Wednesday 27 June 2012

aku yang sekarang :-)


Assalamua’alaikum sayang.. hari ni diba nak bercerita je. Mungkin ini bukan kisah hidup diba..  tapi saja buat-buat, ataupun saja nak cerita. Tapi niat diba post cerita ni, untuk menyemaikan benih keinsafan dalam diri dan hati sayang-sayang sekalian. Baik lelaki dan perempuan.
********
Cerita pertama ;-)
peeep’ ‘peeep
J : Salam, awak tengah buat apa?
A: Wa’alaikumsalam, tak buat apa pun. Hehe.

Dan message sedia masuk dan keluar. Hati dan Iman tak berhenti berkata-kata. Iman menegakkan hukum Allah, hati, bahaskan tentang asyiknya message.

Hari demi hari, tak message rasa rindu yang parah. Ahh, ini ke demam cinta? ‘Taknak lah aku’, jawab iman, hati pula… ‘teruskanlah. Bukan senang tau nak cari cinta. Lagi pun, kalau tak couple kan tak laku.. nak ke dilabel macam tu?’ aku memilih untuk hati. Aku tidak langsung hiraukan sakitnya iman.

Hari makin hari, makin teruk aku dibuai, jauh tersasar. Katanya, kita cinta sebab kita nak kahwin! Erk.. Okee. Hati pun terbuai dengan kata-kata tersebut. March test menjelma. Aku sibuk message sana sini. Study? Uh, masalah dengan partner patut aku risaukan. Nanti akhir tahun aku buat lah betul-betul.

Hmmm. Makin teruk hari demi hari. Topup setiap hari. Tak lima, mesti sepuluh. 30 hari.. hmmm. RM 300? Wow, banyak tuh.. hmm. Tapi, tak apa, buat dia aku sanggup. Kan bakal suami aku jugak. Takpe habis berbillion pun.

Parah sungguh cinta ni. Hmmm. Dilabel macam-macam, namun aku tepis, biar lah..aku kan sayang dia. Ala, Allah tahu, aku cinta dia demi Allah. Katanya, ini bukan cinta monyet,.

Tiba-tiba, nak ditakdirkan, satu hari, aku, sedang berborak dalam kelas, lalu, kawan aku ni suruh aku  baca satu buku. Yang bertajuk “pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul-‘Fatimah Syarha’.”

Tersedak aku, dipukul teruk dengan setiap ayat yang tertakluk dalam buku tu. Hiba, sedih, cukup menyesal.

Nak dijadikan cerita aku menerima satu message satu hari ni daripada kawan lama. Hantar message lucah. Lalu, aku try call si J ni berkali-kali, namun gagal. Jadi, aku nak settle masalah, jadi aku handle sendiri.

Bila dah settle, aku  pun cerita dekat si J, lalu, aku dimarah sebab tak nak bagi number kawan aku dekat dia. Kira macam tunjuk hero lah. *Tapi, diba yakin, korang pun buat macam si J ni jugak* aku tak bagi sampai kesudah. Aku dimarah. Hmmm. Kemudian aku rasa cukuplah setakat tu. Aku minta dia tak message aku lagi dah.

Kemudian, J message aku, dia kata, dia ada orang lain. Aku bengang.. jadi, aku terus marah-marah dia.
Kemudian J cakap, yang J ni tak ada pun orang lain. Saja je nak bagi aku benci kat dia.

“whatttt? Menipu gila!” –AKU
“sumpah takda orang lain”-J

Selepas beberapa hari aku dilanda kemarau rindu. Lalu aku message dia, yang aku nak kembali macam dulu.
Tapi aku ditolak. Lagi pula, dia pernah bagitau yang ibunya tak suka dengan perangai aku. Jika sebelum nikah aku sudah dilabel, apatah lagi sesudah nikah. Mungkin setiap hari pertengkaran akan berlaku. Aku terima sebagai nasihat. Aku tidak mahu bertindak sebagai seorang yang jahil. Aku tinggalkan J.. dan aku simpan kata-kata ibunya. Untuk menjadikan aku perempuan yang lebih hebat. Malah, terlebih hebat. Mana tahu.

Aku terima. Aku cuba sekuat yang mungkin untuk bermujahadah. Bila aku lemah, aku buka kembali karya Fatimah Syarha. Makin hari, makin kuat. Aku buktikan yang aku merupakan wanita yang bakal menakluk dunia. Bukan wanita untuk dipijak.

Aku juga yakin, J sudah melupakan aku. Hidupnya mungkin di sebuah IPT, yang sudah gembira. Ataupun sudah pun mendapat pengganti diriku. Biarpun diulit rasa ingin tahu, ku tepis. Dia tidak hiraukan diriku. Buat apa aku fikirkan tentangnya. Tidak perlu. Aku tidak mahu berjumpa dengan J lagi. TAKNAK! Masa lampau ku pernah hancur akibatnya. Aku doakan supaya, Allah jauhkan aku dari J. jauh sejauh-jauh nya. Pada mulanya.. aku sedih. tapi aku tabahkan. Air mata yang mengalir aku biarkan supaya membuang kesedihan.

Aku mencari manisnya iman. Akan ku kelatkan zina sekelat-kelatnya. Rindu itu biasa. Cinta terhapus kerana sebab. Tak perlu aku simbahkan hatinya yang aku masih sayangkan dia.
Aku hapuskan setiap lelaki yang pernah hadir dalam diri. Mana yang sentiasa message, aku halau, dan terus bermujahadah.

Yang kotor itu bukan diriku. Itu dosa aku.

Hari demi hari, bangun satu pertiga malam untuk menundukkan kepala menyembah Allah. Meluahkan dosa-dosa lampau. Mungkin ada juga kebaikannya. Dahulu aku rasa jauh dengan Pencipta-ku. Tapi sekarang…

Tak bercakap walaupun seminit dengan-Nya, sudah rindu. Mungkin kadangkala, syaitan membisikkan supaya message si J. walaupun nombor cell phone tiada dalam contact list, tapi aku ingat. Kerana. Sudah 3 tahun aku mengenalinya. Cukup lama bukan?

Tapi.. kini.. aku sudah mula hidup baru. Cukuplah, datanglah rindu sebesar mana pun.. aku buang. Aku persiapkan diri aku untuk Allah. Mungkin ada orang yang pernah label aku sebagai seorang yang tak boleh kalau tak couple.

Siapa cakap? Malah sekarang aku lebih kuat. Aku lebih hebat. Cita-cita aku mahu menjadi seperti  srikandi Islam. Sehebat Rabiatul Adawiyah tegas menegakkan agama Allah. Sepandai Fatimah az-Zahra puteri baginda Rasulullah s.a.w, dan sehebat Aisyah isteri baginda Rasulullah s.a.w.

Walaupun mulanya mujahadah itu pahit.. ku kuatkan.
kini aku sudah tekad tidak mahu mengulangi dosa masa lalu. Al-Quran keselak, ku belek setiap hari. Umpama surat cinta memenuhi kata-kata indah dari Allah. Rasa indah. Mengalir air mata. Membasahi pipi sentiasa. Allah, jangan tinggal aku lagi. Aku sayang Allah! Aku rindu Allah! Aku cinta Allah!


Allah, aku lemah dan tidak berdaya, akan ku luah dengan air mata yang mengalir dari mata, mengalir ke pipi.
 Andailah aku ni boleh putarkan masa.. aku tidak mahu langsung terikut-ikut dengan kawan-kawan tentang budaya bercinta. Setiap air mata yang mengalir, aku mohon, agar Allah hapuskan dosa-dosa lampau.

Aku mahu cinta yang pastinya membawa ke JannahtulFirdausi. Iaitu, cinta-Mu. Hidupkan hati ku dengan cahaya Nur-Muhammad. Janganlah Engkau(Allah) tinggalkan aku, walaupun seketika. Aku tidak mahu! Tidak mahu keseorang tanpa-Mu.

Ada beberapa suara yang sentiasa membisik dalam hatiku.

“Allah itu dekat denganmu. Sungguh dekat.”
“Allah menantikan kamu untuk kembali kejalan-Nya”
“CINTA dan HATI mu pernah dinodai, yakinlah, engkau akan dapat balasan yang setimpal”

Tapi, aku yakin.. walaupun hati cakap macam tu.. Allah lebih tahu. Allah mengaturkan lebih baik.  Jadi, aku yakin, dan aku belajar menerima semua ketentuan-Nya.

Terdapat beberapa kawan-kawan dan kakak-kakak aku cakap, yang orang yang menginsafi masa lalu lebih hebat ‘hidup’ ibadahnya dari orang yang tidak pernah rasa pahit kehidupan. Walaupun diri sntiasa dalam tarbiyyah, ketika taubat, dia merasakan dosanya tidak lah besar, tapi, bila ada yang taubat nasuha, disebabkan oleh tamparan masa lalu, dia sentiasa bermujahadah, sentiasa mentarbiyyah kan diri, untuk menjadi lebih baik, malah lebih baik dari orang yang sentiasa merasakan dirinya sudah cukup ditarbiyyah dan sudah matang dalam mujahadah.

-the end-

Hehe. Panjang bukan. Kalau paste dalam Microsoft word, ada 8 pages. Diba nak cerita sikit tentang diba..

Cerita kedua :-)

Satu hari., diba menyembang dengan budak form one, dan ada dua tiga orang budak form three. Diorang tanya..

“kak diba.. akak couple dengan sape sekarang?”

“mana ada orang nak, dik. Lagipun, apa yang best, couple? Akak rasa sedih kalau couple. Tambah dosa dengan Allah. Dulu pun dah banyak tau dosa. Nak couple pulak. Ohh.. No! No!” jawab diba..

“yeke? Tak percayalah orang cam akak ni ada jugak tak couple.”

“percaya je lah. Akak malas nak cerita pasal ni. Tak ada benefit. Dah dah! Bukak cerita lain lah pulak.” Jawab diba.

Ada ke patut budak-budak tu cakap macam tu? Tersedak diba..



Cerita yang ke tiga- :-)

Haaa, satu hari, acu diba ada tanya..

Acu : along nak pi mana besar nanti?
Diba : nak pi Jordan. Boleh?
Acu : boleh. Tapi kenapa Jordan?
Diba : nak dating kat sana..
Acu: dengan sapaa?!!
Diba : dengan akak AfiqahAbdulRahman.
Acu : sapa tu?
Diba : buah hati. Kekasih. Cinta. Rindu. :-P


Baiklah. Sudah tengah malam. Nak buat slide lah konon. Akhirnya, slide siap satu je. Lagi satu slide.. errr. Hehe. Dah 12.00 a.m ni. Selamat malam sayang cinta buat semua. Salamu’alaikum. :-*



-ADIBAH NORKHAIRY

2 comments:

Asmi Asmidar said...

Assalamualaikum sayang ku Diba :)
hehe akak pun macam Diba juga . Single :DDD Biar orang bertanya , biar kan kita rasa umpama tak diminati , biarkan . Janji cinta Allah SWT bertakhta di hati , cintaNya teratas di carta hati .
dan selalu lah ingat The girls who said a lot of guys after her must remember cheap things always attract more people :)

shortiee :D said...

awwww, my dear akak mida. :-) hehe. thanks. lebiu sooo much lah. thanks for your comment. ^^