Saturday 20 April 2013

Sabar itu indah :-)



السلام علیکم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ



Sabar adalah satu sifat manusia. Sabar bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung dari daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Pengertian sabar itu pun dah tunjuk kat kita bahawa sabar itu sangat indah. Tak hairan lah kalau sabar itu separuh dari iman. Sabar merupakan senjata terpenting manusia. Terutamanya manusia yang sentiasa menghadapi pelbagai ujian dan mencapai kejayaan.


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertakwahlah kepada Allah supaya kamu beruntung.”
(Ali-Imran : 200)

Cendiakawan telah membahagikan sifat sabar ini kepada beberapa jenis :

      - Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan dalam kalangan nabi.

    -Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtutan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

-Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golong taghut yang pada lahirnya nikmat tetapu pada batinnya adalah azab.

-Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

 -Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah satu usaha mulia dan suci. Ianya adalah warisan rasul dan nabi, mempunyai halangan daripada musuh kebenaran dan kebaikan.

Kita mesti ingat, dakwah ke jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan bahkan kekayaan dan kekuasaan.



maaf, gambar terpaksa di printscreen.


“Sabar itu sangat perlu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang da’ie, bukan sahaja bahkan kemanisan iman akan timbul dalam hati bagi mereka yang bersabar.”


“Sabar itu ialah apabila hati tidak merasa marah terhadap apa yang telah ditakdirkan dan lidah tidak mengeluh.”

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyah/ sumber asal, kak Fatimah. 



70% buku. yang selebihnya datang dari diri sendiri. :-)


adibahkhairy

2 comments:

Sunshine Kelly said...

kesabaran dan kejujuran penting dalam hidup kita

yang ikhlas,
Sunshine Kelly
www.sunshinekelly.com

siti fatimah nur arzmi said...

atotoo..
terselit juga nama akak kt situ.. :)