekarang.
JANGAN nanti.

Malu dengan Allah. :-) sesame jadi baik okeeh! Jom!

Sekian saja dari saya Adibah Norkhairy.
Err. Kepada…
ENCIK           : Saya minta maaf andai terkasar bahasa. Terlanjur bicara. Terasa hati. Maaf :-)
                         Jadikan diri anda dan persiapkan diri anda untuk menjadi zauj yang sempurna     
                         agamanya. Jangan tau seret anak dara orang merata. Tukar sikap. Jadi mahal sikit.
                         Jangan murah sangat maruah anda!

PUAN/CIK :  Saya minta maaf andai korang cukup terasa ddan tersakit hati, mata,kaki, kepala.Biar                           
                       terasa dekat dunia. Jangan akhirat. Nanti time Allah peril.. baru rasa sakitnya. Haa.
                       Wahai kaum Hawa. Bangunlah… jadi lah seorang wanita yang cukup terpelihara.
                       Benarkan yang halal sahaja mengenali dirimu. Benarkan yang halal sahaja tahu siapa                                           
                       kamu. Wanita yang solehah itu gelaran buat kamu. Jadi, kejar untuk menjadi wanita
                       solehah. Pelihara auratmu. Pelihara hatimu. Diba dah cuba berubah. Anda bila lagi? 
                      Sekarang ada masa.. jom lah. Jangan bila malaikat maut datang depan mata baru nak 
                       berubah. Dah terlambat. Pintu taubat buat anda sudah tertutup masa tu.


PUTERI INTAN DIYANA : SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT-SANGAT. NAK JUMPA LAGI! ;-)  insya-Allah, I'm not pretending to be anyone else :-)*HALAL TOYYIBAN*

May peace be upon you :'>