Monday, 19 September 2011

PMR.

Assalamualaikum pembuka bicara, lafaz Bismillah ucapan mulia, time ni dah nak dekat periksa, adibah dok bukak facebook dan menaip blog nyaaa. Heee. (: ni post before exam. Diba tak berapa ready sangat. Dari mental tak langsung. Rasa gugup berdebar dan berbagai. Hari ni, diba baru check trial punya result. Agak teruk. Hmm, time exam tu tengah demam teruk kan. Ya Allah rasa sedih sangat. Bayangkan dari nombor 5 turun nombor 30. Diba tak nak salahkan situasi, diba memang tak nak salahkan time tu diba demam. Tapi diba nak salahkan diri diba yang leka dan lalai. Hmmm, cuai pun termasuk sekali. Tapi tak mengapa. InsyaAllah kalau ada rezeki 8A’s dalam tangan. Sama-sama la batch 96 doa supaya tahun ni ramai dapat 8A’s. semua nak kejayaan, selitkan dalam doa korang yang kita nak kumpul kejayaan bersama. Walaupun orang lain dapat markah lagi tinggi, tapi kita kena try untuk menerima. Sekarang ni diba nak ingat kan kepada semua budak PMR, jangan leka, masih ada masa untuk belajar, jangan sia-siakan walaupun seminit sebelum masuk dewan peperiksaan. Doa bagi banyak-2. Usaha pun usaha juga, tapi ingat, diiring doa, mintak keberkatan Allah. Misalnya, time kita dapat result, kita dapat 8A’s, tapi 8A’s yang kita genggam tu Allah cuma campak je kat kita. Kita taknak 8A’s yang Allah beri dengan penuh rasa marah, tapi kita nak 8A’s yang kita bawak tu, Allah bagi dengan kasih sayang. Ingat, dalam usaha, masukkan doa, dalam doa selitkan tawakal. Kepada semua student PMR yang result teruk time trial.. usaha lagi. Belum terlewat. Diba pun kena motivate diri macam tu. Kalau diba asyik pandang belakang je, memang tak boleh jawab.

Semalam.,zahidah bagi kad akak dia kawin. Akak dia kawin 09.10.11. time tu hari Ahad kan ? tapi time tu kami semua tengah penuhkan otak dengan ilmu math. Sebab esok hari nyaaa, exammm math. Tapi tak mengapa, RAIHAN, AIDA, SUHAIMI, ASIELA, InsyaAllah join. Zahidah, group kita mesti join wedding tu. Tapi cuma sejam je tau. Suhaimi kata nak sejam je. sebab nak rush ingat formula. Yeah, kami semua study last minute. Tapi ada sebab, otak kami tak sebijak orang lain, kami kena study last minute baru masuk. Memang ada setengah motivator kata tak elok. Tapi, cikgu tusyen diba cakap, ada setengah orang boleh terima time last-2. InsyaAllah masuk apa yang kami baca.

Diba harap, batch kami ramai dapat 8A’s jomla doa sekali dengan Diba (:


Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan hambaMu ini, pada waktu peperiksaan PMR, Kau bukanlah pintu hati kami, Kau terangilah seluruh isi hati kami sebagai mana Kau memberi sinaran Matahari kepada kami pada siang hari, Kau yakinkanlah kami dengan jawapan yang betul. Ya Allah, kami berharap agar, Kau, memberikan kami keputusan peperiksaan yang cemerlang. Di samping kejayaan yang Kau berikan, selitkan kami dengan rasa syukur padaMu, andaikan kami mendapat result yang kurang bagus, jadikanlah kami seorang yang redha menerima ketentuan Mu. Hanya pada Kau kami meminta, dan memohon. Ya Allah, sesungguhNya, Kau lah yang memakbulkan segala doa, tak kira doa itu pendek mahupun panjang., Ya Allah, makbulkanlah doa ini Ya Allah, makbulkanlah. Kami mohon Ya Allah, Kami merayu Ya Allah. Rabb baana aaa tinaa, fiddun ya hasanah’ wafil aaaqhi’roootie hasanah’ waqi’na ‘aaazabannnar. Amin

ALL THE BEST KORANG ! 8A’S / 9A’S, INSYAALLAH.

Yang buruk itu datang dari saya sebagai hamba yang sentiasa melakukan dosa dalam kehidupan, manakala yang baik itu datang dari Allah pencipta seluruh ‘alam.


-Adibahkhairy

No comments: