Wednesday 29 August 2012

cantik yang bagaimana?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, yang saya sanjungi, tuhan pentadbir seluruh alam, Allah azza wajalla. Tidak lupa juga kepada pembaca setia, tak setia. J oke dah merapu dah tu. Hehe. Hari ni, diba nak berkongsi dengan semua tentang ‘cantik’. Apa yang kita faham dengan ‘cantik’? Kita nampak perempuan comel, cun, lalu terbutir di mulut, “cantiknya perempuan tu..” atau, “SubhanAllah, cantiknya lautan yang Allah telah ciptakan. Indahnya...!” Adakah itu cantik?  Ya.. kedua-duanya kita bawa erti cantik.

Tapi, diba taknak bawa kedua-dua erti cantik tu.. diba nak bawa tentang seorang perempuan soleh dan seorang model. Diba tahu, seorang pemuda sekarang tak pilih dah yang agamanya cantik. Yang dipandang seorang model yang cun melenjun.  J

Agama dah tak pandang. Agama sebagai pilihan yang terakhir. Bahagiakan seorang pemuda itu hidup bersama seorang model, yang cantik lagi mendedahkan aurat? Pada mulanya, dia bahagia, kerana dipuji mempunyai seorang isteri yang cantik. Dan pada akhirnya, semestinya api neraka menjilat tubuh badannya.

Jika semua memandang dan memilih yang cantik.. apakah nasib yang beragama? Rasa bahagia melihat yang cantik, rasa nak mengamuk bila melihat yang huduh? Tidakkah mereka buta? Tidakkah mereka rabun? Yang huduh itu, bila terisi dengan agama, sangat cantik malah mampu berlayar sama di syurga.

Dulu saya pernah tengok ada orang tanya kepada Ustaz Azhar Idrus tentang perkahwinan.. soalan dia begini.

“saya ada kenal dua orang perempuan ni, yang si A ni muslimah, tudung labuh, tapi jenis yang tak reti bergaul, muka pun tak lawa.. dan yang si B ni pula memang comel lote lah.. tapi sembahyang lintang pukang, tak tutup aurat.. tapi kalau saya, saya nak pilih si B ni la, kalau boleh nak betulkan dia”

Dia tanya, dia nak pilih si A atau si B.. kemudian Ustaz Azhar Idrus jawab,

“kamu rasa boleh bimbing ke tak? Kalau berat tak payah.”

Sanggup pilih yang lawa, tolak yang beragama, sebab nak penuhi pilihan nafsu. Well, mampu ke? Nak bimbing ke arah agama ni bukan senang ea abang, kakak, adik. Nak bimbing ke arah agama, perlukan kerelaan. Kalau dia tak rela, tak boleh punya. Misalnya kita, orang suruh makan bangkai tikus, nak tak? Mesti taknak.. kan? Tapi, cuba kalau kita memang teringin nak makan.. mesti senang je ikut.

Jika ibu bapa yang dah berbelas-belas tahun hidup dengan anak, malah, berpuluh-puluh.. nak bimbing anak bimbing dari kecil. Cuba kalau dah 18 atau 20 tahun baru nak bimbing.. rebung nak bagi jadi buluh? Allahu. Bayangkan lah.

Ingatlah, syabab agama, pemuda agama, tahu nilai mana permata, mana kaca. Mana agama, mana neraka. Kalau semua nak pilih yang beragama, yang cantik boleh berubah ke beragama. Lagi cantik lah dia. Tapi, kalau nak pilih yang cantik, rupawan, yang beragama macam mana?

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Ertinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.

Tu pun pandang lekeh lagi wanita yang beragama. Wahai lelaki, berilah peluang kepada kaum wanita untuk mereka menjadi yang beragama. Penuhilah seluruh dunia ini dengan wanita yang solehah. Wanita solehah ni, terlalu mahal nilai dan darjatnya. Wahai lelaki, jika kalian nak berkahwin dengan seorang wanita yang agamanya jauh terpesong, walaupun rupanya cantik, niat nak bimbing,  kalian tengok dulu diri kalian. Apakah agama kalian terlalu tinggi? Ilmu kita hanya sedikit. Ni kan pulak nak bimbing orang. Fikir seribu kali kalau nak menikah dengan wanita yang tiada agamanya.

Mungkin ada orang kata diba ni :

Jealous lah tu tengok orang cantik, dia kan tak cantik, tak ada orang nak, dah la buruk.

Well, I am not jealous. Tapi diba kesian. Mana maruah wanita? Hanya dengan menunjukkan kecantikan mampu tawan hati 1000 lelaki, tapi, apakan dia sedar yang dia tak mampu tawan hati pencipta dia.. iaitu Allah azza wajalla. Dan lelaki pun sekiranya anda mampu melihat dengan mata hati, saya yakin dan pasti, anda akan mengutamakan yang beragama buat melengkapi agama anda.

Kita terkapai-kapai dihanyut oleh dosa. Hampir tenggelam dan kemudian timbul di lautan dunia. Ombaknya kuat, tapi, mampukah kita bertahan? Ingat lah, pilihlah yang memudahkan kita ke syurga. Bukan amik risiko ke neraka.

Wahai kaum Adam jika anda pilih yang tiada agama, ada dua pilihan anda :

A : bimbing sampai jadi muslimah solehah, walaupun payah, berbuih mulut, tak dengar kata.
B : gagal. Neraka. Sengsara.


Anda bijak. Ya saya tahu! Tapi, gunakan kebijaksana-an anda itu untuk agama. Bukan follow hawa nafsu. J  dan wahai lelaki..

Lelaki yg ingin berubah. Bukan pergi mendekatkan diri dgn wanita berpurdah. Pergilah kamu menjejaki para ulama'. Bertarbiyahlah. Ini, diba jumpa dekat twitter.

Coretan hak milik diba. Hadis datang sumber dari gooooogle. Gambar tumblr.
Warning. : diba mohon ampun kalau ada tersalah kata, terlajak bicara, mohon ampun oke. Sama-sama kita bermujahadah dan bermujahid di jalan Allah. Sama-sama kita menyemai cinta dan kasih ke jalan-Nya. Jangan cari dan mai bunuh diba ea. ^^, kira maaf lah ea kalau ada terasa. J kalau masih terasa tu, Allah sayang. J jangan risau.

8 comments:

Pwincess said...

Thanks a lot for this entry. You've reminded me as a Muslim =)

shortiee :D said...

Welcome. Thanks for reading sayang :-) Alhmadulillah. :-) Back to Allah oke :-)

Siti Safiyyah said...

apalah sangat cantik di mata orang kalau hakikatnya kita huduh di mata Allah? ;(


dik, tak cantik takpe janji akhlak cantik. kan kan? hehe ;)

safiah sokher said...

Nice entry.tapi still ada lelaki yang tak suka perempuan bertudung :'( sedih

shortiee :D said...

Siti Safiyyah : you're totally right my dear akak sayang :-) infront of Allah, kita ni tiada apa. no cantik, no huduh. we are same. people tak boleh judge sana sini. jangan buta. :-) tidak guna muka putih hati hitam. dan sangat hebat seorang yang mukanya hitam, hatinya putih. macam bilal bin rabbah :-) Allahurabbi, hebat sungguh dia. menangis bila baca tentang dia. :-)

sofiah sokher : hehe. thanks akak. well, they are blind people. jadi buat apa nak layan. :-) kenapa tak suka? tak up-to-date? hehe. they're stupid, because, hijab girl akan bantu suami dia dari cegah dari dosa. kalau kita bagi gula-gula kat diorang, diorang nak yang terbuka atau yang dibalut, jawapannya, forsure yang berbalut. and, perempuan pun begitu. di sebalik hijab terdapat seribu keindahan. they dont know, sebab taknak amik tau. tu salah mereka :') naaah, biar diorang tak suka hijab girl.kita suka hijab, dan hijab itu maruah. yang terdedah sana sini tu diorang tak tau nak beli kat mana :-) so, dont worry. lelaki yang baik untuk yang baik, yang sebaliknya, buat yang sebaliknya juga :-)

nurnazurah said...

Diba sayang. Ni terbaik :3 Syukran ^^ Diba, anyway Lelaki yang ingin berubah, bukan mendekatkan diri pada wanita berpurdah tu ayat wawa :P Hahaha. Ingat tak ingat tak? Hm anyways, suka baca blog diba :D Allah Allah *tekup dada* (Y)

shortiee :D said...

hehe. :-) nazurah buah hati diba, :-* rindu. hmmm. Alhamdulillah. terima kasih sebab sudi baca.. :-) hehe. ye sayang.. ayat sayang. ingat sangat.. Alhamdulillah.. :-* *kiss pipi dia* syukran sayang :-)

shortiee :D said...

hehe. :-) nazurah buah hati diba, :-* rindu. hmmm. Alhamdulillah. terima kasih sebab sudi baca.. :-) hehe. ye sayang.. ayat sayang. ingat sangat.. Alhamdulillah.. :-* *kiss pipi dia* syukran sayang :-)