Wednesday 19 October 2011

bila saya sudah mula berkata, mula berbicara, teratur langkah kata.

pembuka bicara saya :)




Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni saya masih diberi kesempatan untuk hidup. Alhamdulillah, itulah ucapan pertama apabila pagi tadi mata terbuka. Cukup indah dapat merasa lagi kehidupan pada hari ni. Memberikan satu juta makna. Diriku ini dihidupkan atau diberi roh adalah untuk berjasa dan membantu. Walaupun diri ini bukan lah seorang doktor untuk membantu seorang pesakit, bukan lah polis menabur jasa membantras jenayah, dan bukanlah ahli politik yang menjaga kestabilan Negara. Diriku ini Cuma insan biasa yang diberikan roh untuk membantu saudaranya yang lain. Diri ini akan lebih bermakna jika menyayangi diri saudaranya dari diri sendiri.  Tak berguna diri ini jika tidak menyayangi saudaranya lebih dari sendiri atau standing diri sendiri.

Ada satu peristiwa yang diba nak kongsi. Nak ditakdirkan satu hari ni, diba jumpa dengan kawan lama. Sungguh lama tak bersua. Terlalu lama. Sangat lama. Makan masa bertahun. Tapi bila jumpa kami kaku nak berbicara buat seketika. Dulu sewaktu di sekolah rendah memang tak bertegur pun. Lagi pun lain kelas. Difahamkan dia ni merupakan kawan lelaki special kepada sahabat saya. Kawan saya ni bersekolah agama. Alhamdulillah. Dulunya dia seorang yang nakal. Tapi Alhamdulillah Allah tentukan hidup dia ke arah yang baik. Sesungguhnya Allah tahu apa yang di aturkan. Kami kemudiannya berborak menceritakan kenangan kenangan lampau. Ada yang ingat ada yang tidak. Sahabat saya yang perempuan yang merangkap kawan perempuan special kepada lelaki merupakan kawan sewaktu sekolah menengah. Saya nak describe sikitlah perempuan ni.. di depan mata saya, selama tiga tahun perjalanan persahabatan, bagi saya dia merupakan seorang yang cukup ilmu agamanya, yang cinta akan agamanya, yang tidak memandang pada hati lelaki. Cukup agresif dengan laki. Takut untuk memegang dan menyentuh yang bukan muhrim. Tapi apabila hari bertemu dengan kawan lama tu, dia cukup melampau. Bersentuh tangan merupakan habit. Dan benda tu merupakan normal. Saya agak terkaku. Bagaikan satu letupan berlaku dalam kepala. Terdiam seketika. Kaku buat sementara. Itulah yang saya boleh ungkapkan. Pada hari tu, waktu kami berborak panjang, si kawan perempuan ni merajuk, si lelaki pun lalu memujuk. Tak tumpah seperti laki bini. Hampir dipeluknya perempuan itu., Astaghfirullah.. itu lah kalimah yang dapat diungkapkan. Hanya doa yang ada pada waktu itu. Dalam hati dah dipasakkan doa agar Allah cepat-cepat jauhkan apa yang tidak patut. Ini yang dinamakan sahabat yang cukup alim penampilannya, di depan mata sahabat yang lain ? ini yang dinamakan anak murid kesayangan ustazah ? hilang rasa hormat saya kepada kedua-dua sahabat saya. Tak cukup malu memperlakukan begitu di depan kawan ? cukuplah. Tolong pergi dari hidup saya. 

Lelaki itu turut bercerita tentang pengalaman dia semasa di sekolah agama. Dia terlalu suka bercerita sehinggakan dia turut berkata *ehh, tau tak aku ada ramai awek kat sana* terdiam saya. Jadi apa makna hubungan dia dengan sahabat saya tadi ? ingat perempuan ni boneka ke ? dia turut bercerita yang bukan seorang sahaja perempuan yang menjadi  awek dia. Kira macam hotstuff lah. Hmm. Dia terlalu percayakan saya. Dia berharap sangat agar saya menceritakan perkara ini kepada sahabat saya. Si lelaki ini pun menyambung ceritanya, dia berkata, dia dah hafal 5 juz AlQuran. Dalam hati bermonolog. “Alhamdulillah”. Lepastu dia ada cakap yang dia ada seorang kawan yang dah hafal 30 juz. Tapi dia kata kawan dia tuteruk, hisap gam la, arak lah. Hati memang tak nak percaya. Itu bukan satu perkara yang benar. Dia bercerita dah melampau had batas dia. Apa yang saya peliknya dia dah hafal AlQuran.. belajar ilmu agama dengan mendalam. Menghafal hadis. Belajar kitab. Takkan takde satu pun dalam kitab atau hadis “bersentuh dengan yang bukan muhrim itu haram” . dan hubungan sebelum kawin itu haram ?! impossible dude ! Allah dah cukup meletakkan garis panduan dalam agama. Tak kira di tulis dalam AlQuran atau disampaikan melalui hadis. Pening kepala bila fikir balik semua ni.

Tu kisah si lelaki nya. Ni kisah si perempuan pulak. Dari pertama kenal sampai sekarang. Tak jemu jemu nasihat dia yang apa yang dia buat tu tak betul. Yang couple tu haram. Dia susah sangat nak terima apa orang cakap. Bagi dia, dia lah betul. Walau couple dengan tahfiz mana pun, perangai macam ni memang out la. Haish. No words lagi dah. Buntu. Macam-macam dah jalan nk tolong. Tapi bila kita tolong, dia kata kita api-apikan dia. Salah kita yang menegur ! salah kita yang membantu ! yeah ! bagus ! macam ni ah kawan ! then bila kita sokong dia buat zina, buat dosa.. tu lah kawan yang baik ! kawan yang sokong kawan ! Grr. Bagus ! cukuplah. Sedarlah, selagi tidak ada hubungan yang sah ataupun ikatan yang halal, hubungan itu tidak akan ke mana. Sedarlah cinta Allah. Percaya la dengan ketentuanNya. Apa yang lazat di dunia tidak semestinya enak di akhirat. Apa yang pahit di dunia, InsyaAllah bahagia akhirat. Zina itu lazat di sini(dunia) tetapi api(neraka) di akhirat. Apa yang keluar dati butir mulut insane ini dah diremehkan. Bagaikan burung yang berkata. Tidak diendahnya kata yang keluar dari mulut ini. Yang penuh teguran, yang diiring niat yang ikhlas membantu. Tapi apa kan daya, hati itu sekeras kerasnya. Susah nak ambil apa yang diperkatakan. Cukuplah. Saya dah menjalankan tangunggjawab dan tugas saya. Tapi hati sering berbicara “apa sudah cukup yang kau lakukan ? apa sudah jauh usaha yang kau lakukan ? apa Allah memandang pertolongan mu itu ? apa sudah boleh diketegorikan *pertolongan* apa yang kamu lakukan itu ?” hati ini tak pernah berhenti dari mempersoalkan tentang usaha ku. Apa lagi yang dapat saya lakukan ? yaaa, saya tak boleh putus asa. Ingatlah wahai kawan.. diri mu diiring doaku.


berdoa selagi mampu. :)

Ya Allah. Bantu lah hambaMu itu. Iring dia kejalan yang benar, andaikan dia tak boleh diiring, pimpin lah dia, bantu lah dia, tunjukkan dia, papahkan dia ke arah cahaya Mu, nur hatimu. Bersihkan hati gelapnya, redhakan perjalanan hidupnya, berkati keluarga nya, limpahkan dia dengan rezeki halalmu, jauhkan dia dari kemurkaan Mu, jauhkan dia dari rezeki haramMu.  Peliharalah dia dari azab Mu, dari api Mu. Makbulkan doa hambaMu ini. Aku mohon Ya Allah agar kau memakbulkan doa ni. Bantu sahabat ku Ya Allah. Bantu lah Ya Allah. Ya Rahman. Ya dzaljalaliwalikram. Amin.

Apa yang boleh disandarkan pada diri ini, dipasakkan dalam hati ini supaya apa yang terjadi pada kawan ini merupakan satu amaran pada diri supaya tidak lakukan apa yang kawan buat. Alhamdulillah Allah masih sayang akan diriku ini. Tidak Dia hanyutkan saya dalam lembah itu. Alhamdulilliah. Syukran Ya Rabb. Syukran Ya Rabb. Syukran Ya Rabb.

Pesanan : Diba nak ingatkan. Allah dah plan dah nanti kita kawin dekat mana,  bila, pukul berapa,! Jangan risau ! jodoh tu ditangan Allah. Dah ditetapkan dalam buku kehidupan. Jangan gundah wahai hati. Hah, diba doakan satu hari nanti Allah bukakan kebenaran. InsyaAllah kebenaran demi kebenaran  akan terbongkar. Sabar diba, sabar.
                                                                                                                             
Coretan diba khairy minggu ini (:

No comments: