Sunday 11 December 2011

Kisah pertama : kehidupan LRT. Kisah kedua : perpisahan. Kisah ketiga : rupa itu penting ? kisah keempat : takdir di Luh Mahfuz boleh berubah ? (: dan doa pengubat duka.

Assalamualaikum.. Apa khabar ? Iman okee ? haa, dah lama diba tak post kat blog. Nak dekat dua bulan. Tak gitu ? start dari lepas raya haji diba dah tak post kan ? sooo blogger, rindu diba tak ? hehe. Korang tak rindu ? okee. Diba rindu korang. Weee :D okeee, now diba nak story pasal kehidupan. Diba ada taip pasal seorang sahabat diba.. tapi tak yah lah post. Sebab nanti diba jadi rindu pulak kat dia. Hehe. Oke oke. Kita start ea.

Dengan lafaz سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم diba pun mulaaa.. oke..

Perasan tak perasan, kehidupan(topic ni lebih ke arah masalah. Tentang pemikiran kita tentang masalah) kita ni kadang-kadang macam LRT. Apa yang sama neh ? macam ni, kan bila kita naik LRT ada satu time gelap sebab kita masuk terowong, ada satu masa cerah sebab kita boleh nampak lampu (pada malam) dan sang matahari (pada siang). Persamaannya dengan hidup ni, ialah ada satu masa kita akan nampak sinar bahagia hidup iaitu kelibat matahari dan lampu ketika berada dalam LRT, dan akan jadi gelap bila kehidupan kita punya masalah, persamaannya sama dengan bila kita berada dalam terowong ketika menaiki LRT. Masalah datang tanpa henti, tak kira lah golongan yang bercinta, yang berumah tangga, yang bersahabat, yang sedang bermesra.. masalah tetap datang. Masalah ni kadang-kadang umpama tetamu yang tak diundang. Perasan tak ? bila kita tengah happy, mesti lepastu ada masalah, tak kiralah sekecil zarah sekalipun. Bila datangnya masalah, kita pun kerut kepala.. pastu mengeluh. Kita tak rasa itu satu hadiah kan ? *rehat jap, diba nak lunch, brb*


Okee sudah makan. (: kita sambung kembali.. masalah ni kita umpamakan dia seekor anjing yang kejar kita, tak pun kita anggap satu gunung yang bakal runtuh atas kepala kita, takpun kita anggap masalah tu merupakan satu perkara yang sentiasa menghantui kita. Huh. Seram I ! hehe. Okelah, diba taknak pandang negative masalah, diba nak tengok masalah ni sebagai positive. Dalam bahasa mudah positive side dia.. oke yang pertama :



  •   Masalah ni umpama penghapus dosa.
  • · Masalah ni membawa kepada kematangan.
  • · Masalah ni boleh menjadi sebagai pembetul kesalahan di masa depan.
  • · Masalah ni bagaikan amaran kepada kehidupan supaya jangan kita alpa dan leka.
  • · Masalah ni seperti kaki kita, seperti memilih jalan penyelesaian, jika jalan itu lurus, maka mudah lah urusan kita, jika sebaliknya, maka result pun sebaliknya.





Haaa, itu positive side dia, mengajar kita supaya lebih prihatin sebenarnya. Andai satu selumbar yang menusuk jari kita, Allah sudahpun mengangkat darjat kita.. apakan pula dengan masalah yang Allah berikan ? MasyaAllah. Sungguh besar rahmat yang Dia berikan. Jadi, bila kita terima masalah, kita ucapkan syukran Ya Rabb. Itu merupakan hadiah dariNya untuk kita. Semakin umur kita meningkat, semakin banyak cabaran kehidupan. Mana indah kalau asyik manis je kehidupan ni. Nak juga rasa masamnya, pahitnya, kelatnya. Kan ?


Okeeeh, siap sudah tentang masalah. Bila kita sayang kat seseorang, kita mesti jaga dia kan ? diba tak tujukan topic ini untuk orang yang “bercinta” SAHAJA, tapi diba tujukan kepada yang bersahabat, yang berteman, berkawan, berkasih sayang.. contoh mudah, diba dengan seorang sahabat diba, diba terlalu sayangkan dia. Taknak dia hilang dari diba. Taknak dia pergi, nak dia sentiasa ada di sisi. Nak dia selalu disamping diba, nak sentiasa bercerita dengan dia. Nanti, at the end post ni diba letak gambar kitorang tau. Dia salah seorang sahabat dia. Sayang dan cinta sangat dekat dia. Tapi diba harus ingat, walau diba sayang dia, jaga dia sekalipun, diba tetap akan hilang dia, dan dia akan hilang diba.


Apa yang ada di dunia tak akan kekal. Tak akan ! yang kekal hanya pencipta kita yang satu iaitu Allah Ya Rabb. Kan ? jadi, kita bila hilang sesorang yang kita sayang, jangan terlalu gundah. Mungkin itu cabaran untuk kita. Allah nak berikan yang lagi baik untuk kita. Mungkin sebagai pengajaran untuk kita. Misalnya, bila orang yang kita sayang kembali ke Rahmatullah, jangan lah kita terlalu sedih, ambil iktibar dari kehilangannya, jadikan sebagai persedian kematian kita. Perpisahan akan sentiasa terjadi dalam setiap detik saat dalam hidup ni. Tak kira lah kat Malaysia ke, atau pun dekat negara lain. Itu dah lumrah. Satu kebiasaan. Tapi, kita kena ingat, perpisahan itu mengajar kita erti kehidupan. Lebih menjadi seorang yang matang. Menjadi seorang yang lebih care. Kan ? bila kita bersayang, berkasih, bercinta, kita kena ingat tentang perpisahan kita. Bagaimana kita menghadapi perkara tu. Macam sedih lah pulak bila cerita pasal perpisahan ni. Oke. Sudah. Takyah lah cerita lagi dah. Kang diba nangis depan lappy ni. Haish.


Hehe. But now, diba nak story pasal muka, rupa. Kenapa manusia suka judge orang dari muka ? kalau dia buruk, dia tak laku,. dia buruk, dia jahat. Kebenda otak manusia nih ? kenapa fikir macam tu ? diri tu dah cukup sempurna ke ? apa teruk sangat orang tu ? tak patut tau buat macam tu. Hodoh mana pun seseorang tu tapi makesure hati dia cantik. Kenapa perlu tengok rupa ? kalau lelaki memandang perempuan cantik, apa cantik juga hatinya ? bila sudah dimamah usia, hilanglah cantik tu. Cantik rupa ni tak kekal. Ish ish. Perempuan ni, walaupun dia tak cantik, bagi diba perempuan yang berhijab, yang cukup sifat tabahnya, itulah cantik.


Cuba bayangkan, si suami memperisterikan seorang perempuan yang tak menutup aurat bila keluar dari rumah. Bila sudah berkahwin, si isteri masih membuka aurat kepada bukan muhrim, atau keluar tanpa memakai hijab maka dayyuth lah lelaki itu. Apa maksud dayyuth ni sebenarnya ? dayyuth ni sebenarnya bermaksud, seorang suami yang membenarkan isterinya melakukan maksiat. Ingatlah neraka itu cukup panas. Bahangnya sahaja tak mampu kita tahan. Apakan pula dengan apinya ? Nauzubillah. Haa. Balik kepada topic asal. Nih, wahai lelaki dan perempuan. Mengapa rupa itu penting bagimu ? mengapa agama itu persoalan kedua ? memang ada hadis Rasulullah S.A.W kata perlu memilih jodoh berdasarkan rupa, keturunan, harta.. dan AGAMA, tapi, Rasulullah berkata lagi, pilihlah AGAMA kerana itu memudahkan urusanmu.


See, dah ada bukti kan rupa tu tak penting ! AGAMA itu pertama. Wahai lelaki, wahai perempuan.. biarlah rupa tu tak ada, tapi hati itu ada. Biarlah rupa itu buruk, hati itu cantik. Biarlah rupa itu busuk, asalkan hati itu wangi. Haaaa. Apa pendapat korang ? jangan judge orang melalui rupa. Tapi hati.. 



Sekarang, diba nak cerita pasal takdir pulak. Boleh tak takdir kita yang tercatat dalam Luh Mahfuz berubah ? haaa, tajuk yang best nih. Diba suka tajuk ni. Sebelum diba cerita lebih lanjut, diba dapat tajuk ni time tengah makan tadi. Ada satu buku MILENIA MUSLIM, bil 110. Best tau.. okeh.

 Takdir ni terbahagi kepada empat. :


§  Yang pertama ialah takdir dalam ilmu Tuhan(Allah) yang azali.

-ini merupakan takdir yang Allah telah tentukan dalam lembaran Dia. Diibaratakan sebagai seorang jurutera yang mebina sebuah gedung. Jurutera tersebut lebih mengetahui tentang ukuran luas, besar, dan tinggi gedung tersebut. Begitulah Allah yang menetukan hidup kita. Dia lagi tahu. Sesungguhnya Dia lah Maha Pencipta (Khaliq), Maha Pembentuk (Al-Mushawwir), Maha Tahu (Alim), Maha Kuasa (Qadir). Semuanya sudah diketahui Tuhan dalam Azal. Takdir yang ada dalam ilmu Tuhan itu tidak berubah dan tidak dapat diubah dengan siapa pun. Inilah yang dinamakan “Qadla Mubram” atau “takdir yang pasti”. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang ertinya,

“Dan Dia Maha Tahu atas segala sesuatu.” –(Al Baqarah,29)


§  Yang keduanya ialah takdir yang tertulis dalam Luh Mahfuz.

-takdir kali ni, menerima perubahan. Ini kerana ada takdir tertulis di situ yang belum putus yang dinamakan “Takdir Mua’llaq”. Ianya ibarat papan tulis. Jikalau kita telah ditentukan neraka dalam papan tulis tu, tapi bila kita melakukan kebaikan, doa bersungguh supaya dijauhkan neraka, maka berubahlah apa yang ditulis di papan tersebut. Firman Allah

“ Tuhan menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya dan pada sisi-Nya ada ummul kitab” –(Surah Ar-Ra’d, ayat 29)

Okee, one more contoh, misalnya dihadkan umur kita dalam papan tulis tu sebanyak 60 tahun. Tapi bila kita melakukan ‘amal, Allah lanjutkan umur kita lagi 30 tahun. MasyaAllah.


§  Yang ketiganya ialah takdir dalam rahim ibu.

-ini sesuai dengan yang ada pada Luh Mahfuz.


§  Yang keempat, takdir dalam kenyataan dunia.

-perkara ni sesuai dengan takdir yang ada dalam ilmu Tuhan (Ummul Kitab).

Yang dapat mengubah takdir di Luh Mahfuz itu adalah doa, perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W,

“tiada yang dapat menolak takdir selain doa dan tiada yang dapat memanjangkan umur kecuali perbuatan baik” (Riwayat Tarmidzi).

Takdir ini dapat diubah jika kita berdoa, dan berbuat baik. Allah itu Maha Kaya, dan pintu kemaafan Dia begitu luas terbuka. Selagi hayat belum bertemu dengan kematian, kita berusahalah mencari kemaafan dan keampunan yang Maha Kuasa.


Sebelum diba mengakhiri post kali ni, diba nak share satu doa dengan pembaca. Diba tulis maksudnya sahaja.. doa ni, doa pengubat luka, stress. Memandangkan diba dalam situasi yang terumbang ambing sekarang jadi diba share. Okee. Jom start.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesunggunya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu(lelaki) dan anak hamba-Mu(perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada’(keputusan)-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendarahan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.


Alhamdulillah, selesai sudah menaip. Dari pagi ke petang, dan petang kemalam., malam ke pagi. Hehe.. 94% datang dari diba dan selebihnya dari buku. Maafkan diba andai terkasar bahasa ada yang terasa. Sesungguhnya setiap manusia melakukan kesilapan. Apa yang baik itu datang dari pencipta kita yang mengenggam sejuta hati Allah hu Rabb. Dan apa yang buruk itu datang dari diri saya sendiri sebagai manusia yang hadir dalam blog ini. Apa-apa pun, diba harapkan apa yang diba post kali ni, dapat dijadikan santapan minda anda semua. Jazakallah. Assalamualaikum.
sahabat diba :)

2 comments:

iAmCekbolat said...

GoodJob adk akk ^^
eh doa tu akak nak.. sharing is caring ^_^

shortiee :D said...

Eh, akak.. thanks. amik lah. btw, sorry sangat sebab bulan dua tahun dua ribu dua belas baru dapat reply comment akak. ;I