Wednesday 23 May 2012

lakaran hidup


Assalamu'alaikum semua. Apa khabar semua? Iman sihat? Alhamdulillah. ;-) Diba pun okee jugak. *buat-buat macam orang tanya balik*. hehe. Alhamdulillah, penghujung exam mid year sudah sampai. Pada esok harinya, 24/05/2012, last paper three chemist. Lepas tu cuti. *yeayyeay* Memang itu yang ditunggu-tunggu oleh saya dan sahabat-sahabat seperjuangan selama ini. Nak topup tidur. ;-) haaa, cakap pasal topup., dah nak dekat sebulan saya tak topup. Jadi, maaflah ea kepada penghantar messages, diba malas nak topup. Membazir. Hehe. Tapi Insya-Allah, cuti ni diba topup. Nak dating dengan kak Afiqah lagi, dengan Putut lagi ;-) waaah, rindu mereka. Diorang tu lah jantung hati limpa diba ;-) Nak jugak? Langkah mayat diba dulu. Ni jantung hati ni, mana boleh share-share. Apa lah. ;-) 


Baiklah. Kali ni, diba nak cerita pasal.. Hmmm. Kisah lama. Kisah lalu. Masa lepas. Hehehe. Alhamdulillah, hari ni Allah bagi pinjam oxygen, bagi pinjam tubuh badan, dapat juga diba cerita masa lepas diba ni. Bunyi macam pelik je.. MASA LEPAS? Allah hai, tak pelah, diba tukar, MASA LALU


Okay. Gini story nyaa.

Pada suatu hari, *cewaaah, start cerita ni*, diba berjalan-jalan kat satu area taman permainan ni. Lepastu, diba jalan, diba lalu sebelah satu dewan ni. Diba nampak seorang lelaki. Tapi sekilas pandang je ea. ;-) bukan dua tiga empat lima kali k.. Ingat tu. haaa, sekali kilas memang diba nampak dia handshooooooome. Ntah dua tiga kilas macam mana kan. Diba ada jugak ternampak dua tiga makcik dok sebelah abang tu. Taksilap diba diorang ada mesyuarat,. Haish, Dalam dewan nisbah lelaki 1 ea. Perempuan 10, jadi, 1:10. Sabar ea abang. Abang duduk sembang borak dengan makcik tu. Layan je lah walau makcik pun. Cabaran orang handsome, kacak memang macam tu. Tergelak diba tengah jalan sambil monolog dalam hati. Makcik-makcik menggatal bukan main lagi. Comeeel sangat. ;-) 


Tapi, bukan ini yang cerita yang diba buat untuk dibaca, bukan cerita itu untuk dijadikan pengajaran, dan bukan cerita itu juga yang diba mahu sajikan pada semua. Bukan itu yang mahu dijadikan santapan minda. Bukan Bukan! Dan bukan! Semestinya bukan. Masa laluku bukan cerita indah untuk ditawakan. Dan bukan cerita manis yang terukir di senyuman orang. Masa laluku hitam. Seperti tangisan darah yang mengalir, seperti jeritan orang yang sedih, seperti sakit orang yang jatuh. Itu masa laluku. Itu masa lampauku. Padangan seseorang terhadap aku dulu seorang pendosa, kata-kata yang datang dari lidahku sungguh tajam sampai mampu parah terluka. Itulah aku. Seorang hamba yang sungguh hina. Cukup alpa aku dengan keindahan dunia, sungguh asyik aku melayan dusta dunia, sungguh teruk dibutakan dengan cinta dunia. 




Tidak aku tahu bahawa aku perlu genggam akhirat, bukan dunia. Yang ku genggam dahulu merupakan dunia. Dunia itu ibarat api yang ku genggam. Aku lupa tentang akhirat yang mendatang. Aku hilang dari landasan-Nya. Sehingga sesat tidak jumpa jalan kembali. Sungguh susah hati ini lembut kerana-Nya, sungguh susah air mata mengalir untuk-Nya, sungguh payah badan bergerak mengikut suruhan-Nya. Itu aku. Itu MASA LALUKU. Buat perkara yang ditegah-Nya. Tinggal perkara yang menjadi suruhan-Nya. Malu aku menghadap-Nya.


Tak mampu ku bawa dosa-dosa aku seorang pendusta. Tetapi aku tetap mencari cinta Maha Kuasa. Pada permulaannya susah hati menerima cahaya. Cukup penuh dengan titik zina. Cukup hitam hatiku ini. Cukup busuk hatiku ini. Cukup teruk pendirian aku. Apa yang aku harapkan hanya keampunan Maha Kuasa. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu dituturkan. Aku buntu. Kadangkala hati ini yang telah aku tenangkan dengan alunan zikir, kembali gundah.


Mahu kembali ke jalan Allah yang lurus. Walaupun terdapat duri di tengah perjalanan ku itu, Allah tetap bersama dengan ku. Bantu aku mengharungi duri-duri tersebut. Walaupun lukanya teruk. Allah yang pulihkan. Ya Allah, bantu lah mengharungi hidup ini. Pulihkanlah luka ini. Bersihkan segala kekotoran di hati ini. Sedih ya Allah, bila terdapat kaum hawa yang menceritakan tentang agama, tapi aku tidak tahu apa yang dibincangkan. Aku tak mampu untuk berbincang sama. 


Apa ke bodohnya aku ni. Kenapa aku buta sangat NAK NAMPAK cinta Allah. Kenapa aku takmampu lihat cinta Dia? Kenapa! Hmmm. Aku masih buta dengan cinta dunia. Arghhh. Berambus lah dunia. Kenapa kau ganggu hidup aku! Mengapa? Aku bukan nak kejar kau wahai dunia! Cukuplah dengan apa yang telah kau buat terhadap aku. Hancur punah hati aku. Hancur akhlak aku. Hanya kerana dunia yang tidak ada nilai. 


Hidup aku hanya untuk mengejar syurga yang abadi, cinta Allah yang hakiki. Ahhh, melampau kau dunia. Sungguh melampau. Kau tinggalkan aku dalam keadaan hina. Kau bawa aku jauh dari cinta Allah. Kau buat aku terlupa akan pencipta agung aku. Lupa akan akhirat. Kau seperti bawa aku jauh berjalan, akhirnya kau hantar aku ke lembah kebinasaan. Allah ciptakan kau dunia hanya untuk sementara dan diisi dengan kebaikan. bukan menghancurkan. 






Wahai pembaca, BANGUN lah dari tidur nyenyak anda. Kejarlah akhirat yang abadi. Kita bimbing diri ini jauh dari zina. 


"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."-Surah Al-Israk: ayat 32


Sabda Rasulullah s.a.w "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangiumur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."-Hadis riwayat Baihaqi

dunia adalah satu khayalan yang mana satu hari nanti ianya juga akan musnah, jadi apa gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja saja yang kekal. dan Rasulullah pernah berkata, yang dunia ini hanya impian orang yang tidur.

-puteri intan diyana azhar


sudahlah mengejar dunia, kita kembali ke akhirat. inilah yang ingin diba sampaikan kepada semua. diba pernah alpa dengan cinta dunia, dengan tipu helah dunia, tapi akhirnya diba hanya dapat kerugian. selagi ada nafas, baliklah kepada Allah. jooom kita kejar Allah. setiap degupan biarlah didendangkan dengar Allahuakbar, Alhamdulillah, Astaghfirullah. 

sekian sudah dari saya Adibah. harapan diba, semoga orang kat luar sana, ambil ikhtibar, dan post kali ni mampu dijadikan peringatan buat anda semua. Assalamu'alaikum. :-)

-ADIBAH NORKHAIRY

1 comment:

Anonymous said...

Adibah NorKhairy tErbaek ler