Friday 2 March 2012

ketika itu..

Assalamu’alaikum..
*****
Pada satu petang yang dingin aku duduk di sebuah kerusi bangku di halaman rumah.. lamunan bermula..
Aku masih ingat pada waktu itu, emak selalu pesan padaku.. “along, tau tak nak jaga anak dara ni sangat susah. Jaga lembu sekandang lagi senang jika nak dibandingkan mendidik seorang remaja perempuan”.. kenapa emak kata macamtu? Remaja perempuan kan manusia.. mestilah lagi senang nak jaga. Lembu? Hmm, payah kot jaga lembu nak dibandingkan dengan remaja perempuan. Apa yang buat emak cakap macam tu? Dah tak sanggup jaga aku ke? Errr. Takkan lah.
*****
Aku asyik berfikir, apa yang membuatkan emak berkata begitu. Jaga aku ni lagi ganas nak dibandingkan dengan lembu ke? Aik.. hmm
Di depan lappy, aku duduk bersila sambil membaca articles tentang *remaja*. Dan kebanyakannye.. tentang remaja perempuan. ‘masalah hati’, ‘masalah zina’, ‘masalah mata’, ‘masalah suara’, dan ‘masalah aurat’. Eh, banyaknya masalah remaja perempuan. Kenapa? “Semua masalah datang dari pihak perempuan je ke?” detik hati aku. Hmm. Tak adil je. Hmm. Allah tak sayang perempuan ke? Astaghfirullah.. takkanlah! Tapi kenapa ada satu article tu aku baca, dalam tu tertulis besar-besar Ramai Wanita menjadi Penghuni Neraka. Terkejut aku. Kenapa? Hmm
*****
Pada zaman Nabi s.a.w, telah berlaku gerhana matahari, lalu Baginda melaksanakan solat sunat gerhana bersama-sama para sahabat Baginda. Ketika solat, Nabi s.a.w, berdiri sangat lama, begitu juga ketika rukuk. Kemudian, Baginda bangkit semula untuk berdiri semula, lalu rukuk dan sujud. Dalam rakaat kedua, Baginda s.a.w kembali berdiri lama, namun tidak lama seperti rakaat pertama. Lalu Baginda rukuk, berdiri semula, rukuk dan kemudian sujud. Nabi s.a.w selesai daripada solatnya apabila gerhana tersebut telah berlalu.
Selesai solar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita.
Para sahabat bertanya: “Apakah sebabnya wahai Rasulullah?
Sebabnya ialah kekufuran mereka” jawab Nabi s.a.w
Mereka bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada Allah?
Baginda membalas: “Mereka kufur(tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada  mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu(yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.’” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas) –sumber: SOLUSI
*****
Hmm. Seram sejuk dengar kan? Perempuan ni macam hasil seni yang halus. Taknak ada cacat cela. Hmm. Rasanya aku dah dapat jawapan kenapa emak cakap macamtu. Mungkin nak membesarkan muslimah ni susah. Nak kena jaga. Didik dari kecik. Jinakkan dengan agama. Perempuan ni, sungguh lembut gayanya. Terdidik dengan sifat lemah lembut. Ganas mana pun perempuan, dia tetap seorang perempuan, bukan lah seekor betina.
*****
Haaa, aku hampir terlupa, perempuan ni kan, satu ciptaan Allah, di mana htinya cepat lembut, cepat baik. Maksudnya, cepat menerima sesuatu. Misalnya, seorang remaja perempuan baru pindah ke sebuah sekolah. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat nakal dan dikenali dengan *taiko sekolah*, tapi, bila pindah, dia rapat dengan geng-geng baik, maka, dia pun berubah jadi baik. Jika sebaliknya, maka sebaliknya lah jadinya. Faham kan?
Hmm. Tapi, sifat perempuan ni jugak, senang kembali balik dengan apa yang dia penah buat. Misalnya, dahulu seorang perempuan ni merupakan seorang yang baik, setelah dia bersahabat dengan seorang yang jahat, dia jadi jahat, lepastu, bila kita suntik dia dengan kebaikan, lalu automatic dia jadi baik balik. Tapi, aku tak dapat bayangkan kalau dia berperilaku sebaliknya… aku harap, dia tak balik kejalan hitam dia. Perempuan! Permpuan! Terlalu banyak garisan yang Allah tetapkan untuk mu. Ketahuilah bahawa Allah bukan membenci mu dengan meletakkan pelbagai garis panduan untuk mu dalam kehidupanmu, tetapi, Allah sangat menyayangimu. Kerana, Allah tidak mahu, wanita ini, perempuan ini, remaja ini, menghancurkan dunia. :)
*****
cunnnnnn kan? ^^,

Kini, aku sudah tahu, mengapa, kenapa, emak kata susah nak didik anak perempuan ni. Sanggup jaga lembu lagi. Haish. Takpelah. Wahai, kaum hawa, jagalah dirimu. Okeh :)
-the end-
Okee, selesai sudah kerja diba. Ni lah yang diba pendam sebulan. Tak terluah luah kat blog. Hehe. Ada lagi tau pesanan diba…
Untukmu wahai lelaki:
Diba berharap, agar semua lelaki dalam dunia ni menjaga hati seorang wanita itu dengan sebaiknya. Tak kira isteri, ibu, nenek, kakak, adik, maksedara, nenek sedara, sepupu, kawan.. Semua kena jaga. Hati wanita ni rapuh. Macam balang kaca. Bila jatuh je, terus pecah. Macam tu jugak dengan hati wanita, bila salah sikit je, hati wanita ni terluka, pecah.. then bila dah luka, bernanah, lepastu, jadi parut susah pulak nak hilang. Kan? Jadi, peliharalah hati wanita ni sebaiknya.
Untukmu wahai kaum hawa:
Diba tahu, wanita memang rapuh pendiriannya,  tapi kuatkanlah pendirianmu, bila hati mu sakit, bentuklah kembali hatimu, kemudian serahkan kepada Ilahi. Diba jamin, bila kita dengan Dia terjaga hubungannya, maka Dia pun ada untuk kita, memelihara kita. Jagalah aurat mu wahai wanita. Tutuplah. Bila sudah tutup, jangan lah kau memperjarangkan pakaian mu, mempersendatkan pakaian mu, dan mempersingkatkan pakaianmu. Tutuplah badanmu kerana Dia. Bukan kerana zaman.

Siap sudah kerja diba. Maaflah ni sahaja yang dapat memenuhi ruang ni. Apa-apa pun, doakan diba eh, nextweek  ada test :D March test—salam ukhwah fillah.
^^,
-
#Lots of love from me, dibakhairy.

2 comments:

shat mashuri said...

bgus.. truskn k :-) sronok layan sambil dengar ayat2 suci..

shortiee :D said...

Terima kasih :)