Saturday 14 September 2013

Kata-kata nak berjaya. :-) *moga membantu. :-)


السلام علیکم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ

Hai. *lambai-lambai* Alhamdulillah, kita masih hidup pada hari ini. Andai kata mati telah datang menyambut ahli keluarga kita, mahupun saudara terdekat sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. InsyaAllah.

Next week semua orang dah pakat-pakat busy. Dengan student UPSR dengan UPSR-nya, yang SPM, dengan asah mindanya. Insya-Allah, Allah akan bagi kejayaan bagi sesiapa sahaja yang berusaha untuk capai yang terbaik. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.. Makin nak exam.. makin banyak ujian yang melanda. Kerana saat ini kita diuji. Ada yang tak pernah bercinta jadi bercinta.. ada yang rajin jadi pemalas.. Itu lah namanya cabaran.

Before ni diba jumpa dengan seorang kaunselor. Memang selalu jumpa pun. Serious, bukannya nak malu kan? Jumpa sebab kita buntu. Tapi sebaiknya kita berjumpa dengan Allah. "Cerita" dengan Allah. Okay kaunselor tu ada cerita.. 

*kejayaan datang dari orang yang rendah diri..
*kejayaan datang dari orang yang selalu ajar ilmu yang ada pada dirinya.
*kejayaan datang dari orang yang berusaha.

Ingatlah kalau kita gagal.. jangan salahkan orang lain.. salahkan diri sendiri. Sebab...

"andai kata kita berusaha seperti orang yang nak dapat straight As kita akan dapat. tapi jika kita dah usaha tapi kita gagal, itu bermaksud.. usaha kita belum capai tahap straight As."

Jangan salahkan cikgu kalau kita gagal. Jangan salahkan kawan jika kita jatuh. Segalanya bermula dari sendiri.

Kata nak berjaya.. tapi buka buku tak.. Macam mana nak jadi modal insan kelas pertama kalau cegitu ye tak? Jadi.. nak berjaya tak nak berjaya.. semua bermula dari sendiri.

Lagi satu.. misalnya kalau kita malas nak belajar kat rumah.. jangan salah kan orang *amaran keras* yang ada kat rumah. Cuba kita modify tempat kita belajar tu.. susun buku kemas-kemas.. makesure tak ada habuk. Hias cecantik. InsyaAllah akan timbul rasa nak belajar tu. 

Lastly, waktu nak exam ni.. jaga hubungan dengan keluarga. Dengan Allah. Kaunselor diba cakap.. kalau solat pun malas.. kalau solat pun tak cukup 5 waktu. macam mana Allah nak bagi kejayaan kat diri tu..

Lambaian semangat tu datang dari diri sendiri. Cikgu cakap.. kejayaan ni kita anggap macam dia kekasih kita. Kita perlu sanggup buat apa sahaja malah sanggup buat yang terbaik demi kejayaan. Jadi, jangan banyak cakap, jangan banyak mengarut, jangan banyak mengumpat fitnah, jangan banyak bebel, gi study. PERGI STUDY DAN BUKTIKAN YANG TERBAIK. ;-) YEAH..

Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. -Imam Syafie
*bila kita dah dapat kejayaan dengan usaha, trust me kepuasan tu sangat terasa. JOM kita rasa kepuasan berusaha untuk berjaya. Tajdid niat, study Lillahi Ta'ala. 

salam sayang jiddan dari diba :-)

Wednesday 31 July 2013

Assalamu'alaikumwarahmatullah.

Selamat pagi, selamat petang, selamat malam.
Salam Qiyamullail, Salam Ramadan.

Hari ini saya teringin nak cerita tentang kisah penghijrahan diri saya. <3

Ketika diri ini nak berubah.. Allah hadirkan ramai sangat yang membantu perubahan diri ni.
Tapi akhirnya dipertengahan penghijrahan. Aku kembali ditinggalkan sorang-sorang.

Semuanya Allah tarik kembali. Sifat aku sebagai seorang manusia.. Aku mudah berfikiran negatif. Aku sudah kembali tidak mahu mempercayai orang sekeliling ku. Kadangkala bagi aku..mereka hanya mahu jatuhkan aku. Aku kembali tidak kuat.

