Saturday 23 June 2012

yang itu aku punya, hari ni milik aku. besok belum tentu

Assalamu'alaikum. Maaf lama tak bertandang. Saya agak busy. Makin busy dengan study. Cewah.. bunyi macam student university. Makin smart belajar sekarang. Alhamdulillah. Lelaki tidak lagi bertandang di hati, apatah lagi di kepala. Hidup semakin ringan. Alhamdulillah, team usrah kelas diba banyak bagi postitive feedback. Walaupun baru sekali perjumpaan, dua kali lampiran usrah diedarkan. Semoga makin kuat ukhuwah kita. Insya-Allah. Diba nak start story ni..

Pada suatu hari, team hockey diba ada buat perbincangan kata nak pergi swimming. Diba kata malas nak pergi. Lagi pun saya tiada duit. Ada satu perbualan antara diba dengan Piko. Nama real dia Wan Nur Syafiqah.. Hee. Hmmm. 

Piko : Kau tau tak kita nak lawan dengan England nanti?

Diba : Tipu lah kau. Dah banyak kali tau kau tipu aku. Taknak percaya. *buat muka*

Piko : Serious lah.. Tak nak percaya sudah. Kan wawa kan?

Wawa : Ye.. Betul weh!

Diba : Korang komplot nak tipu aku ea. Tak percaya.

Wawa dan Piko : Tak nak percaya sudah.

Diba : Okee ^^V

Lepas tu, diba tanya orang lain, diorang cakap memang ada perlawanan dengan England. Tapi, diba tak akan percaya selagi tiada bukti yang kukuh. ;-) lepas itu.. diba pun pulang dari sekolah. Buka laptop.. dan buka facebook. CHECK! Then.... diba bukak hockey punya group. Diba nampak benda ni 

Diba pun apa lagi. Mula-mula memang taknak percaya, TAPI, dah guru kesayangan saya berkata demikian, saya tersangat lah gembira. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Terima kasih cikgu kerana terus menerus membantu kami satu team untuk menjadi lebih baik. Buat Piko, bukan England. U.K :-)



Baiklah. Selesai sudah bab tu. Ni diba nak masuk cerita satu lagi.. Pernah tak dengar lagu Kasih Kekasih?
In-team. Best sangat awak. Lirik dia ya Allah.. buat saya cair. 


"Tak Perlu Aku Ragui 

Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 


Ayah Ibu Merestui 


Menyarung Cincin Di Jari 

Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 




Sebelum Diijabkabulkan 

Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia"



Kepada setiap lelaki dan wanita yang singgah, diba berdoa semoga, kita sentiasa dijauhkan dengan cinta yang tidak halal. Allah datangkan yang halal untuk mencegah yang haram. Ingat tu! :-) sama-sama memperbaiki diri, sama-sama mengasihi ke arah kebaikan. Insya-Allah.




"Kau Tahu Ku Merinduimu 

Ku Tahu Kau Menyintaiku.Oh.Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan.Oh.Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan"

nak suami macam ni. agak-agak ada tak? ;D



Gambar bukan hakmilik saya. :-) Nama pemilik gambar tertera pada gambar tersebut. Selamat petang.
Asar sudah. Jom solat :-) 


yang benar-
dibakhairy.

No comments: