Saturday 14 September 2013

Kata-kata nak berjaya. :-) *moga membantu. :-)


السلام علیکم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ

Hai. *lambai-lambai* Alhamdulillah, kita masih hidup pada hari ini. Andai kata mati telah datang menyambut ahli keluarga kita, mahupun saudara terdekat sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. InsyaAllah.

Next week semua orang dah pakat-pakat busy. Dengan student UPSR dengan UPSR-nya, yang SPM, dengan asah mindanya. Insya-Allah, Allah akan bagi kejayaan bagi sesiapa sahaja yang berusaha untuk capai yang terbaik. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.. Makin nak exam.. makin banyak ujian yang melanda. Kerana saat ini kita diuji. Ada yang tak pernah bercinta jadi bercinta.. ada yang rajin jadi pemalas.. Itu lah namanya cabaran.

Before ni diba jumpa dengan seorang kaunselor. Memang selalu jumpa pun. Serious, bukannya nak malu kan? Jumpa sebab kita buntu. Tapi sebaiknya kita berjumpa dengan Allah. "Cerita" dengan Allah. Okay kaunselor tu ada cerita.. 

*kejayaan datang dari orang yang rendah diri..
*kejayaan datang dari orang yang selalu ajar ilmu yang ada pada dirinya.
*kejayaan datang dari orang yang berusaha.

Ingatlah kalau kita gagal.. jangan salahkan orang lain.. salahkan diri sendiri. Sebab...

"andai kata kita berusaha seperti orang yang nak dapat straight As kita akan dapat. tapi jika kita dah usaha tapi kita gagal, itu bermaksud.. usaha kita belum capai tahap straight As."

Jangan salahkan cikgu kalau kita gagal. Jangan salahkan kawan jika kita jatuh. Segalanya bermula dari sendiri.

Kata nak berjaya.. tapi buka buku tak.. Macam mana nak jadi modal insan kelas pertama kalau cegitu ye tak? Jadi.. nak berjaya tak nak berjaya.. semua bermula dari sendiri.

Lagi satu.. misalnya kalau kita malas nak belajar kat rumah.. jangan salah kan orang *amaran keras* yang ada kat rumah. Cuba kita modify tempat kita belajar tu.. susun buku kemas-kemas.. makesure tak ada habuk. Hias cecantik. InsyaAllah akan timbul rasa nak belajar tu. 

Lastly, waktu nak exam ni.. jaga hubungan dengan keluarga. Dengan Allah. Kaunselor diba cakap.. kalau solat pun malas.. kalau solat pun tak cukup 5 waktu. macam mana Allah nak bagi kejayaan kat diri tu..

Lambaian semangat tu datang dari diri sendiri. Cikgu cakap.. kejayaan ni kita anggap macam dia kekasih kita. Kita perlu sanggup buat apa sahaja malah sanggup buat yang terbaik demi kejayaan. Jadi, jangan banyak cakap, jangan banyak mengarut, jangan banyak mengumpat fitnah, jangan banyak bebel, gi study. PERGI STUDY DAN BUKTIKAN YANG TERBAIK. ;-) YEAH..

Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. -Imam Syafie
*bila kita dah dapat kejayaan dengan usaha, trust me kepuasan tu sangat terasa. JOM kita rasa kepuasan berusaha untuk berjaya. Tajdid niat, study Lillahi Ta'ala. 

salam sayang jiddan dari diba :-)

2 comments:

♥ نور فازلينا حميرة ♥ said...

Assalamualaikum sayang... bestt nya,,,masyaAllah :) jazakallah khair sayang ^_^

shortiee :D said...

Waalaikumsalam cinta.. Syukran sebab sudi view. <3