Hmmm. Pelbagai rintangan yang aku hadapi. Semua aku hadapi sendiri. Jatuh bangun seorang diri.

Aku cuba untuk ada untuk 'adik-adik' hijrahku.. kadangkala, mereka tidak perlukan aku.
Aku cuba untuk kembali kuat.

Akhirnya aku tahu.. Aku hanya perlukan Allah dalam kehidupanku. Bukan manusia. Kerana setiap orang yang hadir dalam hidupku akhirnya akan pergi jua.

Pesanku.. Janganlah dirimu mengharapkan bantuan manusia ketika di dalam hidupmu.
Berbakti sebaik mungkin kepada manusia jangan mengharapkan balasan.

Apa yang terjadi kini, akan membantu kamu menghadapi masa hadapan yang lebih cerah.


Sunday 16 June 2013

masa.


Allahuakbar. Allahuakbar.

Laungan azan terbuai-buai ditelinga. Menunjukkan sudah masuk waktu Asar..
Masa berlalu macam angin. Datang seketika pergi kemudiannya., membawa daun-daun kering, membawa sampah sarap dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. Bagaimana pula aku?

Aku :
Masih duduk di atas katil terbaring. Tak buat apa. Hanya temenung memandang dinding.
Aku buang masa. Azan berkumandang tanda waktu lain sudah masuk. Macam mana aku nak bejaya kalau macam ni.

Aku masih baring tiba-tiba satu message datang ketuk pintu inbox telephone, cepat-cepat aku capai dan baca.

"Ukhti, dah solat Asar? Jom kita jadi Muslimah cemerlang. Jom solat awal waktu. Wahai sayangku Adibah, jika ketika ini sayang belum tunaikan solat, sayang ingatlah jika solat lewat satu minit, hilang satu A+ SPM."

Allah. Allah. Allah. Allah. 

Terus aku bangun ambil whudu'. Lantas aku insaf. 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
-(SURAH AL'ASR - QURAN)

Bagaimana aku nak jadi seorang yang berjaya, sedangkan masuk waktu solat pun aku masih leka. Bagaimana aku nak jadi seorang yang berjaya jika yang asas pun aku tak mampu jaga.
-AKU

NOTA KAKI : JOM SAMA-SAMA BERUBAH. JOM SAMA-SAMA KEJAR MARDHOTILLAH.


Tuesday 14 May 2013

dosa sana. dosa sini.


“Eh, dia tu couple en? Cantik dah muka, tapi sayang.. murah.”
“Perempuan bila couple nampak murah gila”
“Murahnya dia. couple. Ewww.”

Ni lah apa yang orang kita selalu cakap untuk perempuan couple. Terima kasih di atas kutukan anda. Kita selalu bising-bising dia murah, dia tak ada maruah, dia dah tergadai maruah, tapi sedar tak kita pun buat dosa. Malah, dosa besar. Kita makan daging saudara kita sendiri. Tegur tak boleh ea? Memang kena kutuk macam tu baru cun ea?

Tak boleh lah judge orang tu murah. Tak ada maruah. Kita kena tegur dia. Sebab dia tengah buat salah. Takut nanti, dia langsung takmau berubah. Hati ni, senang je nak lembut. Bila kita keluarkan kata-kata yang baik, maka lembutlah. Tak perlu nak caci maki hina sana sini. Muslim dan mukmin cemerlang takkan buat macam tu. Kerana kita menggunakan akal kita sebaiknya..

Nak tegur orang ada cara. Jangan caci jangan cerca. Tapi cakap dengan lembut. Seterusnya kita usulkan dengan doa. Allah itu pemegang hati. Allah pemilik abadi hati kita. Berdoa kepada-Nya supaya membantu kita menghadapi kawan, sahabat, teman yang buat salah ni.
Teguran dan cacian tak mampu ubah dia.. malah.. akan lebih teruk.

Ingatlah..

“berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang, bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu, walaupun sudah dicabut, tetap meninggalkan bekas.”
-Facebook.

Jadi seorang muslim yang cemerlang. Jangan selalu cakap belakang.

Takguna jadi seorang yang bijak jika kita selalu cakap orang macam-macam. Jangan anggap kita bagus, jangan anggap kita tak buat dosa. Tak semestinya kita tak couple kita tak buat dosa lain. Contohnya, kita tak couple, tapi sibuk kutuk, mengata, menfitnah orang. Jadi semuanya sama. Sama-sama muhasabah. 

Minimumkan dosa, infinitykan pahala. :-)

nota kaki (credit akak Fatimah): 

Dari Ibnu Abbas R.A :
Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya." HR Al-Imam Abi Daud.

warm regard ,
-AdibahKhairy

Saturday 20 April 2013

Sabar itu indah :-)



السلام علیکم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ



Sabar adalah satu sifat manusia. Sabar bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung dari daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Pengertian sabar itu pun dah tunjuk kat kita bahawa sabar itu sangat indah. Tak hairan lah kalau sabar itu separuh dari iman. Sabar merupakan senjata terpenting manusia. Terutamanya manusia yang sentiasa menghadapi pelbagai ujian dan mencapai kejayaan.


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertakwahlah kepada Allah supaya kamu beruntung.”
(Ali-Imran : 200)

Cendiakawan telah membahagikan sifat sabar ini kepada beberapa jenis :

      - Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan dalam kalangan nabi.

    -Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtutan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

-Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golong taghut yang pada lahirnya nikmat tetapu pada batinnya adalah azab.

-Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

 -Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah satu usaha mulia dan suci. Ianya adalah warisan rasul dan nabi, mempunyai halangan daripada musuh kebenaran dan kebaikan.

Kita mesti ingat, dakwah ke jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan bahkan kekayaan dan kekuasaan.



maaf, gambar terpaksa di printscreen.


“Sabar itu sangat perlu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang da’ie, bukan sahaja bahkan kemanisan iman akan timbul dalam hati bagi mereka yang bersabar.”


“Sabar itu ialah apabila hati tidak merasa marah terhadap apa yang telah ditakdirkan dan lidah tidak mengeluh.”

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyah/ sumber asal, kak Fatimah. 



70% buku. yang selebihnya datang dari diri sendiri. :-)


adibahkhairy

Sunday 10 March 2013

kehidupan kita tak sama dengan kehidupan dia. :-)


Assalamu’alaikum. Maaf ambil masa awak yang membaca. :-) Bismillahirrahmanirrahim.

Kehidupan kita tak sama macam orang lain, kehidupan kita tak semacam dengan kawan kita. Ingatlah, kadangkala, kita nampak kehidupan kita ni kusut sangat. Kita tak tahu yang Allah tengah prepare something untuk diri kita. Walaupun kita hanya nampak dugaan je yang datang kat diri kita, kita kena ingat macam ni :

"Dugaan yang datang tu, menunjukkan Allah concern tentang kita, Allah care sangat, Allah sayang kita. Allah nak tengok, macam mana kuatnya kita. Allah tahu, kita ni kuat, jadi Allah nak test. Sweet aite?"

Kita tak perlu soal, why Allah jatuhkan aku hukuman yang macam ni. Kita tak perlu tanya, kenapa kita sakit sampai macam ni. Allah nak test kita sayang Dia atau tak, Allah tengok macam mana kita solve problem yang Dia bagi.

Cara Allah nak tunjukkan sayang, sangat sweet. Kehidupan kita, kadangkala, memang tak secantik kehidupan orang lain. Tapi., ingatlah, kehidupan kita secantik diri kita. Susah macam mana pun, Allah dah sediakan buku kehidupan kita. Kisah kita, Allah tulis lain-lain. Mungkin kawan kita, kehidupannya senang.. tapi, akhirnya, Allah bagi duri selepasnya. Tapi lain pulak dengan kehidupan kita, Allah sediakan duri yang banyak, tapi kemudiannya, Allah sediakan jalan yang luas, penuh dengan bunga. It’s a choice.

Kalau diberi pilihan, diba nak yang susah dulu. Sebab, mudah nanti, nak rasa susah dulu sebab nanti tak perlu menanggung susah yang tak berkesudahan. Ingatlah, kisah kita mungkin tak sehebat drama di tv, tapi cukuplah sehebat kita yang menanggungnya. Allah is the best planner. Allah kurniakan kita satu kehidupan, di mana, Allah yang cipta. Allah yang buat rentaknya. Ingat, jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

Dia pandai, dia bijak, dia cantik, dia kacak, dia hebat, dia pandai mengaji.. jadi, apa kurangnya kita. Kita pun sama. Tak ada beza. Allah cipta kita sama kita semua. Tapi, itu juga pilihan. Kita nak atau tak jadi macam tu.

Kita nak jadi neurosurgeon, kita nak jadi cardiologist, kita nak jadi lawyer, kita nak jadi pediatrician, kita nak jadi teacher, kita nak jadi chemist. Tapi.. kita tak usaha. Hmm. Jadi, jangan marah Allah kenapa kita tak dapat best result, sedangkan sekarang kita masih leka dan alpa.
Semua bergantung pada diri kita. Semuanya.  
 إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهم
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
hakmilik 100% adibahkhairy

Saturday 9 March 2013

Jodoh pertemuan itu dalam tangan Allah


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

     Salam sejahtera diba ucapkan. Hehe. Alhamdulillah, tanda Allah sayang, tanda Allah cinta, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang akak yang bernama Fatin Amira Hazwani Binti Mohamad Yusuf. Hee. Mula-mula, diba ingatkan akak ni agak tak peramah tau. Tapi sebenarnya diba silap. Diba stalk akak ni lama dah kat twitter, cari blog, then jumpa facebook akak ni, akhirnya Allah temukan kami berdua. Diba ingat akak ni sangat garang, tapi sebenarnya sangat baik, friendly, dan sangat pentingkan agama. Diba suka tengok cara akak tu berurusan jual beli. Sangat bagus. Awak patut cuba keluar dengan akak tu, then you know macam mana akak tu berjual beli. Tak sangka rumah pakngah akak Fatin kat area rumah diba je.


      Akak Fatin seorang student medic kat USM. Alhamdulillah, katanya bulan 6 tahun depan grad. Insya-Allah, kita sama-sama mendoakan kejayaan akak. Hmmm, akak sangat hebat. Bila nak bandingkan diba dengan akak, hmmm. Macam langit dengan bumi. She told me :

"Bila masuk U ni macam masuk darjah satu, tak kira lah dari tadika mana pun, akhirnya masuk darjah satu."
     Waktu tu, diba pun macam, ha’ah en.. hmm. Tak kira lah dari mana kita datang, kita jangan putus asa. Bila diba cakap dengan akak Fatin ni, diba nampak perghh, agama dia tiptop. Hebat! Diba ingat lagi petang 7 haribulan Mac 2013 akak text macam ni..

"Ok, x sbr jgk nk jmpe diba. :) but dnt expect much. Akak biase2 je taw, n bnyk ckp. Hehe"
     Akak memang manusia biasa, tapi akak punya agama luar biasa. Macam-macam lah kak Fatin share. Akak ada cakap study kat dalam Malaysia sebenarnya lagi oke dari kat luar negara. Akak sangat banyak cakap, dan buat diba tak kekok dengan akak. Harap dapat keluar dengan akak lagi. Maaf kalau diba ni membosankan. Hehe. Akak ada tunjuk gambar akak dengan family akak. Adik akak Fatin macam Fatimah Syarha mukanya. Serious. Tak tipu. Hehe. Nak jumpa akak lagi :’( serious nak sangat.

Kalau boleh, diba nak sangat jadi macam akak. Macam-macam lah akak cerita. Ada pengalaman yang akak kongsi. Eh, kak Fatin, acu diba cakap :

"Cantiknya akak yang along jumpa semalam."

     Diba pun senyum. Yes, akak sangat cantik. Mata akak sangat cantik. Ye la, mana ada ciptaan Allah tak cantik :-) kan? Hmmm. Sepanjang perjalanan tu, akak asyik cakap pasal ilmu je. Seronok. Nak jumpa akak lagi. Tak apa, ada jodoh kita jumpa. Diba akan sentiasa tembak hati akak dengan peluru doa diba. Bertubi-tubi insya-Allah. Semoga ukhuwah kita terus direct ke Jannah Ilahi. Insya-Allah. Uhibbukifillah akak. :-)

credit : her. haaa, tu akak Fatin Amira. :-)
-adibahkhairy