بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
Assalamu’alaikum
dan salam sejahtera ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, yang saya sanjungi,
tuhan pentadbir seluruh alam, Allah azza wajalla. Tidak lupa juga kepada
pembaca setia, tak setia. J oke dah merapu dah tu.
Hehe. Hari ni, diba nak berkongsi dengan semua tentang ‘cantik’. Apa yang kita
faham dengan ‘cantik’? Kita nampak perempuan comel, cun, lalu terbutir di
mulut, “cantiknya perempuan tu..” atau, “SubhanAllah, cantiknya lautan yang
Allah telah ciptakan. Indahnya...!” Adakah itu cantik? Ya.. kedua-duanya kita bawa erti cantik.
Tapi,
diba taknak bawa kedua-dua erti cantik tu.. diba nak bawa tentang seorang
perempuan soleh dan seorang model. Diba tahu, seorang pemuda sekarang tak pilih
dah yang agamanya cantik. Yang dipandang seorang model yang cun melenjun. J
Agama
dah tak pandang. Agama sebagai pilihan yang terakhir. Bahagiakan seorang pemuda
itu hidup bersama seorang model, yang cantik lagi mendedahkan aurat? Pada mulanya,
dia bahagia, kerana dipuji mempunyai seorang isteri yang cantik. Dan pada
akhirnya, semestinya api neraka menjilat tubuh badannya.
Jika
semua memandang dan memilih yang cantik.. apakah nasib yang beragama? Rasa bahagia
melihat yang cantik, rasa nak mengamuk bila melihat yang huduh? Tidakkah mereka
buta? Tidakkah mereka rabun? Yang huduh itu, bila terisi dengan agama, sangat
cantik malah mampu berlayar sama di syurga.
Dulu
saya pernah tengok ada orang tanya kepada Ustaz Azhar Idrus tentang
perkahwinan.. soalan dia begini.
“saya
ada kenal dua orang perempuan ni, yang si A ni muslimah, tudung labuh, tapi
jenis yang tak reti bergaul, muka pun tak lawa.. dan yang si B ni pula memang
comel lote lah.. tapi sembahyang lintang pukang, tak tutup aurat.. tapi kalau
saya, saya nak pilih si B ni la, kalau boleh nak betulkan dia”
Dia
tanya, dia nak pilih si A atau si B.. kemudian Ustaz Azhar Idrus jawab,
“kamu
rasa boleh bimbing ke tak? Kalau berat tak payah.”
Sanggup
pilih yang lawa, tolak yang beragama, sebab nak penuhi pilihan nafsu. Well,
mampu ke? Nak bimbing ke arah agama ni bukan senang ea abang, kakak, adik. Nak bimbing
ke arah agama, perlukan kerelaan. Kalau dia tak rela, tak boleh punya. Misalnya
kita, orang suruh makan bangkai tikus, nak tak? Mesti taknak.. kan? Tapi, cuba
kalau kita memang teringin nak makan.. mesti senang je ikut.
Jika
ibu bapa yang dah berbelas-belas tahun hidup dengan anak, malah,
berpuluh-puluh.. nak bimbing anak bimbing dari kecil. Cuba kalau dah 18 atau 20
tahun baru nak bimbing.. rebung nak bagi jadi buluh? Allahu. Bayangkan lah.
Ingatlah,
syabab agama, pemuda agama, tahu nilai mana permata, mana kaca. Mana agama,
mana neraka. Kalau semua nak pilih yang beragama, yang cantik boleh berubah ke
beragama. Lagi cantik lah dia. Tapi, kalau nak pilih yang cantik, rupawan, yang
beragama macam mana?
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ
حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ
سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ
لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ
تَرِبَتْ يَدَاكَ
Ertinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya,
kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai
agama, engkau akan beruntung.
Tu pun
pandang lekeh lagi wanita yang beragama. Wahai lelaki, berilah peluang kepada
kaum wanita untuk mereka menjadi yang beragama. Penuhilah seluruh dunia ini
dengan wanita yang solehah. Wanita solehah ni, terlalu mahal nilai dan
darjatnya. Wahai lelaki, jika kalian nak berkahwin dengan seorang wanita yang
agamanya jauh terpesong, walaupun rupanya cantik, niat nak bimbing, kalian tengok dulu diri kalian. Apakah agama
kalian terlalu tinggi? Ilmu kita hanya sedikit. Ni kan pulak nak bimbing orang.
Fikir seribu kali kalau nak menikah dengan wanita yang tiada agamanya.
Mungkin
ada orang kata diba ni :
Jealous lah tu tengok orang cantik, dia kan tak cantik, tak
ada orang nak, dah la buruk.
Well,
I am not jealous. Tapi diba kesian. Mana maruah wanita? Hanya dengan
menunjukkan kecantikan mampu tawan hati 1000 lelaki, tapi, apakan dia sedar
yang dia tak mampu tawan hati pencipta dia.. iaitu Allah azza wajalla. Dan
lelaki pun sekiranya anda mampu melihat dengan mata hati, saya yakin dan pasti,
anda akan mengutamakan yang beragama buat melengkapi agama anda.
Kita
terkapai-kapai dihanyut oleh dosa. Hampir tenggelam dan kemudian timbul di
lautan dunia. Ombaknya kuat, tapi, mampukah kita bertahan? Ingat lah, pilihlah
yang memudahkan kita ke syurga. Bukan amik risiko ke neraka.
Wahai kaum Adam
jika anda pilih yang tiada agama, ada dua pilihan anda :
A : bimbing
sampai jadi muslimah solehah, walaupun payah, berbuih mulut, tak dengar kata.
B : gagal. Neraka.
Sengsara.
Anda bijak. Ya saya
tahu! Tapi, gunakan kebijaksana-an anda itu untuk agama. Bukan follow hawa
nafsu. J dan
wahai lelaki..
Lelaki yg
ingin berubah. Bukan pergi mendekatkan diri dgn wanita berpurdah. Pergilah kamu
menjejaki para ulama'. Bertarbiyahlah. Ini, diba jumpa dekat twitter.
Coretan hak milik
diba. Hadis datang sumber dari gooooogle. Gambar tumblr.
Warning. : diba
mohon ampun kalau ada tersalah kata, terlajak bicara, mohon ampun oke. Sama-sama
kita bermujahadah dan bermujahid di jalan Allah. Sama-sama kita menyemai cinta
dan kasih ke jalan-Nya. Jangan cari dan mai bunuh diba ea. ^^, kira maaf lah ea
kalau ada terasa. J kalau masih terasa tu, Allah sayang. J jangan risau.
8 comments:
Thanks a lot for this entry. You've reminded me as a Muslim =)
Welcome. Thanks for reading sayang :-) Alhmadulillah. :-) Back to Allah oke :-)
apalah sangat cantik di mata orang kalau hakikatnya kita huduh di mata Allah? ;(
dik, tak cantik takpe janji akhlak cantik. kan kan? hehe ;)
Nice entry.tapi still ada lelaki yang tak suka perempuan bertudung :'( sedih
Siti Safiyyah : you're totally right my dear akak sayang :-) infront of Allah, kita ni tiada apa. no cantik, no huduh. we are same. people tak boleh judge sana sini. jangan buta. :-) tidak guna muka putih hati hitam. dan sangat hebat seorang yang mukanya hitam, hatinya putih. macam bilal bin rabbah :-) Allahurabbi, hebat sungguh dia. menangis bila baca tentang dia. :-)
sofiah sokher : hehe. thanks akak. well, they are blind people. jadi buat apa nak layan. :-) kenapa tak suka? tak up-to-date? hehe. they're stupid, because, hijab girl akan bantu suami dia dari cegah dari dosa. kalau kita bagi gula-gula kat diorang, diorang nak yang terbuka atau yang dibalut, jawapannya, forsure yang berbalut. and, perempuan pun begitu. di sebalik hijab terdapat seribu keindahan. they dont know, sebab taknak amik tau. tu salah mereka :') naaah, biar diorang tak suka hijab girl.kita suka hijab, dan hijab itu maruah. yang terdedah sana sini tu diorang tak tau nak beli kat mana :-) so, dont worry. lelaki yang baik untuk yang baik, yang sebaliknya, buat yang sebaliknya juga :-)
Diba sayang. Ni terbaik :3 Syukran ^^ Diba, anyway Lelaki yang ingin berubah, bukan mendekatkan diri pada wanita berpurdah tu ayat wawa :P Hahaha. Ingat tak ingat tak? Hm anyways, suka baca blog diba :D Allah Allah *tekup dada* (Y)
hehe. :-) nazurah buah hati diba, :-* rindu. hmmm. Alhamdulillah. terima kasih sebab sudi baca.. :-) hehe. ye sayang.. ayat sayang. ingat sangat.. Alhamdulillah.. :-* *kiss pipi dia* syukran sayang :-)
hehe. :-) nazurah buah hati diba, :-* rindu. hmmm. Alhamdulillah. terima kasih sebab sudi baca.. :-) hehe. ye sayang.. ayat sayang. ingat sangat.. Alhamdulillah.. :-* *kiss pipi dia* syukran sayang :-)
Post a Comment