Wednesday 10 October 2012

kerana itu dakwah..

     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamu’alaikum sayang dan cinta. Sudah lama saya tak menjejakkan kaki ke blog ini. Dari satu hari satu post, bertukar seminggu satu post, kemudian, sebulan satu post, kemudian, berbulan baru post. Hehe. Alhamdulillah, anda merupakan yang terpilih untuk membaca ‘post’ saya pada hari ini.. Alhamdulillah, new nafas, new life. Allah masih kurniakan awak untuk baca ‘post’ saya. Hehe.


Oke, pada ‘post’ kali ni, diba nak cerita tentang dakwah. Eh, why da’awah adibah? Hmm. Sebab, saya ada seorang sahabat, yang sedang menghadapi saat kritikal ketika berdakwah. Kerana apa kritikal? Sejujurnya, sahabat diba mula mahu berubah ke arah kebaikan. Dan perlukan sokongan.

Saya lihat, ramai yang jadi baik, atau mula nak jadi baik, tak lama. Hanya sementara. Nilai mahu menyuruh orang ber’amar ma’aruf nahi mungkar hanya seketika.. kerana apa ea? Kerana orang sekeliling dia. Dan, hati dia masih lemah. Masih susah mahu terima kritikan orang sekeliling.
Menjadi seorang yang ber’akhlak baik bukan benda yang buruk ea. Malah memberi banyak kebaikan. Dan hindar sejuta kejahatan. Pada pendapat diba, tak patut orang sebegitu ditindas.

Dakwah merupakan landasan kebaikan. Kita ajak orang buat baik. Tak salah kan? Diba berdakawah melalui laman sosial. Twitter dan blog. Awak pulak? Haaa, tepuk dada, tanya iman. Ada setengah orang kata, berdakwah melalui laman sosial ni publisiti murahan. Awak, jangan cakap macam tu. Nak bercerita tentang agama, kalau tiada ilmu, tak boleh buat tau. Susah sebenarnya nak post benda baik. Jangan pandang itu sebagai perkara remeh.

Kita kenalah sentiasa besangka baik. Hindarkan rasa-rasa yang tak baik tu. Apa salahnya kan? Pahala pun dapat. Mana kita tau dia nak dapat publisiti murahan? Tengok-tengok Allah kaji balik, dalam lubuk hati dia tu memang betul-betul niat Lillahi Ta’ala. Dah dapat dosa. Hehe. Jadi, jangan bersangka buruk. Tak elok.

Kemudian.. cara nak berdakwah. Sekarang ni dah banyak dah orang ‘share’ macam mana nak berdakwah. Siap ada cara nak tegur orang. Kawan diba diuji dengan ujian sahabat.
Sahabat mula hilang sorang-sorang, kemudian sahabat berubah. Makin menguji iman? Mengapa begitu? Kenapa Allah uji dia sebegitu? Mungkin kerana Allah begitu cinta terhadapnya?

Berdakwah.. dakwah Rasulullah s.a.w merupakan dakwah yang paling hebat.. kerana, beliau s.a.w tetap tabah, tetap kuat di jalan-Nya. Kuat menghadapi dugaan. Kerana itu, kalau nak buat baik, ‘follow’ Rasulullah s.a.w, ‘tweet’ sunnah baginda s.a.w dan aplikasi dalam kehidupan..

Hidup berdakwah ni, kadangkala sweet, kadangkala pahit. Best kan? Itu baru lah kehidupan sayang.. bila tiada pahit manis, bukan kehidupan namanya. Terus kuat bermujahadah. Kalau sesiapa yang senasib dengan sahabat diba tu, terus-terus sebut nama Nabi Muhammad S.A.W. perwira agama, seorang syabab agama yang soleh. Kuat menegakkan agama. Igauan seluruh dunia. Beliau merupakan manusia seperti kita. Kisah dakwah beliau s.a.w lagi hebat nak dibandingkan dengan kita.

Seandainya kita terpijak duri, beliau ditusuk dengan pisau betuli-tuli. Jadi, contohilah beliau s.a.w. sebab tu lah, dalam menghadapi alam kehidupan ni, fikirkan baginda s.a.w. jika kita susah, susah lagi Rasulullah dulu. Tapi, beliau dapat menghadapi dengan jayanya. Kerana itulah Allah jadikan rasul dan nabi dalam kalangan manusia.. supaya mudah kita jadikan mereka sebagai contoh tauladan. Hebat bukan kuasa Allah.  



Sahabat diba tu merupakan seorang lelaki. Sesiapa yang sudi.. boleh adiebahkhairy(click here) ^^ kalau tak ada fb, sila mention saya di twitter. msg diba di fb. Kalau nak berkawan dengan dia, bagitau diba, dan diba terus bagitau siapa lelaki tu oke. :-) tak perlu add pun tak apa. Baiklah. Syukran kerana membaca. Diba nak cakap, terima kasih buat sayang-sayang yang sudi follow, Allah saja yang mampu membalasnya. Syukran. insyaAllah, input yang baik, ambillah. Yang buruk dari saya.. sila buang dalam tongsampah. Atau delete terus :-)

-100% adibahkhairy. no copy :-)


3 comments:

Anonymous said...

Very useful blog. Keep up the good work.

Anonymous said...

Had to tweet this. I ride when I can – but will have to do this all next week. More people certainly should.

Anonymous said...

This is what I have been searching in quite a few web pages and I ultimately identified it right here. Wonderful post. I am so impressed. Could under no circumstances imagine of these a point is attainable with it…I imagine you have a excellent information in particular while dealings with these kinds of topics.