Sunday, 10 June 2012

indahnya hidup tanpa zina. terasa lazatnya iman.


Assalamu'alaikum.

Tanggal 2 haribulan 6.. dua kekasih hati bertemu di KLCC. Ceritanya bermula begini..

Pip pip *satu message masuk*

Salam, awak nak tak join geng usrah kita gi klcc

Lalu yang sorang lagi pun reply.

insyaAllah kalau mak bagi.

Lepas tanya bonda, lalu, dia bagi pergi.. saya pun bersorak happy.
Happy yang tersangat sangat. Kira tu first time hang lah. Mak percaya kat Put, sebab tu mak bagi kita keluar. Bahagia. Tapi.. apakan daya. Sebenarnya usrah tak jadi. Jadi, diba cakap kat put, diba nak jugak jumpa dia. Ada beberapa halangan sebelum nak sampai ke KLCC. Diba ni dah la orang kampong -.- sampai nak pergi KLCC pun sesat :’( okeeh, saya sangat kampong. Saya menghabiskan masa yang indah dengan Put. Aishah dengan Put sangat lah tinggi. Saya pendek. :’( sedih lagi. Nak dijadikan cerita, pagi 2 haribulan 6 tu, diba kat Port Dickson. Bayangkan pukul 9 pagi baru nak bertolak. Nasib jalan tak jam. Alhamdulillah. Apa-apa pun, hari saya sangat indah. :-) bila keluar  tak rasa dosa. Sebab kami halal toyyiban. Tak perlu risau pun. Nak pegang tangan, peluk pun boleh. ;-) awak jealous? Silakan :-)
Alhamdulillah, put, thanks for everything. I’ll miss you. *muah pipi kiri, muah pipi kanan* style put. Hmmm. Sebenarnya, banyak yang diba nak story pasal hari dengan put tu. Panjang sangat kalau diba nak cerita. Kitorang pergi sana, pergi sini.
To my dear put. Ilooooveyou :-* sayang sangat. Hati-hati okee. Moga put makin tabah dari hari ke hari untuk menjadi muslimah yang solehah. Insya-Allah sayang :-)

*******

Okee, cerita tentang put sudah pun habis. :-)
Diba nak masuk part apa yang diba nampak, apa yang diba lihat, dan apa yang diba belajar.
Ada beberapa kawan di facebook, twitter, yang suka update status pasal boypreng dan girlprang dia. *ejaan memang sepatutnya dispell sedemikian. Jijik nak eja betul-betul, harap maaf* pastu, selalu seret boypreng dan girlprang sana sini. Malu lah awak. Orang semua tengok. Diba pernah lalui situasi tu. Tapi tak bermaksud keluar dengan boypreng. Keluar dengan KAWAN. Sekarang, bila fikir balik. Malu lah. Bukan malu dengan manusia. Saya malu dengan Allah. Takkan awak tak malu?
Baiklah, apa yang diba nampak, bila start cuti, penuh shopping complex dengan students. Students sekolah dan IPT. Awak, awak dah kawin ke yang seret anak orang merata? Kalau halal saya tak cakap. Diba pernah dilabel sebagai pemusnah hubungan orang, di cop sebagai seorang yang tak suka tengok orang yang couple ni bahagia, jadi, dah biasa dah kena caci maki ni. Baiklah, awak amik remeh apa yang saya tegur, awak buat tak dengar, awak buat tak endah. Power lah awak ni. Tapi, saya tak dapat bayang sikit pun bila dengan Allah, awak buat macam tu. Ouh, badan awak memang tahan bahang panas neraka ea? Power nya. Kagum saya.

Mana wujud istilah couple islamik bagai. Dibawak solat jemaah lah. Apa lah. Siap cakap lagi, “saya doakan awak jadi isteri/suami saya” ya Allah. Malunya. Cuba mintak cinta Allah. Awak kejar cinta Ilahi pun terkial-kial. Macam mana, dan mampu ke nak survive untuk cinta manusia? Erk! Tak malu ea? Malu awak. Malu. Malu kan sebahagian Iman. Jadi malu lah untuk melakukan kejahatan, bukan malu untuk kebaikan. Awak nak cakap saya ni teruk? Awak nak cakap saya ni gila? Awak nak cakap saya ni jahat? Sila-sila lah. Sedikit pun tak tergugat iman saya.

Kenapa perlu gentar bila cakap benda yang betul dalam Al-Quran pun ada.



ولا تقربوا الزنى. انه, كان فحشة وسا ء سبيلا.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Al-Isra’ : 32.

