Sunday 30 October 2011

kepercayaan hati kepada Ilah feat. 6 persimpangan

Pada pagi nyaaa..
Assalamualaikum.. hai. Apa khabar ? Iman sihat ? haaa. Diba nak cerita apa ea hari ni. Hmmm. Nak cerita tentang kepercayaan lah. Setuju ? hehe. Awak tak setuju kita nak story gak :P hehe. Degil diba ni.. hmmm. Okee. Kita pergi kepada introduction. Cewaaah speak Londooon diba hari ni ^^,

Tengah hari, tengah idea masuk
Apa yang dimaksudkan dengan kepercayaan ? ehh, jangan bukak kamus dewan pulak. Tak perlu tak perlu. Hehe. Kita sebagai orang Islam percayakan akan wujudnya Tuhan kita Allah S.W.T. kan ? kita percaya. Dan bukti kewujudan Allah itu merupakan kepercayaan. Hmm. Korang faham tak ? mesti tak kan ? okee lah. Diba nak bagi contoh lain… ada pasangan suami isteri ni. Diorang dah lama berkahwin. Dalam 14 tahun. Jadi, dalam masa 14 tahun nii. Takkkan diorang tak percaya antara satu sama lain kan ? kalau tak percaya tak akan capai 14 tahun tu. Tak gitu ? okkee. Tak faham lagi ? okee now diba bagi contoh lain pulak. Hmmm. Sahabat ! haa, bila kita dah kawan dengan dia lama.. mesti kita percaya dekat dia. Kita berkongsi masalah dan sebagainya. Hmmm. Tu nama dia percaya. Tapi macam mana pulak kepercayaan ? huuu. Kepercayaan tu apa yang kita pegang. Maksud diba. Macam konsep Tuhan tadi. Bukti kewujudan Dia tu merupakan kepercayaan. Okee. Tadi diba ada tengok tv. Ada satu cerita ni dia sedang menceritakan tentang Mariam binti Imran. Kenal tak ? mestilah kenal kan ? wanita teragung Islam. Kalau tak kenal kita sekeh awak. -.- tapi sebelum diba nak cerita tentang Mariam binti Imran.. diba nak cerita tentang wanita wanita agung Islam yang confirm syurga. Terdapat 4 orang tau. Yang pertama, Siti Khadijah (isteri pertama Rasulullah). Yang kedua, Asiah (isteri firaun). Yang ketiga, Mariam ( ibu kepada  Nabi Isa ). Yang keempat Fatimah (puteri bongsu Rasulullah) perngorbanan keempat empat wanita ni, tiada bandingan dengan wanita sekarang tau. Hebat kan diorang. Hmmm. Nak jadi macam diorang la. (: haaa.


cun kan ? tak cun luar jee. dalam kene cun gak tau awak <3


 Kita pergi balik kepada cerita tentang Mariam binti Imran. Sungguh hebat kisah perjuangan beliau. Sangat hebat. Walau dicemuh. Dimaki. Tapi dia tetap menghadapi cabaran hidup dengan penuh hati yang istiqamah. Hmmm hebat kan ? haaa. Macam ni kisah dia, kisah dia ni memang cukup kuat kaitan dengan kepercayaan. Mariam binti Imran dilahirkan dalam sebuah keluarga yang baik. Kiranya yang Allah pilih. Sebulum ni, ibu kepada Mariam teringin sangat anak. Tapi Allah tak bagi rezeki lagi. Lalu, si ibu kepada Mariam pun bernazar.. dia nak anak laki. Andaikan dia dapat anak lelaki, dia nak anak lelaki dia ni menjaga Baitulmaqdis. Tetapi, setelah dia melahirkan anak, yang keluarnyaaa perempuan. Hmm. Cuba bayangkan ibu-ibu.. nak sangat anak lelaki, dah siap beli baju, tapi tup tup dapat anak  perempuan.. hati frust kan ? tapi usah risau, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Sewaktu Mariam masih kecil, ramai berebut nak jaga dia. Sampaikan kena buat undian. Ketika itu, undian dia begini, terdapat satu kertas, lalu dituliskan nama yang nak jaga Mariam ni ke atas kertas tu, pastu diletakkan dalam satu bekas, lalu seorang budak akan pilih kertas tu, lalu nama yang dikertas tu lah yang akan menjadi penjaga Mariam. Lalu setelah dicabut, nama seorang nabi tertera atas tu. *diba tak ingat lah nama nabi tu. Hee. Sorry* hmmm. Pastu ada jugak orang tak puas hati, maka, buat lagi undian. Tapi kali ni.. cara dia lain.. diambilnya kertas tu, lalu dicampakkan ke dalam sungai.. haaa, kalau kertas yang lawan arus, tu lah yang akan jadi penjaga Mariam. Then ada satu kertas ni lawan arus. Bila diambil, tu lah nama nabi tadi. Jadi tebukti lah. Yang jaga Mariam tu nabi tu.. hmmm. Okee lah, diba nak skip terus.  

Tengah makan.. jap eh. 5 minutes je .. wait !
Ingat tak, time Nabi Isa dilahirkan.. time tu orang kata Mariam binti Imran ni macam-macam. Kata dia berzina dengan nabi yang menjadi penjaga dia dan berzina dengan sepupu dia, seorang nabi juga. Tapi Mariam ni kuat. Dia sabar. Mariam ni, merupakan hamba Allah yang paling tawadhu dalam melakukan ibadat. Tak dapat ditanding. Mariam bertanya kepada Allah, mengapa aku melahirkan seorang bayi, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. lalu, Allah berfirman,.. setiap perkara yang Aku lakukan mesti ada sebab musabab. Hmmm. Okee cuba kita try masuk science sikit. Tak dapat diterima dengan akal fikiran yang waras kalau male gamete dengan female gamete tak bercantum pastu lahirnya baka (manusia) kalau dari segi teori science, manusia memerlukan sex, dan memerlukan male gamate dan female gamate. Sebab manusia ni, sexsual reproduction. Kan ? betul tak ? tapi Mariam tak ada male gamate, terus dapat anak. Haaa, inilah kepercayaan kita terhadap Allah. Tau tak, ada seorang hamba Allah ni.. nama diaaa. Hmmm *takingat* maaf ea. :D hmm. Nak ditakdirkan, satu hari ni, sahabat dia datang dekat dia, then sahabat dia kata, “eh, rumah kau terbakar.” Pastu hamba Allah kata, “bukan, itu bukan rumah aku” pastu sahabat dia kata,, “ ye tu rumah kamu” pastu, hamba Allah kata, “itu rumah orang lain. Bukan aku.” Pastu sahabat dia kata, “jom kita pergi tengok.” Pastu diorang pun pergi la tengok., lepas tengok tu, betul kata hamba Allah tu, bukan rumah dia yang terbakar. Rumah dia kat tengah. Sebelah kiri dan kanan dia yang terbakar. Lepastu sahabat dia berkata “bagaimana kamu begitu yakin tadi ?” pastu hamba Allah ni kata, “sebelum aku meninggalkan rumah aku membaca doa ni. *doa tawakal*.” Pastu, dia kata lagi, dia yakin dengan Allah, dia percaya yang Allah akan memelihara rumahnya. Hmmm. Tu lah kepercayaan.  Okee. Kita balik balik kepada cerita Mariam. Mariam percaya, bahawa bayi yang dikandung tu.. akan menjadi somebody nanti. Yang dikandung tu merupakan seorang yang Allah pilih nanti. Beliau percaya akan ketentuan Allah. Cukup percaya. Itulah nama nya kepercayaan. Ingatlah. Setiap apa yang Allah lakukan kat kita ni, mempunyai seribu satu musabab. So, jangan gundah.

Andaikan sahabat kita tipu kita, maafkanlah dia. Bagi dia peluang untuk bercakap benar, dan pesan kepada hati, percaya lah hamba Allah itu. Sesungguhnya, kita juga manusia yang melakukan sejuta satu kesilapan. Kan ? memang tipu tu berdosa. Tapi kita pun pernah menipu. . hmm. Ada benda diba nak share ni. Err., nak tau tak ?

jap nak ingat balik. Lupaaa. :D *belek buku* *garu kepala*

enam persimpangan…

Abu Bakar r.a berkata, “sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa disebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia di belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajak mu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memelihnya daripada akhirat dan anggota tubuhmu  mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud “…. Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya..”

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilanglah darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah akhirat darinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilanglah syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan.

Pesanan : iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada , sebab sasaran iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Salam ukhwah.

Yey, dapat jugak diba habehkan. Haish, macam-macam nak share., tapi panjang sangat. Huhu. Inilah sahaja yang dapat diba kongsi. Andai tersasul bahasa, harap diampunkan. Sesungguhnya, apa yang buruk itu datang dari saya sebagai seorang manusia biasa, manakalah yang baik itu milik Allah yang menjaga dan menggenggam sejuta hati <3. Salam sayang dari dibakhairy.


sayang sangat kat korang :) -ikhlas tau

No comments: