Monday, 30 May 2011

ibu itu siapa ? untuk apa dan kenapa ?

Ya Allah, aku mohon jutaan terima kasih kerana mengurniakan aku sepasang ibu dan bapa. Di sini diba nak sangat share dengan semua apa jadi ea.

Anak : Ibuuu, ampunkan dosa saya buu. Halalkan susu mu ibu, halalkan jasa mu, redhakan kehidupan ku.                            
           Buuuu,. bu maafkan saya yaaa. buu tolong buuu, saya sayang ibuu. Jangan tinggalkan saya buu.
           Bu takkan pernah akan digantikan dengan sesiapa pun.
Ibu : (dengan nada sesak) Yaa naakk, Ibu ampunkan kamu. Ibu sayang kamu. Ibu mohon kamu doakan ibuu                  
        sewaktu ibu di sana. Ibu sayang anak ibuu. Bukan kehendak ibu, ibu nak pergi nakk. Bukan kehendak ibu.
Anak : Saya tau ibuu. Ibu ampunkan saya ibu. Saya derhaka akan ibu. Saya tengking ibu. Saya ingat lagi waktu  
           tu., saya tendang ibu waktu ibu tidur, saya tampar ibu, saya maki ibu. Ibuuuu, dosa anak mu ini terlalu
           besar ibuu, rahmati lah hidup anak mu ini.
Ibu : Nakk, tak pernah ada anugerah terbesar melainkan mu. Ibu maafkan dosa mu, Ibu yang bersalah kerana
        salah mendidikmu. Ya Allah kau ampunkanlah dosa ku, Ya Allah aku mohon padamu, kau redha kan    
       anakku ini dalam duniaMu.(ibu menghela nafas terakhir nya)
Anak : Ibuuuuuuuuuuuuu !

Besarkan pengorbanan seorang ibu terhadap seorang anak. Tak dapat dibalas dengan harta dan kekayaan. Kawan2, kita sayang dan hargailah ibu bapa kita selagi mereka di dalam dunia ini. Kita sayangi mereka. Kita belai mereka. Ingatlah ibu bapa lah merupakan insan yang terpenting dalam hidup kita tak kira duniawi mahupun ukhrawi.

http://youtu.be/9KO7Q82HB4o

salam ukhwah :)


No comments: