Friday 11 May 2012

andai aku milik dia.


                                   

السلام عليكم 

Salam sejahtera ke atas semuanya. Yang pertamanya, diba nak ucapakan terima kasih yang teramat sangat kepada kak Afiqah Abdul Rahman. Seorang muslimah yang hebat. Terima kasih kerana terus memberi inspirasi. Dan, tak lupa juga, salam sejahtera kepada semua pembaca.
Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpahan rahmat-Nya, saya masih bernyawa, masih inhale, exhale.. dan masih menaip di blog ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Tuhan Maha Esa, Tuhan Maha Kuasa, Tuhan Pemilik Alam, dan merupakan Kekasih abadi saya.
Pada post kali ini, diba nak buat satu surat untuk bakal suami diba. Diba tahu. Diba baru enambelas tahun. Mid year exam form four pun tak habis lagi, tapi sibuk cakap pasal kawin. Tapi, ini sebenarnya peringatan, buat kawan-kawan, sahabat, pembaca, untuk mengorak hidup supaya menjadi seorang muslim atau muslimah yang lebih baik.

Jadi, diba mulakan dengan lafaz bismillah hirrahmanirrahim.

Kepada bakal suami saya, saya tidak tahu di mana anda berada, anda tengah buat apa, anda sedang belajar di mana, umur berapa dan sebagainya, anda mungkin baca atau tidak luahan ini. Tapi harapan saya agar awak membacanya.

Saya tidak kisah akan kekayaan awak, akan rupa awak, akan pekerjaan awak. Tapi, yang saya begitu risau dan ambil berat hanya tentang agama awak. Walau apa pun kita lalui sebelum kita bersama nanti, saya harap, awak kuatkanlah agama awak. Kerana elemen itu yang akan membuatkan hati saya cair.

Mungkin ada golongan wanita yang memandang wajah dan rupa paras sebagai perkara penting. Tapi bagi saya cukuplah hanya dengan ilmu agama, dan awak boleh pimpin saya cari Jannah Allah. Bila kita dah bersama, matlamat kita hanya satu, kita bawa keluarga kita menuju ke syurga Allah.

Awak, saya mintak maaf kerana saya gagal jaga hati saya. Hati saya pernah di nodai oleh seorang lelaki. Saya tahu, itu tak sepatutnya terjadi. Sepatutnya saya memelihara hati saya untuk awak. Khas buat awak. Tapi... awak, sekarang saya cuba baiki diri kembali, bersihkan hati. 

Saya berharap agar awak dapat menerima saya.
Awak, walau macam mana pun kita dipertemukan, harapan saya, kita dijodohkan dalam keadaan yang baik. Tolong lah penuhkan ilmu agama mu.
Saya berharap, yang awak mampu bantu saya jika saya mempunyai masalah, baik masalah agama, dan emosi. Saya akan cuba berada di samping awak. Awak, saya cukup bertuah kerana saya dapat awak nanti. Saya merupakan tanggungjawab awak, dan awak tanggungjawab saya.

Jadilah seorang abi(bapa) yang baik, kepada anak-anak awak, jadi suami yang mampu mendidik isteri, jadilah seorang anak yang terus berbakti kepada ibu bapa. Itu pinta saya. Itu harapan saya.

Bahtera yang bakal kita layarkan, biarlah berlandaskan hukum Allah.kita jauhkan keluarga kita dari dekat dengan larangan-Nya. Itu bahaya. Saya takut.
Mungkin saya tidak layak untuk awak. Tapi mungkin juga hikmah kerana Allah satukan kita berdua. Saya berharap yang awak akan memimpin solat Subuh berjemaah nanti. Saya berharap yang awak persis dengan perangai atok saya. Seorang yang hebat tentang agama, seorang guru kepada isteri, seorang yang tak kedekut senyumnya. Itu lah atok saya.

Saya juga berharap, yang sebolehnya, solat Subuh dan Isyak awak berjemaah. Kerana solat Subuh dan Isyak berjemaah boleh mendorong awak menjadi seorang muslim sejati. Walau nanti kita miskin dengan harta, biarlah kita kaya dengan agama. Kita cari akhirat bersama ea. Biar apa pun terjadi, kita cuba bertolak ansur. Kita cuba berbincang.
Hanya satu yang saya minta, saya minta awak terima dengan segala kekurangan saya, kelemahan saya. Cuba untuk menjadi ketua keluarga yang baik ea awak. Buka mudah nak jadi leader. Tanggungjawab awak besar. Awak kena ingat tu. Mengalirkanlah rezeki –rezeki yang halal kepada keluarga kita nanti. Cari lah berkat Allah.
Saya cuba jadi yang terbaik buat awak. Dan awak juga. Sediakan lah diri awak dengan agama. Itu pinta saya. Itu permohonan saya. Baiklah setakat ini sahaja saya mampu meluahkan kata, menuturkan bicara saya. Satu keajaiban bila kita disatukan saya dapat tahu yang awak pernah baca semua ni.
Salam sayang pertemuan di masa hadapan.
Bakal isterimu,
Adibahkhairy.

Mungkin nanti Allah kurniakan jodoh yang baik buat diba atau mungkin tidak. Tapi, diba mohon kepada Allah agar, pertemukan dengan orang yang baik. Walaupun diri ini tidak layak. Tapi, diri ini memerlukan seorang zauj yang mampu bawa diri ini ke Jannah. Dan itu memang harapan semua perempuan, wanita dan hawa. Tidak dinafikan lagi. Kenapa perlu gundah mencari jodoh? Memang kita perlu risau. Terutanya kaum hawa. Kami sebagai perempuan, perlu memilih seorang yang mampu bawa kami ke Jannah Allah. Bukan ke Neraka. Nauzubulillah.

Buat semua jejaka, semua muslim, semua lelaki, sebelum anda menjadi seorang yang penting dalam hidup kami, persiapkan diri anda. insyaAllah Allah permudahkan urusan anda.

Kita jadilah yang terbaik sebelum dahagakan jodoh yang terbaik. Orang lain tak boleh judge kita dengan siapa, seteruk mana kita. Jika orang masih nak bukak mulut, cakap kita ni teruk dan bakal dapat yang teruk, kita hanya istighfar. Jodoh dalam tangan Allah. Jangan sesekali buat spekulasi sendiri.

Salam sayang dari saya,
Adibahkhairy.

6 comments:

Noor Maizan said...

“Jika wanita cantik yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita solehah yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita ayu yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita kaya yang yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita berpurdah yang dicari,ia bukan saya, Tapi,jika wanita yang ingin dibimbing,ia adalah saya. Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya. siapa pun anda…”
:)

shortiee :D said...

Cik Mai :-) terima kasih. Tepat sekali. Sekali lagi syukran kerana sudi comment :>

✿INA AINAA✿ said...

semoga kita mendapat psgan hidup yg dpt mmbwa kita ke syurga..Amin...semoga sis mndpt suami yg akan sentiasa di sisi sis ketika senang mahupun susah

shortiee :D said...

Amin Amin Ya Rabbal'alamin. :-) You too :-) kita doakan yang terbaik oke :-)

Unknown said...

InsyaAllah, semoga mendapat suami yang baik2.. doakan kite jugak tau? ^^

shortiee :D said...

ye Cik Nurul. Memang itu dambaan semua kaum hawa. Siapa mahu suami yang asyik mengherdik dan menengking? Kan? :-) InsyaAllah, sama-sama kita doakan yang terbaik. :-)