Tak percaya, check. Sorry tak ada baris. Ni typing sendiri. Tak amik dari internet. Hmm jadi, anda berani nak langgar apa Allah kata? Waah, berani? Power sungguh awak. Takpe, nanti kat akhirat kalau awak jawab lain, siap awak. Sekarang jangan berani sangat. Jangan tunjuk power. Sekarang ni, kalau girlprang atau boypreng kena marah, atau lepak dengan sesiapa, start lah nak cetuskan pergaduhan. Ecewah, nak tunjuk power lah tu. Berlumba-lumba lah untuk perkara sia-sia tu. Orang-orang yang beriman, sedang sibuk nak cari rahmat Allah. Tak teringin nak tergolong sekali ke? Tak nak? Apa? Awak taknak? Pahala awak dah banyak ea? Pahala awak banyak sangat ea? Waaaah, kat mana tengok pahala awak tu? Ke rasa-rasa je? Amboih, power nya. Dah cukup banyak pahala awak, sampaikan nak cari pahala lagi pun taknak. Bila soal, dah ready nak mati.. awak jawab dah ready saya tak kesah. Satu lagi, kalau awak confident sangat syurga tu awak dapat bila terus masuk dalam kubur, saya tak kacau awak. Tapi, ni… hmmm. Ajak mati takut. Tapi tunjuk power. Pelik je.

Saya taknak lah cakap pasal yang tak pakai tudung. Ni yang bertudung ni. Yang bertutup. Sana sini tayang partner korang tu. Ada orang cakap,

Gadis yang tak bertudung tak semestinya tidak baik, tapi, bila gadis 
bertudung.. semuanya baik.

Erk! Semuanya baik? Hmmm. Saya berhijab. Tapi, saya ni baik ke? Hmmm. Insya-Allah. :-) walaupun agak nakal. Hmm. Ait, sat, wait. Bayangkan.. PEREMPUAN, GADIS, WANITA, YANG BERHIJAB bila dia heret boypreng dia.. yang tu baik ke? Malunya. Mana maruah sebagai seorang wanita? Apa guna pakai tudung? Baik tak payah pakai. Malu lah awak. Baik tutup muka dok rumah je. Jangan keluar-keluar. Sebenarnya..

Gadis yang bertudung tak semestinya baik, tapi, bila gadis menutup aurat dengan sempurna.. semestinya baik!

Haaa.. gitu sebenarnya. Diba taknak cakap orang yang bertudung ni jahat. Tapi.. biarlah tutup aurat dengan sempurna. Dan.. bila menutup dengan sempurna.. mestilah menjaga segala-galanya. Bila perempuan ni bersifat malu. Maksud diba, malu bila buat jahat.. itu lah wanita solehah. Taknak ke dilebel wanita yang terpelihara?
Mestilah nak kan? Jadi.. jomlah awak.. tinggalkan boypreng tu. Kepada yang lelaki.. lupakan lah girlprang tu. Tak bawak ke mana pun. Kalau Allah kata jodoh kita.. datang jugak. Jadi apa nak dirisaukan. Jom jadi baik.

Tak salah kan jika berubah jadi seorang yang mantap akhlaknya?
 Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang sempurna auratnya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang terpelihara dirinya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang sentiasa memperkukuhkan imannya?
Tak salah kan jika berubah untuk menjadi seorang yang mencari manis syurga?

Haaa. Kan tak salah. Jadi.. awak tetap taknak berubah? Hmmm. Pintu taubat Allah sangat besar. Dalamnya sangat lah luas. Bila jejak masuk.. rasa manisnya iman. Rasa pahitnya zina. Dan.. sentiasa mengingati-Nya.
Apakah tenang jiwanya jika zina sentiasa menjadi makanan hati? Lazatkah? Itu yang awak kata lazat? Yang membuat diri akhirnya dijilat neraka? Argh sudah! Korang masih menutup hati untuk Allah. Korang masih nak rasa lazat maksiat.. baiklah. Teruskan. Nanti bila dah dalam kubur, jangan salahkan orang disekeliling yang telah tegur anda. Salahkan diri sendiri. Jangan menyesal! TERUSKAN!


BIAR menangis sekarang.
JANGAN nanti.
BIAR sengsara sekarang
JANGAN nanti.
BIAR luka sekarang.
JANGAN nanti.
BIAR sakit sekarang.
JANGAN nanti.

Malu dengan Allah. :-) sesame jadi baik okeeh! Jom!

Sekian saja dari saya Adibah Norkhairy.
Err. Kepada…
ENCIK           : Saya minta maaf andai terkasar bahasa. Terlanjur bicara. Terasa hati. Maaf :-)
                         Jadikan diri anda dan persiapkan diri anda untuk menjadi zauj yang sempurna     
                         agamanya. Jangan tau seret anak dara orang merata. Tukar sikap. Jadi mahal sikit.
                         Jangan murah sangat maruah anda!

PUAN/CIK :  Saya minta maaf andai korang cukup terasa ddan tersakit hati, mata,kaki, kepala.Biar                           
                       terasa dekat dunia. Jangan akhirat. Nanti time Allah peril.. baru rasa sakitnya. Haa.
                       Wahai kaum Hawa. Bangunlah… jadi lah seorang wanita yang cukup terpelihara.
                       Benarkan yang halal sahaja mengenali dirimu. Benarkan yang halal sahaja tahu siapa                                           
                       kamu. Wanita yang solehah itu gelaran buat kamu. Jadi, kejar untuk menjadi wanita
                       solehah. Pelihara auratmu. Pelihara hatimu. Diba dah cuba berubah. Anda bila lagi? 
                      Sekarang ada masa.. jom lah. Jangan bila malaikat maut datang depan mata baru nak 
                       berubah. Dah terlambat. Pintu taubat buat anda sudah tertutup masa tu.


PUTERI INTAN DIYANA : SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT-SANGAT. NAK JUMPA LAGI! ;-)  insya-Allah, I'm not pretending to be anyone else :-)*HALAL TOYYIBAN*

May peace be upon you :'>

4 comments:

Norashiqin Kamaruzaman said...

huhu...agak panjang tp bermakna insyaAllah =) boprengg igt kan ganu td..uhuhu...tgok kat bawah plak ade...eyhh wait sat..huhu cam loghat utagha lakk hihi

shortiee :D said...

terima kasih kak Norashiqin Kamaruzaman. Ouh :-) saya ni orang K.L mak ayah orang Kedah. Kawan orang Ganu. Jadi.. just mix it. Biasalah bila bertutur kata... mestilah kita nak mempelbagaikan. Baru rasa manisnya bila berbicara. Tak gitu? :-) Jazakillah kerana sudi singgah :-)May Allah bless you ahli jannah :-)Amin ya Rabb

MIDA MIDOT said...

Diba ..kalau diba nak tahu akk ni dulu bukanlah baik sangat ... Sungguh diba .. bak kata orang 'Tiada orang baik yg tiada msa lampau , dan tiada orang jahat yg tiada masa depan '. Akak pernah berada di situasi dimana .. Saat ini tika ini Diba akk rasa berdosa sangat dan menyesal sangat diba ...Tapi Alhamdulillah Allah SWT sayangkan akk .. Dia tak nak akk tercemar .. Jadi akak diberikan hidayah ... Dengan hidayah itu lah akak menjadi siapa akk yg sekrang .. semakin baik dan baik dan insya-allah terusan menjadi baik hingga matlamat Jannatul Firdausi dan menjadi wanita solehah di dunia ini dapat akk penuhi ... Dosa yg dulu sering buat akk rasa hina menghadap Tuhan . sampai sekarang akak tak mampu maafkan diri akk diba . Tapi ada satu hari tu baru-baru ini juga , hidayah Allah SWT bagi .akk terbaca buku Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu . tulisan Fatimah Syarha ... sikit je akk bagi tapi akk terselak dlm satu m/s yg menulis ... ' Yang kotor itu dosa , kita tak dosa , bertaubat lah sebelum terlambat . Dirimu masih Mawar Syurga' ...sejak itu kata-kata tu terkesan .. akk tak sempat nak baca satu buku sebab kawan akk punya . dia tak bagi pinjam ... jadi akk tekad nak beli buku tu ... akk cuba maafkan diri akk tapi masih berat akk rasa ...ada lagi satu buku iaitu buku 99 Kisah Cinta Kekasih Allah . buku ini yg buat akk berubah banyak .. berubah untuk mencari cinta yg sebenar iaitu cinta kepada al-Khaliq .

Semakin hari Diba bukan makin banyak zina yg akk lihat tapi orang yg memperolokkan agama pun ada .. makin ramai .. Diba nak tahu ? akk berjauh dgn kawan baik akk dari form 2 sebab benda ni .. akk rasa ada hikmahnya dia dgn akk gaduh ... Alhamdulillah juga . apa orang kata' kalau kita nak jadi baik Allah SWT kirimkan kita orang yg baik-baik' Subhanallah betul diba akk syukur sangat ... Allah SWT tu sayang sangat kat akk ..
Dapat pula kerja kat Ummah Way Subhanallah diba . hebat betul rancangan Allah SWT ..
Diba teru dan teruslah menjadi mawar berduri yaa :)
Insya-allah ... besar rahmatnya .. Mungkin lepas ni banyak lagi kita boleh kongsi ... Malu itu kunci segalanya . Kadang-kadang akk menggeleng melihat mereka yg membuat maksiat memikirkan dimanakah letaknya rasa malu mereka ... benarlah hebat dan besarnya hikmah hidayah Allah .
Diba luangkan la masa baca 2 entri akk yg terbaru http://xkenalmakexchenta.blogspot.com/ :D Barakallah . Ukhwah Fillah ..

shortiee :D said...

Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi singgah. Akak seorang blogger yang hebat. Tak sangka sudi akak singgah ke blog ni. Jazakillahu khairan di atas perkongsian yang sangat bermakna. Allah sayang akak. Diba pun sayang akak. Insya-Allah.. nanti Allah buka mata kawan-kawan kita, nanti Allah buka hati sahabat-sahabat kita. Ya. Masih banyak masa yang kita boleh luangkan untuk perkongsian yang lain, saya tahu akak hebat. Nanti kita lepak makan pau ea akak. Untung akak berada di sekolah. Amik pra-U. Boleh jugak saya gi ngorat akak nanti :-) Akak, diba sayang akak :-)