Friday 13 April 2012

Allah kan ada ;-)

بسم الله الرحمن الرحيم
A’uzubillah hi minash shaitan nir rajim, Bismillah hir rahman nir rahim, Alhamdulillah hil lazhi anzala’ala abdihil kita ba walam yaz ‘al lahu ‘I waja, wassolah tu wassala Muhammad. Asslamu’laikum warahmatullah hi wabarakatuh. Selamat petang.




 Satu antara seribu. Seribu dalam satu. Sejuta dalam sekali. Sekali dalam sejuta. Eh, apa diba mengarut ni… mungkin ada yang tertanya, kenapa diba asyik update blog sahaja, dah diba tak ada apa yang perlu dibuat dan masih banyak ruang masa yang lapang, jadi apa salahnya, menaip ilmu yang ingin dikongsi dengan blogger, sahabat, musuh mungkin. Hehe.. Alhamdulillah, pada petang yang bahagia ini, Allah masih mengurniakan nafas, udara, dan oxygen pada diba, dan Allah masih beri kesempatan buat diba untuk menaip di depan lappy ni. Syukran Ya Allah.
Terngiang ngiang suara budak-budak kecil di depan rumah.

Assalamu’alaikum, Assalamu’alikum…” kedengaran orang yang bagi salam di hadapan rumah.
Wa’alaikumsalam warahmatullah.. Ye, cari siapa?” tanya diba.

Kashaf.. Ni kawan Kashful.” Jawab orang yang berada di hadapan rumah aku itu.
Oh, nak ajak dia main ea..”  kejap ea adik.

*********
Budak kecik pun bagi salam. masyaAllah. Baru umur 6 tahun pun dah pandai. subhanAllah. Bukan senang ye nak didik seorang anak kecil untuk melakukan perkara baik. Yang tak baik senang je diorang dapat. Tapi yang baik ni susah. Baiklah.. tak faham apa diba cakap ni ea? Baiklah, seorang budak 5 tahun baru masuk tadika, nak belajar membaca. Agak-agak, dia pandai tak baca bila kita bentang satu buku…? HAAA, jawapannya, tak boleh. A.B.C pun tak tahu. Ni nak bagi baca buku. Sebab tu lah guru-guru tadika ni berhadapan dengan cabaran yang sungguh besar. Bukan senang tau nak ajar kita, termasuklah budak-budak, ajar untuk membaca. Bayangkan, nak bagi kenal huruf “A” pun amatlah susah.

Macam tu jugak dari segi akhlak. Okeeh, cuba bayang kan ummi(ibu) dan walid(ayah) dia dari kecik suruh solat, ikut mak ayah solat, diba confirm one day, dia akan jadi anak yang soleh dan solehah. Tak percaya? Try la sayangg :-) okee. Hmmm cuba bayangkan, parents dia asyik gaduh je siang malam. Ummi cakap dengan walid pun nada suara yang tahap tinggi. Hmm, nanti anak pun tiru, cakap dengan orang… buat benda yang sama macam apa yang dia lihat.
 Nauzubillah. Hmm tapi, kita doakan lah, supaya, kita dapat menjadi yang terbaik, supaya, anak, cucu, cicit, adik-2 sedara, dan yang terapat, sahabat, rasa gembira sebab dapat kenal kita.


Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,
Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,
Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,
Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,
Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,
Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita.


Diba dapat ayat ni dekat fb. Waalaupun orang tak sayang diba, tak cinta diba, tak tolong diba, tak rindu diba, tak jaga diba, tak bersama dengan diba, benci diba, menyampah, diba tak kesah. Allah kan ada? Kekasih sejati lagi. Serba complete. I still remember the day diba kena marah, fitnah, time tu, diba buntu. Diba tak rapat dengan Allah. But now, dah sedar.. mana kita pergi, apa situasi kita, macamana buntunya kita, ingat… Allah kan ada? Waktu kita susah, Allah dengar je. Waktu kita buntu, Allah bantu. Waktu susah, Allah permudahkan. Kalau manusia, bila kita ditimpa masalah, tak sentiasa ada. Dan semestinya tak selalu ada. Terutamanya dalam keadaan yang betul-2 kita perlukan bantuan..  

Tapi, kita nak risau apa? Allah ada.. Jangan masam sangat muka tu. Senyum sikit
 :-). Hehe.

Alahai, comelnya sayang-sayang sekalian. Nampak macam puteri-puteri dah ha… ayu je. Kan comel senyum macam tu :-)

Diba ada tips nak kongsi. Bila hati kita sakit, Allah nak uji kita. Tapi cuba bayangkan hati kita sakit, sebab ketajaman kata-kata manusia.. memang pedih. Luka lagi tu awak.. bila luka, dia jadi parut. Dan parut belum tentu hilang. Buat sahabat-2 yang rasa hati sakit.. ingatlah, kita sedih, Allah kan ada. Hanya Allah mampu menjadi pelenyap duka kita. Tak perlulah call “kekasih simpanan” yang kita tau, tak berguna pada kita.. “kekasih simpanan” ni, tak faham pun kita. Jadi buat apa susah-susah cari yang tak memahami? Allah yang Maha Memahami kan ada? Apa lah.. hehe. Lepas ni, kita cari Allah ea. Allah suka dan sayang kalau kita asyik “call”, “msg” Dia. Allah tak rimas pun. Malah, Allah lagi sayang. :-) pandai kan diba cariKEKASIH”..


Awak nak tak?

Kita boleh share KEKASIH ni. Malah, tak ada rasa cemburu pun antara awak dan saya kalau nak “bermadu”. Lagi ramai, lagi sayang. Sebab, nak kejar cinta Allah, lagi ramai, lagi kita rasa sayang Allah. Jom lah awak. KEKASIH ni dapat beri kita kebahagian dunia dan akhirat. insyaAllah.
 Awak tak nak ke? JANGAN lah macam ni,. Rugi tau. :-)

Azan Asar dah. Hujan lebat. masyaAllah. Rahmat. Hmmm. Jom solat. Alhamdulillah, siap juga untuk post ke dua bulan April. Harap, bermanfaat lah post kali. Diba sudahi dengan Assalamu’alikum, May peace be upon you wahai ahli-2 jannah. InsyaAllah :-)

No comments: