Saturday 11 August 2012

Ramadhan Is My Boyfriend.


Assalamu’alaikum. Maaf lama tak menjengah di blog. Dah lama, sangat lah lama. 2 months eh? Hehe. Takpe, tak penting. Macam mana anda semua? Sihat? Iman oke? Ke turun naik? Iman ada demam? Hehe. Takpe, rawat dengan zikir. Diba confirm semua dah tau yang Ramadhan dah sudah nak melabuhkan tirai. Diba sangat sangat sangat sangat sangat sedih. Macam boyfriend tinggalkan diba. Ihiks. ^^. Ramadhan is my boyfriend. Serious. One month mencari cinta, one month mencari kasih, one month tanam rasa sayang, lepas one month, I will miss Ramadhan.

Malam Lailatul Qadr datang. Our date. (:

Masa Ramadhan ni lah kita nak seeking forgiveness from Allah, ye betul bukan masa Ramadhan je kita nak cari His forgiveness, tapi masa lain pun boleh. Tapi, kita kena tau yang bulan ini la yang memudahkan kita untuk tidak bongkak, kita jinakkan nafs kita. Bangun malam dengan mudah for tahajjud. Sebab, syaitan dipenjara. Itu satu kebahagiaan. Selama 11 months, kita terikat dengan syaitan. Dihasut, diasuh untuk buat perkara mazmumah, jadi, tibalah Ramadhan untuk kita merdeka dari hasutan mazmumah, dan jinakkan nafs untuk perkara yang baik.

The holy month of Ramadhan is an excellent opportunity to have one's sins forgiven. Allah's blessings and mercy are so abundant in this month that anybody who truly repents in it, becomes as free of sins at the end of the month as when he was born. It is a glorious chance offered to us by the Almighty, a chance to cleanse and purify ourselves from the filth of sins and evil.

The Holy Prophet has advised believers: O people . . . your back is breaking under the heavy load of your sins,  so prostrate yourself before Him (in Ramadhan) for long intervals, and make it lighter.

Lihat, masa bulan lain kita sibuk sangat untuk urusan dunia, masa Ramadhan, Allah buka satu ruang di mana, terawih kita buat. Malam hari, pada 1 per 3 malam. Ramadhan bulan yang kita patut nanti-nantikan saban tahun. (: bukan waiting for Ramadhan sebab nak shopping dekat bazar, bukan waiting for Ramdhan untuk shopping baju raya, banyak sale time Ramadhan.. no, bukan tu sebab kita tunggu Ramadhan. When you pray and you bow down to Allah, imagine all the sins placed upon your shoulders falling away from you.” Ya Allah, best tau tak bila kita rasa segar, rasa nyaman, bila solat. Try solat 20 rakaat terawih, saya pasti dan sangat sangat yakin, anda rasa puas.

Tapi, bila nak pi solat terawih, niatlah kerana Allah. Fokus. Bukan sebab 20 rakaat kita buat sebab nak orang cakap, ‘ish, bagusnya budak ni..’ no. Bukan sebab tu. Kita nak Allah nilai kita. Kita tak layan pujian manusia. Pujian manusia bawak kat dunia je. Hidup dengan pujian, one day akan jatuh. Trust me. (:

Orang selalu cakap macam ni..

"Permulaan Ramadhan itu adalah RAHMAT, pertengahannya adalah PENGAMPUNAN, dan penghujungnya adalah KEBEBASAN dari api neraka"

Ya, tepat. Memang pun. Sebab tu Ramadhan ni penuh barakah. Baca al-Quran sampai lebam. Hehe. Maksud saya, baca al-Quran sebanyak-banyak mungkin. Bila khatam masa bulan Ramadhan ni, kita rasa macam ‘winner’. Percayalah, try lah buat tahun depan. (:

Bila kita buat amal ibadat masa Ramadhan, buatlah bersungguh sungguh. Buatlah macam tahun depan dah tiada Ramadhan bagi kita. Ini Ramadhan terakhir bagi kita. Ruginya kita bila kita mensia-siakan Ramadhan kita. Masa semua orang pergi terawih, kejar cinta Allah, kita sibuk dengan nak study lah, nak buat assignment lah, kata tak boleh pergi terawih sebab esok exam, sebab esok ada hal, kena siapkan kerja, dan macam-macam. Yelah, manusia sentiasa cipta alasan. Nak seribu daya, taknak seribu alasan (: betul tak? 

Hmm. Allah akan permudahkan kita kalau kita betul-betul mengejarnya. Kalau sibuk sekalipun, takkanlah 8 rakaat pun tak boleh buat? Masa kadang-kadang tak sampai 30 minit/ setengah jam.
Kita kat dunia ni, nak kejar redha Allah kan? Kalau tanya nak masuk syurga ke neraka? Mesti semua jawab syurga! Kalau yang nak masuk neraka tu.. hmm. Nauzubillah. Redha Allah tu segalanya. Hidup dengan redha-Nya insyaAllah kita berjaya, dipermudahkan urusan. Tak ada alasan untuk kita tinggalkan terawih, terutamanya lelaki. Kalau perempuan Allah ada bagi cuti. Jadi, kalau tak solat sebab memang tak boleh. Allah sendiri bagi. Ni, lelaki ni, tak nak ke jadi salah seorang lelaki soleh?
Dekat masjid kawasan rumah diba, waktu Isyak dan 8 rakaat terawih penuh masjid, lepas 8 rakaat terawih, semua dah hilang. Alhamdulillah, masih ada yang nak pi masjid.


Masa Ramadhan ni lah kita nak tunjukkan bahawa kita ni amat cintakan Allah. Dan, Ramadhan is a proof of the love of the Almighty that each year He gives us a chance to clean our record and make a fresh start. Contrary to those who think that Allah is strict and harsh, that He will punish us as soon as we err, Allah gives us many chances to undo the wrong we have done towards Him. The month of Ramadhan is the best of these chances. All the duas for this month teach us to plead for forgiveness and deliverance from the punishment. One who recites these duas sincerely, and is truly repentant, is assured of forgiveness.

(: bahagianya kita menjadi seorang muslim, seorang muslimah. Mendapat cinta dari-Nya, dihadiahkan kita satu bulan untuk ‘basuh’ diri dari dosa. Beruntungkan kita? Allah love us. Berbahagialah beribadat kepada-Nya. (: rugilah kita kalau meninggalkan Ramadhan, tanpa dapat apa-apa pun input darinya.

***

Raya dah nak sampai. Kan? Baju raya dah beli? Confirm dah.. (: tapi.. hmm, dah ready nak tinggalkan Ramadhan kareem? Saya tak ready lagi, tapi, apa pun jadi, kita kena tinggalkan jugak. Kalau boleh, nak sangat Allah ‘pause’ masa Ramadhan. Tak nak bergerak. Nak stay je dengan Ramadhan. Tapi tak boleh.. (:


Sambutlah raya dengan penuh sederhana, sambutlah raya dengan penuh barakah. Ingat-ingatlah saudara kita di Palestine, di Burma. Agak-agak, raya mereka macam mana? Kita pakai baju baru, kasut baru, salam dengan keluarga, tapi.. mereka... kehilangan keluarga, makanan susah nak dapat. Kita bahagia, penuh tawa, tiada tangisan. Tapi mereka, meratap kehilangan saudara, keluarga. Nak mencium tangan bonda dan ayahanda, impian yang ingin dijadikan nyata, tapi, apakan daya, Allah lebih sayangkan mereka. Tadah tangan, sampaikan doa buat mereka. Doakan kebebasan, doakan kekayaan, doakan kemudahan buat mereka, doakan keamanan yang sentiasa menjadi dambaan mereka setiap masa. Nak bantu perang bersama, mustahil, jadikan doa sebagai peneman mereka. Itu saya yang termampu, itu saja yang terdaya.

Selamat menyambut malam Ramdhan 10 terakhir, dan selamat menyambut Aidul Fitri, maaf zahir dan batin hujung rambut hujung kaki ^^. Semoga kita sama-sama graduate dari Ramadhan penuh dengan input  dalam university of Ramadhan. (: salam sayang kasih dan rindu (:
-adibakhairy

p/s gambar bukan hak milik saya :)

No comments: