Thursday 17 January 2013

aku dia mahupun kau (episode 1)


*peeeeeeeeeeeep*
*peeeeeeeeeeeep*

Telephone berdering di atas meja. Bunyi vibrate-nya buat aku tak tahan. Lantas aku mencapai dengan penuh malas.

Hello Assalamu’alaikum..” sapa aku.
wa’alaikumsalam.” Jawab manusia di talian..

Ahhh. Kenapa dia call ni. Haish. Aku malas lah nak berceloteh, bercakap dan membebel ngan kau. Aduish. Petala apakah ni. Bila aku dah mula bermonolog macam orang dalam hospital sakit jiwa.

Maisarah.. Awak dengar tak nih?
Haaaa, dengar dengar.” Aku nak bagi alasan apa nih.. haish. Kalaulah cell dalam kepala laju berhubung sekarang, I can create thousanddd of excuses. Ahhh, tapi brain aku tahap tengah slowmo(slow motion) ni. Maklumlah baru nak terlelap tetiba dapat call.

Kenapa awak call? Nak apa ea?” aku berani bertanya.. maklumlah aku dah malas nak bagi alasan memacam. Dari aku diam..! baik aku soal!
Saje tanya khabar awak. Lama kan Maisarah tak call kita. Tak text semua.” Jawabnya.
Adusssss! Ni pening tahap max ni.
saya busy, Salam.” –tuttttt tuttttt. Phone dicampak atas katil. Selesai masalah. Dari aku nak perabis kredit orang. Haish. Apasal dia call eh? Aku sejujurnya malas kuasa dua darab tiga squre root balik jawapan tu. K mengarut.

Tiba-tiba phone vibrate dua kali. K, tu maksud dia, masuk message.

Maisarah, awak busy ea.. takdelah, saya saja tanya khabar. Rindu lah kat awak..
 Aku sekarang rasa nak vomit pelangi dah ni. Dari perut rasa selesa aman damai, pastu aku terus rasa nak amik baldi nak buang isi perut yang ada.
Dengan bangganya aku buang message tu. Jawapannya... message tu  selayaknya ada di ‘trash’. Harap maklum. “lagha wey lagha.”

Pastu tiga ke empat minit kemudian masuk lagi..
Maisarah, awak ni dah kenapa? Sombongnya... kita dulu kan rapat.
Aku reply dengan laju macam kilat eh.. tak bukan kilat! Macam light! :D physic memang patut diaplikasikan dalam kehidupan. Serious!
Saya busy. Jangan ganggu. Saya tak suka. Jangan dok text I lagi dah. Harap paham”.
Tetiba phone vibrate lagi.. Ahhaaaaa, memang hang ni tak paham kan..! ni aku nak jadi monster ni.
awak kenapa?
Haish.. setelah berapa lama tak message tetiba datang balik. Sejujurnya aku tak undang, dan tak ingin pun nak undang. Aku pandang lama jugak message tu. Macam nak telan. Mungkin aku nak asah mata aku bagi jadi tajam kot yang aku pandang phone aku macam nak makan orang. :P selepas itu.. sejujurnya aku ‘simpan’ message dalam trash. Aku serahkan kat ‘trash’ dengan rela hati, dan rela lagi jiwa raga.

Bila aku kata aku tak suka, jangan kau kata suka, bila aku kata tidak, jangan kau berani kata ya! Aku seorang yang tegas pendiriannya. Cewaaaah, macam lecturer.

------------------------------
Maisarah, oooooo Maisarah!”.
Tersedak aku. Dok berangan kawin dengan prince Willian Jr tadi.
apa” marah aku.
kau berangan akad nikah dengan siapa tadi? Fateh ke? Takpun Muhammad yang qari Malaysia yang comel teramat tu ke?” tegur si kawan yang suka melihat aku tersedak dan sememangnya tak boleh tengok aku berkhayal. Well, sejujurnya berkhayal is not good!

Willian Jr.” Jawabku ringkas padat dan tepat.
Hahaha., wey, berubah taste. High taste.” Sampuk dia.
Cegini wey, aku rasa kan, dari kita bercerita perkara yang takkan jadi, jom gi solat dhuha.” Mencari penyelesaian masalah.
haaa, jom... bagus lah dah sedar. By the way, aku lapar ni, sebelum kelas bio mula, aku nak makan dulu. Singgah lah kantin jap, beli makanan.” Terus mencapai telekung yang berada di atas meja aku.

oke. Aku tak kejam. Aku tak biar anak orang starving. ok, jom.” Sambil menghayun langkah ke surau.
Maisara... aku nak tanya.” Suaranya terlalu serius.
Aku yang naif hanya mengangguk. “apa dia?

sejujurnya aku ni bukan baik sangat, aku ni tak lah alim macam kau. Tudung labuh kat sekolah semua. Aku ni takde ciri-ciri kawan yang kau nak.” Terangnya.
Aku mengangguk faham. Aku pandang tepat ke arah mukanya. Mencari soalan yang bakal ditanya.
aku.. hmmm.
Aku masih diam..
aku malu nak tanya”.
aku tengah fokus dengar cerita kau, pastu kau boleh pulak buat malu-malu ayam kat sini.” Bentak aku.
what? Malu ayam?” muka bingung tahap tinggi. Gayat wooo tengok muka dia.
okeee, back to le point. Kau rasa aku ni layak ke kawan dengan kau, kau rasa kau tak salah pilih ke?
Aku diam. Tanda aku mencari jawapan. Sambil membuka pin ditudung, aku sambil memikir jawapan apa perlu kujawab. Sambil aku membuka pili air untuk ambil whudu’, aku turut sama memikir selaju air yang mengalir.

Setelah selesai solat, setelah selesai doa dibaca.. sambil menyarung kasut, aku kembali bersuara..
aku ni baik ke? Alim ke? Alim aku diukur melalui labuh tudung aku eh?
Si kawan terus membisu tanda buntu tak tahu nak jawap apa.
well, aku pun jahat, aku pun bukan baik sangat. Aku tak faham apa yang korang paham dengan ilmun, sampai aku jadi seorang yang alim. Alhamdulillah korang doa aku jadi seorang yang berilmu. Tapi... sejujurnya aku tak pun. Aku pernah pe coupling ni, aku pernah pe bising-bising, aku pernah jadi jahat.
Si kawan mula fokus dan menunjukkan minat nak tahu cerita aku.
kat luar aku pakai tudung paras biasa je. Asalkan tutup dada, pakai stokin, dah sudah. Cukup! Aku ni pun pendosa. Sebaik mana korang nampak aku ni, depan Allah, hanya Allah tahu aku ni macam mana, bagamaina. Aku rasa lah kan, sejahat-jahat kau, jahat lagi aku. Sebab aku ni jahat dalam-dalam. Kau, buat salah semua tahu. Tapi aku? Aku berlindung di sebalik tudung aku ni. Tapi aku harap hang ni tak salah faham lah. Tudung tu bukan sebagai nak tutup dosa, tapi sebenarnya protection dari buat dosa.”

Aku membetulkan lipatan tudung, berjalan ‘like a boss’, wulawey, langkah demi langkah ku selitkan cerita demi cerita.

Jangan kau salah nilai wey, walau tudung dia labuh selabuh labuhnya.. tak semestinya dia tak buat dosa. Tidak semestinya dia pakai stokin dia nampak alim. Dia buat apa Allah suruh. Tu je. Tu pun kira perkara wajib. Jadi, si kulan pun buat lah. Aku tak kata, yang tak pakai tudung tu baik. Tapi, aku nak ingatkan, yang berlitup litap ni pun bercouple. Zaman sekarang perbezaan antara yang pakai tudung tak pakai tudung hanya terletak di ‘pakai tudung’ tu. Sifat, sikap, nak dekat sama. Ada yang pakai tudung tapi duk kisss dengan laki sana-sini. Jangan salah faham dengan teori tudung tu. Tudung ni, Allah tak suruh pun. Allah suruh tutup aurat. Haaa, bila kita tutup aurat ni secara automatiknya kita akan berkelakuan seperti gadis atau muslimah atau wanita yang menutup aurat. Macam kita tau, menutup aurat ni.... Allah suruh, bila Allah suruh, kita buat, bila kita buat, secara tak sengajanya kita akan buat suruhan Allah yang lain.”

hmmm. Ahhhhhh.” Mengeluh panjang kawanku.
panjangnya weh. Apa maksudnya itu? Faham atau, malas nak tadah telinga?” soal direct woo.
aku faham. Aku mengeluh tu aku faham. Haha.” Eh, gelak pulok dia ea.
aku pun bertuah tau dapat kawan macam kau. Kira best present dari Allah la..” jawab aku dengan penuh bersahaja.
hah? Apa?” soal si kawan dengan muka lapar buku lima.
Kaki sudah melangkah masuk ke makmal Biologi. Kelas bermula.

--Akan ku sambung episodnya nanti.--

1 comment:

Asmi Asmidar said...

yang pasal lepas solat dialog dengan kawan tu akak setuju sangat :)