Tuesday 14 May 2013

dosa sana. dosa sini.


“Eh, dia tu couple en? Cantik dah muka, tapi sayang.. murah.”
“Perempuan bila couple nampak murah gila”
“Murahnya dia. couple. Ewww.”

Ni lah apa yang orang kita selalu cakap untuk perempuan couple. Terima kasih di atas kutukan anda. Kita selalu bising-bising dia murah, dia tak ada maruah, dia dah tergadai maruah, tapi sedar tak kita pun buat dosa. Malah, dosa besar. Kita makan daging saudara kita sendiri. Tegur tak boleh ea? Memang kena kutuk macam tu baru cun ea?

Tak boleh lah judge orang tu murah. Tak ada maruah. Kita kena tegur dia. Sebab dia tengah buat salah. Takut nanti, dia langsung takmau berubah. Hati ni, senang je nak lembut. Bila kita keluarkan kata-kata yang baik, maka lembutlah. Tak perlu nak caci maki hina sana sini. Muslim dan mukmin cemerlang takkan buat macam tu. Kerana kita menggunakan akal kita sebaiknya..

Nak tegur orang ada cara. Jangan caci jangan cerca. Tapi cakap dengan lembut. Seterusnya kita usulkan dengan doa. Allah itu pemegang hati. Allah pemilik abadi hati kita. Berdoa kepada-Nya supaya membantu kita menghadapi kawan, sahabat, teman yang buat salah ni.
Teguran dan cacian tak mampu ubah dia.. malah.. akan lebih teruk.

Ingatlah..

“berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang, bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu, walaupun sudah dicabut, tetap meninggalkan bekas.”
-Facebook.

Jadi seorang muslim yang cemerlang. Jangan selalu cakap belakang.

Takguna jadi seorang yang bijak jika kita selalu cakap orang macam-macam. Jangan anggap kita bagus, jangan anggap kita tak buat dosa. Tak semestinya kita tak couple kita tak buat dosa lain. Contohnya, kita tak couple, tapi sibuk kutuk, mengata, menfitnah orang. Jadi semuanya sama. Sama-sama muhasabah. 

Minimumkan dosa, infinitykan pahala. :-)

nota kaki (credit akak Fatimah): 

Dari Ibnu Abbas R.A :
Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya." HR Al-Imam Abi Daud.

warm regard ,
-AdibahKhairy

No comments: