Friday, 3 February 2012

kehilangan dia buat aku berduka, wujudnya dia buat aku tertawa.

Assalamualaikum.
Ketika itu aku sedang duduk di atas buaian mengenang masa lalu ku. Terbayang bayang wajah si dia yang telah lama menjadi masa lalu ku. Setitik demi setitik air mata turun bila mengenang peristiwa itu. Wajahnya bermain main dalam akal ku. Dahulu dialah menjadi penenangku. Setiap rahsiaku menjadi rahsianya.
Peep peep.. *phone berbunyi*, “Ey, apa kakngah ni ? semua nak kacau barang orang. Ey cukuplah la. Bak balik phone tu, jangan buat harta pulak”, suara aku menengking. “kakngah just tengok je eh. Tak bukak pun. Lagi pun memang phone kakngah dah hilang. Ringtone sama kan ? jadi kakngah ingat tu phone kakngah. Tolong jangan salah faham k.” Suara adik ku yang ingin control keadaan. “hmmmm. Oke oke. Takpelah !” tegas aku.
Dulu, kami bergaduh, tak kira hari. Setiap hari kami bertekak. Kadangkala benda kecik pun nak gaduh... sekarang pun still gaduh jugak..
 Ey, sapa yang sepuk baju ni ? tak reti masukkan dalam mesin ke ?” mak berleter di bilik air. “mak, tu baju kakngah...” adik aku menjawab. Tetapi secara faktanya, itu baju aku. Kakngah tahu bila mak marah semua akan jadi kelam kabut. Bila sorang kena marah yang lain pun sama. Kakngah sentiasa back up aku. Tapi kenapa ? aku ni susah sekali nak buat macam tu kat dia. Bila dia nak pegang phone aku pun aku tak bagi. Dah melenting semacam. Hmm. Pelik kan ? aku seorang yang sungguh panas baran. Kalau diikutkan kakngah pun begitu.
Semakin kami besar, semakin teruk kami gaduh. Perbezaan antara kami sangat ketara. Kelemahan aku merupakan kekuatan sang adik. Kekuatan aku menjadi kelemahan dia. Dia bijak dalam soal agama. Bijak menjawab dan menyimpul persoalan. Aku kadang kadang buntu. Apa betul yang telah aku lakukan terhadapnya? Dia telah cuba menjadi adik terbaik buat kakaknya. Apakah aku sudah menjadi kakak terbaik buatnya ? yaaa, aku sedar telah pelbagai kesalahan yang aku lakukan terhadapnya. Tak kira kecil atau besar. Kadang kadang bila mulutnya bicara untuk menegur ku, aku mengatakan bahawa aku kakak, dan dia tidak layak bersuara. Itulah yang akan sentiasa aku katakan pada dia.
Pada satu hari, ketika aku sedang sibuk mengira duit, dia tanya aku, ada tak aku mengambil duitnya? aku menafikan. Sesungguhnya memang bukan aku yang lakukan. Aku menengking dia. Aku marah dia. Aku tolak dia. Dia hanya menerima segala perilaku aku. Tanpa sebarang suara pun keluar dari mulutnya. Dia tak melawan sebaliknya diam. Aku tidak puas hati, lalu aku menolaknya. Dia berlari keluar dari rumah. Aku hanya membiarkan sahaja. Bukan hal aku. Dalam hatiku aku terdetik “kalau kakngah keluar, aku harap dia mati terus. Kan senang. Tak payah nak menyusahkan aku”..
Ye itu kesalahan aku. Aku mendoakan kematian atasnya. Atas dasar panas baran aku doa itu muncul. Itu memang tidak sewajarnya. Bila dia pulang aku bersyukur kerana tidak ada sebarang kecederaan pun kepadanya. Aku.... hmmm.
Pada hari berikutnya aku bergaduh pasal seluar dengannya.... “ey, tu along punya lah..!” huh. “cukup cukup lah kakngah.. penat lah ada adik macam kakngah. Menyusahkan tau tak !”  aku meradang. Aku tak tahan lagi dah... makin hari makin penat aku melayan kerenah dia.
kenapa along selalu layan kakngah macam adik tiri?, apa salah kakngah?, kakngah ni penjenayah ke along?” dia menyoalkan soalan yang aku rasa tak sepatutnya. Bukankah SEGALANYA merupakan kesalahan dia ? huh.
Pada malam tersebut,. Sebelum tidur, kakngah tanya satu soalan kepada aku.. “along, kalau kakngah pergi malam ni, along mampu kan jaga mak ayah ?”
Aku terdiam....
along boleh kan jaga diorang ?, kalau kakngah tak ada, along kan dah tak gaduh dengan sape sape, jadi.... mesti dapat jaga mak ayah punya.... kan ?
ngah... apa kaitan soalan tu dengan kita gaduh ke tak gaduh... ?” soal aku...
Kami terdiam dan lalu tidur.. hmmm.
Paginya..
KAKNGAH ! KAKNGAH ! EY, BANGUN LAHH!” kakngah tak bangun pun walaupun dikejutkan. Kenapa ? dia pengsan je kan ? dia tak pergi kan ? dia akan ada di sini kan ? kakngah, jangan lah tinggalkan along.... along mintak maaf.  “Kenapa kakngah keras je ni ? bangun lahh. Bukaklah mata..”jerit suara batin ku., apa dia sudah pergi menemui MAHA ESA? jenazah kakngah sudah dikebumikan dengan selamat pada pukul 10.. 3 jam selepas kematiannya. tanpa sebrang masalah pun. aku hanya mampu melihat dan menangis. itu sahaja yang termampu buat diri ku. Aku belum puas hidup bersama dia Ya Allah. Andaikan aku boleh tarik balik kata kata ku, aku mohon pada Mu Ya Allah.. pulangkanlah dia kepangkuanku. Itu satu perkara yang sangat mustahil. Aku hanya perlu iringkan doa ku.. aku mohon agar Kau tempatkan adikku itu di tempat orang yang beriman.
Sesalku sekarang tidak berguna lagi..aku berharap agar dia berlapang dada di sana..

 warkah buat kakngah.. duhai adikku.
Kakngah, along berharap agar along sendiri dapat tunaikan permintaan terakhir kakngah.. along harap, along dapat jaga adik adik along dengan sebaiknya, banyak kenangan kakngah dengan along. Kakngah tahu kan along sayangkan kakngah. Along rindu kakngah.. sangat rindu. Andaikan Allah berikan satu peluang, along nak sangat peluk cium kakngah.. walaupun sekali. Sewaktu jasad kakngah masih hidup, along tak sempat pun nak peluk kakngah... apatah lagi cium. Along marah kakngah.. along layan kakngah dengan teruk. Maafkan along... andaikan along punya kuasa untuk tukar masa ke masa lampau, along nak sangat jaga kakngah sebaiknya... tapi semua tu mustahil.. menyesal sekarang pun takkan buat kakngah kembali.  Kakngah... along harap kakngah ngan along sekarang. Along nak cerita dengan kakngah. Nak bagitau kakngah result SPM along, nak bagitau yang along gaduh dengan I’zatul hari ni. Nak bagitau yang acu marah along, nak bagitau yang Alip cari kakngah tadi. Nak bagitau yang Athir pukul Kashaf. Nak bagitau segala galanya... macam sebelum ni ngahhh... macam selalu... macam DULU.... nak tidur sebelah kakngah.. Nak jaga kakngah. Nak kakngah ada dengan along sekarang.. along mintak maaf ngah.. semua bermula dengan ego along sebagai kakak. Kalau kakngah ada, along janji... along akan buat semua yang kakngah tegur.. along akan bantu kakngah.. along akan jaga kakngah.. along takkan pukul kakngah dah,. Tu janji along. Wahai adik, along sayangkan kakngah.. sayang sangat. Kenapa kakngah pergi tak ucapkan selamat tinggal pun? Along rindu kakngah, rindu gelak tawa kakngah. Rindu kakngah makan tumpah. Rindu kakngah tuang air dalm pinggan lpas makan.. Kakngah.. along minta maaf..
 Cukuplah hanya dia menjadi penyeri hatiku.. cukuplah hanya dia menjadi sinaran mentari hidup aku. Cukuplah hanya dia yang datang untuk hidup aku.

Salam ikhlas kakakmu, Dibahkhairy,.


coretan khas buat adik diba yang berada Ma'ahad Pokok Sena. Along rindu sangat kat kakngah. walaupun kadang kadang rasa nak sepak terajang adik sendiri. tapi along banyak bersabar kan dengan perangai kakngah? hmm. cepatlah balik K.L ea.

untuk pembaca.. hargailah adik anda,. tak kira macam mana pun.. kita akan merasa pentingnya orang tu bila dia dah pergi meninggalkan kita. apapun, ni cuma santapan buat pembaca. hanya ini sahaja yang saya mampu tulis. dah dua bulan saya hilang kan ? hehe. sorrry lah ea. cerita ni ada yang tak benar. ada yang ditokok tambah. yang selebihnya original datang dari hidup saya sendiri..

apa yang buruk itu datang dari saya selaku hamba Yang Maha Kuasa. Yang baik itu hanya datang dari pencipta langit dan bumi serta seluruh isi alam, Allah..

selamat membaca. Jazakallah. Assalamualaikum..

No comments: