Wednesday 31 July 2013

Assalamu'alaikumwarahmatullah.

Selamat pagi, selamat petang, selamat malam.
Salam Qiyamullail, Salam Ramadan.

Hari ini saya teringin nak cerita tentang kisah penghijrahan diri saya. <3

Ketika diri ini nak berubah.. Allah hadirkan ramai sangat yang membantu perubahan diri ni.
Tapi akhirnya dipertengahan penghijrahan. Aku kembali ditinggalkan sorang-sorang.

Semuanya Allah tarik kembali. Sifat aku sebagai seorang manusia.. Aku mudah berfikiran negatif. Aku sudah kembali tidak mahu mempercayai orang sekeliling ku. Kadangkala bagi aku..mereka hanya mahu jatuhkan aku. Aku kembali tidak kuat.

Hmmm. Pelbagai rintangan yang aku hadapi. Semua aku hadapi sendiri. Jatuh bangun seorang diri.

Aku cuba untuk ada untuk 'adik-adik' hijrahku.. kadangkala, mereka tidak perlukan aku.
Aku cuba untuk kembali kuat.

Akhirnya aku tahu.. Aku hanya perlukan Allah dalam kehidupanku. Bukan manusia. Kerana setiap orang yang hadir dalam hidupku akhirnya akan pergi jua.

Pesanku.. Janganlah dirimu mengharapkan bantuan manusia ketika di dalam hidupmu.
Berbakti sebaik mungkin kepada manusia jangan mengharapkan balasan.

Apa yang terjadi kini, akan membantu kamu menghadapi masa hadapan yang lebih cerah.


No comments: