Monday, 20 February 2012

Angan angan seorang bakal doktor

Assalamu'alaikum,..
doctor <3



Angan angan seorang bakal doktor

Aku duduk di sebuah kerusi kayu di sekolah. Sambil mengintai ngintai pelajar kelas sains melakukan experiment. Hati ku mula berkata “waah, best nye diorang ni. Aku pun nak jadi macam diorang jugak., jadi………, SEORANG PELAJAR SAINS DAN BAKAL DOKTOR.” Waktu ni aku masih di tingkatan 3. Result  PMR pun tak keluar lagi. Haish. Kecik lagi masa tu,.. keje nak berangan je. Nampak pelajar sains, aku dah semacam. Ntah sakit apa. Hehe.
Setahun pun berlalu… (aku di tingkatan 4) impian aku nak amik kelas sains jadi reality. Hati rasa happy sangat. Huh. Tak sangka result PMR aku LAYAK ke kelas sains. Alhamdulillah.
Kisah bermulaaa…
Suatu hari ketika di dalam kelas.. satu kumpulan pelajar sedang sibuk berbincang.. tapi aku pun taktau apa yang diorang ni bincangkan..hmm tiba tiba …
Amirul Aiman : Weh, meh join kitorang..
Aku: Hehe, jap jap.
Husna : Ala, cepat la.. kang kau ketinggalan goooooosssssippp ni.
Aku : Apa yang penting sangat sampai aku kena join ni? *muka pelik*
Husna, Amirul Aiman, Ju, Su, Farish : Weh, jom join kitorang..
Aku : Haaaa, sat. hehe. *setelah tiba di tempat duduk, tarik kerusi. Duduk.* Eh, korang dok gossip apa ni? Haha.
Zafran : Kitorang tengah cakap pasal cita-citaa. *buat tangan macam melakar pelangi*
Aku : CITA CITA? Maksud ? Ambition kita bila kita dah besar lahh ek ? *muka excited nak tau*
Zafran : Haaa. Ye..                                                               
Husna : Aku, nak jadi….. DOKTOR.  Haaa gempak tak cita cita aku ? *kenyit mata*
Aku : Weh, semua pelajar kelas ni nak jadi doktor kan?
Husna : Er, ad ape yang nak jadi pharmacist kan Zafran? Baik kau sokong aku Zaf.. Huhu.
Zafran : Husna yang cun lagi cantik, tu kan cita-cita aku. Tengok, kau dah gitau kat semua.. malu lah aku.. haish. Aku tak nak orang tau cita-cita aku. Nanti dah tak jadi privacy tau. *muka merah macam cili, ceri, dan cili kering -.-*
Aku : Apa yang kau nak malukan?  Itu satu perkara yang kau nak capai.. dannnn….. itu BAKAL jadi karier kau. Apa laa
Amirul Aiman : Wey wey, aku nak jadi doktor jugak. Impian aku, aku nak jadi the best doctor kat dalam hospital tu. Aku nak jadi pakar mata. Haaa, Husna, lagi gempak cita-cita aku.. HAHAHA. Kalah lah kau. Tapi kan, dalam hati aku ada satu angan-angan yang nak aku jadikan panduan untuk berjaya.
Su : Apa weyh? Bunyi macam gempak je.. aku jadi excited gila nak tau ni. Cepat lah gitau.
Amirul Aiman : AKU NAK DENGAN CITA AKU JADI DOKTOR TU,… AKU DAPAT BANTU ORANG SUSAH. DAPAT SELAMATKAN MINIMUM SATU NYAWA SEHARI. *dengan penuh nada bersemangat*
Su : Amboi Man.. hehe. Baguslah kalau macam tu. Haa, korang, aku nak jadi doktor jugak. Same lah macam korang. Tapi yang lainnya.. BIDANG.. aku nak jadi pakar bius. Senang lah aku nak bius mulut koranggg. HAHA.
Ju : Kau tak pernah kata nak niat benda baik lah kan… HMM. Aku pun nak jadi doktor gak ah.. aku nak jadi specialist tulang. Hmm. Okee tak? Hehe.
Aku : Kita bila maksud kelas sains, memang ambition kita nak jadi doktor eh ? hmmm. Great great. Aku dapat rasakan aura doktor korang menusuk kalbu aku. Cewahh. Ayat wa gempak kan? Muahaha.
Husna : Aku nak tanya kau lah.. Apa cita-cita kau?
Aku : cita-cita aku? Sama lah macam korang. Dalam satu group yang sama lah kita ni. D.O.K.T.O.R. KAN? Hehe. Tak pelah. Aku harap, kita semua dapat capai benda ni.
Su : Aku sokong weh. Hmmm, andaikan kita berkerja di bawah satu bumbung. Satu hospital. Waaa. Aku happy gila lah.
Ju : Tapi.. sebelum tu.. aku nak kita semua satu U. haha. Jauh kan aku mimpi? Hahah. Tapi kan mimpi Su pergi jauh dari aku lagi. Haish.
Amirul Aiman : Aku bukan nak cakap lah kan.. korang punya MIMPI tu macam tak akan jadi reality je.. betul tak Zaf ?
Zafran : Aku tak setuju! Kenapa pulak tak jadi reality?
Husna : Sebab, dia tak sayang aku.. kan Man?
Amirul Aiman : Weh. Mana ada. Tak adalah. Biarlah kita berkumpul sebagai keluarga dalam sebuah hospital. Bukan U. sebab, nanti bila masuk U, banyak ilmu dan pengalaman. Bila jumpa muka korang, then kerja pun jumpa korang, macam takde benda nak share, lagi pun.. bila berbeza tempat belajar.. ilmu pun lain sikit. Jadi, bila nak share banyak benda lah boleh gabung.. kan kan ? so, setuju tak dengan aku ?
Aku : Setuju habeh. Haha. Weh, cikgu datang.. nanti bila free kita sambung. Aku nak tarik kursi aku balik tempat aku. Lepak dengan korang tak belajar aku..
Lalu.. kami sekawan pun beredar dari tempat MELEPAK.
***********
Hmm. Pada malam tu. Aku terbaring di atas katil. Sambil fikir apa jadi petang tadi.. betul jugak apa yang diorang cakap. Doktor!  Doktor!  Doktor! Satu profession yang sentiasa berlegar-legar kat kepala aku. Ye ke aku boleh jadi doktor ni? Mampu ke? Aku tengah takut ni. Aku tak boleh bayang dengan apa yang akan aku bawak nanti. Maksud aku.. pelajaran.. FIZIK, KIMIA, ADD MATH.. yang tiga ni pun aku terkial kial.

Cikgu A cakap
benda ni bukan susah. Tapi benda baru yang datang dan tu yang buat kita kata susah.
Cikgu B cakap
semua benda ni awak boleh dapat A+++ tapi.. kena usaha. Tak mustahil.. tapi susah. Susah kerana tiada usaha.

Mungkin benar lah apa yang dikatakan oleh cikgu-cikgu aku ni. Aku kena usahalah lah kott. Hmm.. takut. Bukan usahalah lah kot. Tapi USAHA. tanpa mengalah. Aku pun tak tau lah aku boleh pergi ke tak dengan apa yang aku bawak sekarang.
Along Along….
Tiba-tiba, mak aku panggil. Ter*stop* lah lamunan.
********
Hmm. Pada pagi itu.. seperti biasa kakiku melangkah ke sekolah.. dengan happynya. Hehe. Bahagia ni..
Zafran : Wey wey. Sini sini.
Aku : Apahal?
Zafran : Nanti ada satu pertandingan yang dianjurkan oleh kelab sains dan math.
Aku : Lepastu?
Zafran : Aku nak kau join benda ni. Sebab. Su, Ju, Man, Husna, semua join. Kita buat satu team, minimum 3 orang satu team. Maximum 8 orang.
Aku : Hmm. Okee! Tapi, pertandingan apa?
Zafran : Pertandingan.. ala, dia macam explorace. Hehe. Setiap pitstop ada soalan-soalan yang dia bagi. Budak kelas sains, digalakkan join. *muka serious*
Aku : Nanti aku fikir-fikirkan balik k.
******
Hmmm. Aku ni bukannya pandai sangat. Dalam team aku tu, semua budak 8A’s PMR. Aku ni bukan budak straight A’s. layak ke aku nak join? Kang.. aku terpinggir kang. Hmm. Apa nak buat? Nak join ke, nak tarik diri. Haish.
Hmmm. Aku punya keputusan.. aku nak join. Hehe. Aku excited nak join. Nak timba ilmu dengan bakal bakal doktor dari kelas aku. Hmmm. Agak-agak boleh menang ke?
******
Pada hari pertandingan.. kami sekumpulan berkumpul.. siap baca doa dan segala bagai. Setelah diberikan kan MUQADDIMAH… kami pun terus bergerak. Merantau satu sekolah sebab nak menang. Cari jawapan sana sini. Baru aku tau aura belajar dengan budak pandai. Rasa hebat sangat. Tak disangka sangka, kumpulan kami dapat jadi johan untuk keseluruhannya. Haish. Happy. Nasib baik la Zafran ajak aku join team tu. Merasa juga aku team dengan diorang.. teamwork tu penting tau kalau nak jadi team yang hebat. Aku amatlah happy. Dok ucap THANKYOU beribu kali dekat si Zafran sebab ajak aku join team dia.
********
(di rumah)
Aku kadang-kadang tak yakin dengan diri. Bila di hadapan orang ramai(yang hebat-hebat) aku rasa diri aku down sangat. Tapi bila duduk sorang-sorang….. aku rasa aku mampu untuk yakinkan diri aku. Kadang –kadang aku pun pelik… aku ni boleh ke jadi doktor. Pilihan yang tepat ke? Bila dah jadi doktor.,.. aku mampu jadi doktor apa pulak?! Haish. insyaAllah aku mampu. Impian aku. Aku nak menjadi seorang doktor. Walaupun aku, Zaf, Am, Ju, Su, Husna semua berangan angan nak jadi doktor. Tapi itu lah angan-angan seorang doktor yang mampu menjadikan angan-angan kami menjadi realiti. Amin.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. andaikan Engkau takdirkan kami untuk berbakti kepada ummah kami dengan karier kami sebagai seorang doktor.. Engkau berkatilah. Andaikan ketentuanMu ke atas kami bukan sebagai seorang doktor.. kami terima. sesungguhNya kami tahu, yang Engkau akan sentiasa menyediakan yang terbaik buat kami di dunia wal akhirat. Amin. Ya Rabbal’alamin Ya Rabb.
Angan angan bakal seorang doktor.
-the end-
Cerita tak habis lagi. Kat atas tu bukan cerita tentang diba. Tapi hanya saja suka menaip. Hehe. Nama-nama dalam tu pun tak wujud dalam kelas diba*rasanya lah* tapi tak apalah. Apa yang penting.. diba nak bagi tahu korang.. capailah cita-cita korang selagi mampu. Kalau tak mampu.. jangan mengalah.. usaha dan usaha lagi. Kalau hari ni gagal, cuba untuk jadi yang cemerlang di masa hadapan.
Cita-cita diba memang nak jadi doktor. Maksud diba.. diba nak jadi seorang doktor. Tapi antara mampu atau tidak. Antara angan-angan atau impian. Antara cita-cita atau mimpi. Mestilah diba nak jadikan sebagai sesuatu yang mampu diba buat. Sesuatu yang menjadi impian. Dan satu cita-cita. Tapi.. nak atau taknak je.
Memandangkan budak kelas diba yang bernama Dr. Delimatul Jannah  nak jadi seorang doktor pakar jantung. Takkan diba nak join dia kot? Haa… ada satu petang.. diba lepak dengan Dr. Delimatul ni.. dia ada story kat diba satu cerita.. tapi, takpayah lah kan story kat korang. Dia ada cakap yang neurologist kat Negara kita ni ada 3 orang je. Sedih kan? Hmm. Neurologist ni pakar saraf..haaa.. diba nak jadi pakar pediatrik. Tapi.. lepas Dr. Delimatul cakap macam tu. Diba terus nak jadi pakar neurologi yang ke-4 :D doakan. insyaAllah. Kalau Allah tentukan diba nak bantu ummah dan saudara se-Islam diba, inasyaAllah.. inilah yang bakal menjadi karier diba.
Haaa…. Dalam cerita angan-angan seorang bakal doktor tu, diba buat 100% sendiri. Dan ada lah yang melambang kan diri diba. Okeelah. Ini sahajalah yang dapat diba taip. Apa-apa pun. Apa yang salah itu datang dari diri saya sendiri selaku hamba yang mengabdikan DIRI kepada ALLAH AZZA WA JALLA dan apa betul dan baik itu datang dari ALLAH, PENCIPTA SELURUH ISI ALAM.
Jap, diba nak gitau yang diba rindu putut -.- hehe. Jap tau nak masukkan gambar Dr. Delimatul Jannah.
 to all bloggerrrrrr : thanks sudi baca. :)
Dr. Delimatul Jannah. InsyaAllah... Deli, thanks sbb knalkan NEUROLOGIST :)
100% from dibakhairy,.
Assalamualaikum. :-)

3 comments:

Razil Tahir said...

Have a dream...
Hold it...
Works deadly for it!
You'll be there!!
InsyaAllah!
Good luck!!
-Bakal Doktor tapi Doktor Gigi-
Hahahah XD

CekbOlat-bOlat said...

wahh,hebatnya cita2 adk.. smoga tercapai (^^,)

baiknya kwn2 adk.. mcm crita dlm buku..hihi..

shortiee :D said...

Razil Tahir : :D waaaaa. hebat nye ! :D TQ :) makin semangat nak jadi doktor. :)
Akak Bolat : Heee. TQ akak :) macam dalam buku ? hehe. okeoke. :)