Wednesday 25 April 2012

Allah :-)


 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم 

Kini diba sedar, yang Allah lebih layak dan terlalu layak tersangat layak untuk dimahkotakan di hati. Ahh, diba dah terkena panahan rindu cinta Allah. Rindu dan rasa sayang sangat. Dan.. hati dah tertutup buat insan yang diberi nama lelaki,. Ahh, kisah apa kalau hilang cinta seorang pemuda. Tiada sedikit pun kebahagian yang mampu diba dapat. Cinta Allah amat-amatlah bahagia. Tak fikir akan duniawi yang penuh pancaroba, yang penuh dengan dusta, yang penuh dengan tutur bicara manusia yang entah apa-apa, yang penuh dengan penindasan, yang penuh dengan penipuan, lenyap terus kepercayaan. Cinta dunia hanya mampu menjanjikan nikmat neraka. Nak di bandingkan dengan nikmat cinta Allah? Jauh sekali lah wahai sayang-sayang sekalian.


Cinta Allah mampu bawa ke syurga. InsyaAllah. Cinta dunia menjanjikan neraka. Astaghfirullah. Cinta pemuda hanya mampu memberikan angan-angan dan membakar nyawa. Sudah cukuplah dengan apa yang diba lalui. Maaf tiada makna? Tiada harga? Hanya Allah memahami. Walau dosa sebesar mana yang kita lakukan besar pintu taubatnya. Malah, Allah bersabar dengan kita walaupun kita dah lama meninggalkan Dia. Nak dibandingkan dengan manusia? Salah sedikit, dihulurkan maaf, tiada makna. Katanya hati terluka. Argh, sudah sudah mencari cinta manusia yang hanya menjanjikan kelalaian. Cukup sekali. Tidak mahu kali kedua. Serik, kata hati. Ya Allah. Engkau lah anggapan segalanya. Kalau cinta manusia hanya mampu buat kita terlupa pada masa, bawa kepada kelalaian ibadah, tak perlulah. Berhentilah. Bahana menanti diri.  Jangan jadi bodoh dengan cinta manusia, jangan jadi mangsa pada cinta manusia. Kalau sekali terjerut, belum tentu dapat keluar. Kan diba bagitau yang cinta manusia tiada bahagia hakiki. Melainkan. Cinta yang halal.


Allah. Allah. Allah. Allah. Cinta yang bahagia. Kekalnya hingga ke akhir hayat. Harumnya cinta Allah. Tidak pernah hilang dari lubuk hati, dasar hati. Kamus mana yang dapat memberi definasi cinta Allah? Meh bagitau diba kamus mana yang hebat sangat tu. Hanya satu buku yang mampu beri definasi cinta Allah ni. Iaitu Al-Quran. Surat cinta Maha Kuasa. Ahhh.. alunan bismillah sahaja sudah mampu buat hati cair. Tak percaya? Cubalah sayang. Kan senang. Bayangkan… itu baru alunan Bismillah.. belum mula baca surah lagi. Bila dah baca surah tu hati makin cair cair, dan MasyaAllah makin cair. Seronok sangat rasa tu. Bila kita cinta akan Allah, cinta pada Allah itu merangkumi seluruh cinta isi bumi. 

Bayangkanlah akhi, bayangkanlah ukhti. Cinta Allah melebihi cinta pada ibu bapa kita. Melebihi segalanya. Kita telah diberikan macam-macam oleh Allah. Tanpa diminta. Kita rindu Allah. Allah rindu kita. Kita sayang Allah. Allah sayang kita. Kita cinta Allah. Allah cinta kita. Setelah dihidupkan kita, ditiupkan roh. Kemudian disediakan bumi. Kemudian disediakan kemudahan di dunia. Kemudian di permudahkan segala urusan. MasyaAllah. Allah. Allah. Allah. Allah. Ya Rabb. Begitu besar cinta Allah pada kita. Apa kita balas? Apa kita terima kasih dengan segala yang diberikan nya? Berapa kali Alhamdulillah disebut satu hari? Berapa kali kita mengagungkan Allah dalam perkara yang kita lakukan setiap hari? Ya Allah. Allah. Kita tak sewa dunia ni. Kita tak sewa! Kasih sayang Allah besar. Jangan kita susah nak sebut nama Allah. Apa yang buat kita susah nak sebut nama Allah? Apa dosa kita? Dosa besar apa yang kita lakukan? Allah. Allah. Allah. Akak-2, abang-2, sayang-2, kita nak jumpa Allah kan? Nak lihat Pencipta kita kan? Manusia.. datang dari cell yang kecil, akhirnya menjadi makanan haiwan di dalam tanah. Allah bersabar menanti kita mencari Dia. Menanti hambaNya memohon taubat. Kami berlindung dari Mu Ya Allah agar Engkau hindarkan kami dari siksa neraka. Dari bahangnya, dari peritnya. Bila jupa dengan Rabbil ‘Alamin, kita tinggal segalanya. 

Saat kita tidak mampu lagi menyebut nama Allah. Di saat kita tiada harta di bawa bersama. Di saat kita tiada apa untuk di bawa melainkan amal ibadah ketika di dunia. Beruntunglah orang yang mengingati Allah, dan Allah mengingatiNya, beruntunglah orang yang mencintai Allah. Dan Allah mencintainya. Beruntunglah orang yang merindui Allah, dan Allah merinduinya…..

Dia merindui Allah. Dan Allah merinduinya. Idea asal-FS

-dibahkhairy <3



No comments: