Tuesday 25 October 2011

Bila buku dibuka, dibaca, inilah hasilnya. (: salam ukhwah.

Ingat tau. (:



Pagi tadi

Assalamualaikum. Selamat pagi. Macam-macam yang diba pikir nak masukkan dalam entry kali ni. Idea tak banyak macam dulu. Almaklum dah tua dah saya ni. Hehe. Macam mana semua, sihat ? iman macam mana ? dah charge dah ? hmmm. Hari ni tulis pasal apa eh ? *garu kepala * :D hehe. Okee lah. Minggu ni sahabat diba cakap suruh story pasal perbandingan.. hmmm. Cerita je lah ea. Hmmm. Tapi masalahnyee dia cerita pun tak habis lagi.. -.- tunggulah petang japg kot.

Petang kemudian..
Maaf lah ea cerita tak sampai lagi. Err. Haish, tak pe tak pe. Tak jadi lah cerita pasal perbandingan. Hmm. Sebelum nak buat story pasal perbandingan.. diba nak story pasal mati. Tapi… isi tak cukup. Haish. Ilmu tak mantap lagi.. nak buat macam mana kan.. hehe. Oke oke. Jap eh. Nak tengok buku.. cerita apa yang dapat dikongsi dengan semua.

Ya Rasulullah (:

Beberapa minit kemudian/setelah selesai menelaah buku..
Okee. Diba amik keputusan nak story pasal kisah dialog Rasulullah S.A.W dengan Iblis. (;  okee. Saya nak buka cerita nii. Ready, set and Go.


Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan kepada iblis supaya menghadap Rasulullah S.A.W dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan Rasulullah S.A.W kepadanya..

Maka pergilah iblis menyerupai orang tua yang cantik bersih serta memegang tongkat bertemu Rasulullah S.A.W. apabila berada di hadapan Rasulullah S.A.W., lalu baginda S.A.W bertanya.. “siapakah kamu ini ?”

Berkata iblis, “aku adalah iblis.”

Tanya Rasulullah S.A.W, “sebab apa apa kamu ke mari ?”

Ibilis menjawab, “aku ke mari adalah atas perintah Allah yang menyuruh aku menjawab setiap pertanyaanmu kepadaku.”

Lalu Rasululllah S.A.W bertanya, “Wahai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari umatku?



Berkata iblis, “musuhku dari umatmu ada 15, antaranya :
  •     Engkau sendiri adalah musuhku.
  •      Imam / pemimpin yang adil
  •     Orang kaya yang merendahkan diri
  •      Peniaga yang yang jujur
  •      Orang ‘alim yang mengerjakan solat dengan khusyu’
  •       Orang mukmin yang member nasihat
  •      Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain
  •        Orang yang segera bertaubat
  •        Orang yang menjauhkan diri dari apa-apa yang telah diharamkan
  •      Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci
  •       Orang mukmin yang sangat suka bersedekah
  •         Orang mukmin yang baik budi pekertinya
  •        Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
  •     Orang yang sentiasa membaca AlQuran dan menghafal AlQuran
  •     Orang yang mengerjakan sembahyang di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.”


                                                                                                                                                        
Rasulullah S.A.W bertanya lagi, “wahai iblis berapa banyak temanmu dalam umatku ?”

Berkata iblis.., “umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh :

  •        Hakim yang tidak berlaku adil
  •        Orang kaya yang sombong
  •        Peniaga yang tidak jujur (khianat)
  •      Peminum arak
  •        Orang yang memutuskan tali persaudaraan
  •        Orang yang mengumpulkan harta melalui riba
  •        Orang yang makan harta anak yatim
  •        Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat.
  •        Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
  •      Orang yang  berangan-angan tinggi.




kesemua meraka adalah temanku yang paling rapat dan mereka ini menjadi teman setiaku,”

Oleh itu semua pembaca, berhati hatilah dengan 10 perkara yang diterangkan kerana kemungkinan besar kalau kita silap langkah kita juga akan menjadi teman iblis laknat.

Allah member kita kekuatan melalui bersembahyang dan menunaikan segala perintahNya. Oleh itu jadilah seorang yang taat mengerjakan suruhanNya agar akan sentiasa disayangi oleh Allah dan sekalian makhluk, InsyaAllah.. sebaliknya orang yang derhaka akan disukai dan disayangi iblis.

Allah nadi saya (:


pesanan : Sesungguhnya HANYA kepada Allah SAHAJA tempat kita memohon perlindungan.

-Alhamdulillah, inilah coretan minggu ini. Dapat di taip dengan jayanya oleh tangan kanan dan kiri. Syukur Ya Allah (:

Karya 90% buku 10% AdibahKhairy (‘:

No comments: