Thursday, 13 October 2011

cinta dua medium ? :D

Assalamualaikum.  Kalau ditanya dalam exam maksud cinta ? agak-agak kita boleh tak bagi definisi dia ? boleh bagi tu boleh. Tapi bukan dari segi teori. Mana kita nak cari jawapan. Pastu pulak kalau ditanya, bagaimana cara kita nak bercinta tu ? pastu dia tanya lagi, berikan konsep bercinta. Haaa, sudah. Pening fikir jawapan. Tapi diba taknak lah story pasal sayang and cinta bila kita masukkan dalam exam. Diba nak story pasal cinta dua medium. Aik , medium ? yee. Hehe. Okee, biar diba buka cerita yee (: diba nak sangat rasa cinta, nak sangat rasa nanti ada suami yang sweetmweet bukan boyfriend ea.. hihi. Tapi complete ke zahir batin suami diba nanti. Kita selalunya perempuan or lelaki before kawin selalu letak dalam hati yang *aku nak kawin dengan jejaka/perempuan sebigini dan bigini* antara syarat nyaaa.

  • ·         Issh, mesti kaya.
  • ·         Akhlak baik
  • ·         Agama kene ada.
  • ·         Hensem/ cantik
  • ·         Mesti ada sport car
  • ·         Mesti pandai solat/ pandai masak
  • ·         Pandai pujuk
  • ·         Mesti jadi imam.
  • ·         Mampu tanggung dosa aku.
#Ops, ni bukan diba punya ea. jangan salah faham ! :D harap maklum#

Amboi. Hehe. Letak syarat macam tu pulak. Tapi cuba kita tanya balik diri kita, mampu tak diri ni jadi yang terbaik bagi pasangan ? tak kan ? haaa, tu yang menjadi permasalahan. Tapi sekarang, diba taknak cerita tentang permasalahan yang tak tahu kesudahan tu. Sekarang ni diba betul-betul nak focus pada cinta.


cinta a.k.a love
Sebagai manusia, kita sentiasa mendambakan cinta dari insan lain. Kadang-kadang, sampai mengharap sangat. Ingat, cinta manusia, tak kan pernah kekal. Ingat, TAK AKAN ! Selalunya, boyfriend/girlfriend merajuk, pandai pulak kita pujuk. Kadang-kadang, sampai melebih. Sayang punya pasal sampai sanggup bunuh diri, sayang punya pasal sanggup jadi miskin, sayang punya pasal sampai derhaka dengan mak ayah, sayang punya pasal sanggup LANGGAR ARAHAN, PERINTAH, ALLAH. Amboi, best kan bersayang-sayang macam tu. Memang time sayang, tak ingat dunia dah. Takyah lah bagi nasihat bergunung-gunung. Memang takkan diorang dengarnye. Sedih tak ? sedih :’( kadang-kadang sebagai kawan niat nak membantu, tapi kita pulak yang kena balik. Alaaaah, normal lah, tengah berkasihsayang mana tau dah mana betul salah kan ?  tapi tak pe. Tu bukan mainpoint yang diba nak sampaikan.

Okee, now, baru kita masuk mainpoint :D *hikhok* bila sayang kita merajuk kita tahu pujuk kan ? tapi bila Pencipta kita merajuk kita pujuk ? Dialah yang satu-satunya mencipta hati, diberinya perasaan, complete. Tapi ada kita sayang Dia ? ada kita cinta Dia ? memang kita ada cakap sayang cinta rindu pada Dia. Tapi bukti mana ? bukti ? bukti ? ada ? tak ada ! jangan pernah korang cakap korang sayang kat Dia, kalau korang tak mengaku, Dia yang menggenggam hati korang. Jangan pernah cakap korang cinta dekat Dia kalau apa yang Dia suruh korang buat tak endah. Kalau boyfriend/girlfriend suruh, kita dengar je kan ? ni yang Pencipta kita, Pemilik kita. Dengar la apa yang Dia suruh. Korang dapat rasa bila kekasih korang rasa kecewa dengan korang bila korang tak ikut perintah dia, bila korang curang dengan dia. Tapi ni KEKASIH sejati korang kecewa dengan korang, korang tau ? taktau kan ? sikit-sikit banggakan boyfriend/girlfriend. Apa lah. Alaa, diba tau, diba pun pernah couple. Tapi time tu takda siapa pun nak bimbing. Tapi sekarang, diba dah dibimbing. Oke oke. Sekarang ni jom kita buat perbandingan. Oteh ? Hihi. Oke perbandingan dia macam ni
  
  • a)     kalau boyfriend/girlfriend merajuk kita pujuk kan ? kalau Allah ?
  • b)    kalau nak bg hadiah kat boyfriend/girlfriend, mesti nak bagi hadiah terbaik kan ? dekat Allah ?
  • c)     kalau baca surat dari boyfriend/girlfriend mesti baca dengan teliti kan ? kalau kalam Allah kita baca lintang pukang ke dengan penuh bertajwid ?
  • d)    kalau time nak dating kita mesti sharp time kan ? tapi bila dating dengan Allah kita sharp time tak ? *solat*
  • e)     kalau kita beli baju mesti kita nak beli yang cun cun nak tunjuk and pakai depan boyfriend/girlfriend kita, tapi bila pemakaian depan Allah ? *telekung, kopiah songkong. A.K.A, pemakaian ketika solat*
  • f)      kalau susah nak cari boyfriend/girlfriend, tapi bila diorang tak membantu, tahu pulak cari Allah.


Cinta pada Allah bukanlah mainan, bukanlah barang persenda. Ingat, cinta Allah membawa ke hujung hayat, dan InsyaAllah ke syurga. Andai kita tertanya, sayang tak Allah kat kita ? Yeeee, Dia sangat sayang. Apa bukti ? Dia sering memberikan yang terbaik buat kita, mencipta masa depan yang baik untuk kita. Setiap apa yang Dia kurniakan ada punca dan sebab. Pintu taubat Dia sentiasa terbuka. Sentiasa memaafkan kita. Sentiasa memberi peluang kepada kita. Okee. Korang bila couple, then curang, mesti tiada kemaafan dah kan ? tapi bila dengan Dia, bila korang lupa kan Dia, lepas tu nak ditakdirkan satu masa korang ada lalui masa susah, pastu mintak tolong Dia, Dia masih menerima korang dan memberikan penyelesaian terhadap masalah korang. Betapa agungNya cinta Dia. Tiada tandingan dengan cinta manusia. Diba tak kata kita tak boleh kejar cinta manusia, tapi belum tepat waktunya. *bagi pelajar sekolah* nanti, akan ada dalam kitab kehidupan yang telah Dia tentukan untuk jodoh kita. Jadi kita pandanglah cinta Allah. Allah mencipta hati untuk kita tundukkan hati kepada cintanNya. Bukan menjaja hati sana sini. Hati merupakan seketul hati yang sensitive jagalah sebaiknya (: jom baca doa sikit (;

Ingat tu ! :)

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Malik, Ya Jabbar, Kau kurniakanlah aku hati yang suci dan bersih, yang tiada sebarang titik hitam. Andaikan titik hitam itu dah mula bertapak, aku mohon Ya Allah, aku merayu Ya Allah, aku minta agar kau hapuskan titik itu, kembalikanlah aku ke jalan Mu Ya Allah, bimbinglah daku ke landasan Mu, dan ke arah mendekati Mu, aku mohon agar Kau genggam seketul hati ini, Kau pelihara seketul hati ini dari perkara yang mengotorkannya, aku mohon Ya Allah, bantu aku Ya Allah, bimbing lah aku Ya Allah. Ya Allah, aku mohon agar Kau memperkenankan doa ku ni, Ya Mujib. Ya Allah, sesungguhNya Kau lah memakbulkan segenap doa, sesungguhNya, Kaulah yang memakbulkan segala permintaan., aku mohon agar kau memperkenankan doa ku ni. Aminn Ya Rabbal’alamin.


cinta kepada manusia, manusia akan mati,
cinta kepada harta, harta akan habis,
cinta kepada alam, alam akan musnah,
selayaknya cinta lah pada Ilahi *Allah S.W.T*

Apa yang buruk itu datang nya dari diba sebagai seorang hamba yang melakukan 1001 kesilapan manakala apa yang baik itu datang dari Allah pemilik alam semesta dan yang memilahara seluruh hati.

coretan : adibah khairy <3

No comments: