Thursday, 25 August 2011

p u a s a vs r a y a

assalamualaikum. haaa. korang semua sihat ? iman macam mana ? macam mana puasa ? ;) pada saat ini, ketika ini, diba sedang menaip isi post kali ni pada 1.07 a.m dan 26 Ramadhan. bila cakap pasal puasaa.. tengok-2 dah raya kan ? tahun ni tak rasa langsung puasa. apa yang sedih banyak sangat benda jadi bulan puasa ni. diba nak keluarkan apa yang terbuku dalam hati ni. ceeeh. ayat tak boleh tahan. hehe. diba ada seorang kawan. hmm. bukan kawan lah, boleh dikatakan sahabat :) dah lama kami kawan, dah nak dekat setahun berapa bulan ntah. diba pelik sangat, kenapa dia suka tipu diba tentang ibadah dia. sedangkan dia seorang yang boleh dikatakan GREAT. tapi apakan daya, itu lah manusia. yang sentiasa melakukan kesalahan, dosa, dan kesilapan. tapi tak apaa. diba tak marah, kesal dan bengang. hehe. tapi diba kecewa. tak apalah. mungkin ada sebab munasabab nyaa dia jadi macam tu. okee. diba nak kupas tentang puasa kali ni. puasa kali ni, hmm best ke ? meriah ke ? hehe. jawapan nyaa.. bergantung dengan amal kita bulan ni. yee, terletak pada ibadah diri kita sendiri. pada suatu hari, nak ditakdirkan diba diberi petunjuk Allah untuk join tazkirah subuh. mulanyaaa, taknak pergi. tapi ntah kenapa lepas tu nak pergi. best tau tazkirah dia. dalam tazkirah tu dia ada cakap tentang iman + takwa + puasa :) apa itu iman ? iman itu percaya. takwa tu apa ? takwa itu maksudnya mengawal diri dari melakukan perkara yang dimurkai Allah. puasa tu apa ? puasa tu, menahan diri dari lapar dan dahaga, serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. okee. ketiga-tiga perkara ini digabungkan menjadi satu compund. compound yang cukup hebat sifatnya. hmm. apa kait rapat semua ini ? haaa. iman itu percaya. kita percaya Allah itu sifatnya WUJUD. kan ? jadi bila kita percaya akan kewujudannyaa. maka, kita akan melakukan takwa. bila kita dah percaya adanya Allah, maka kita sayang Dia, melakukan perintahNya, meninggalkan laranganNya. okee. jadi apa pula kaitan dengan puasa ? puasa itu perintah Maha Kuasa kepada kita, tetapi kesempurnaan puasa kita bergantung kepada dua elemen tadi *iman + takwa* jika iman dan takwa menjadi satu benda yang kukuh, maka.. InsyaAllah, sempurnalah puasa. okee. hehe. dalam tazkirah tu, penyampai tazkirah tu ada cakap, kalau nak ilmu cepat masuk dalam kepala, kita kena belajar time lapar. tak tahulah kenapa. tapi dia cakap macam tu. pastu, dia ada cerita tentang rayaa. haaa, bab raya ni panjang sangat. tapi diba ringkaskan lah yee. okee. lepas puasa kita raya. bila sebut pasal raya je, kita mesti cakap yang kita dah merdeka dari puasa. tak sabar menunggu raya dan gembira meninggalkan Ramadhan. happy ke ? amboii.. hehe. kalau orang yang menghargai bulan Ramadhan, dia sedih meninggalkan bulan Ramadhan. bulan ni kan penuh dengan pengampunan. haaa. tengok, Allah nak bagi keampunan kat kita. tu pun tak nak ke ? korang tak sabar celebrate raya, yang kononnya kata celebrate hari kemenangan. tapi sambut raya dengan kemenangan bulan Ramadhan ke kemenangan kegagalan menunaikan tanggungjawab Ramadhan ? haaa. tak faham ? macam ni concept dia, kalau kita banyak melakukan ibadah dan banyak mengingati Allah dalam bulan ni,.. maka kita menyambut kemenangan mengharungi Ramadhan dengan jayanyaa. tapi, jika kita gagal melakukan perintah Allah, nak buat solat wajib pun susah, apatah lagi nak buat terawih, nak baca sehelai mukasurat Al-Quran pun susah, tapi baca muka*facebook* sampai berjam-jam boleh pulak, maka kita menyambut Syawal dengan kegagalan. haaa. ni yang pelik kan ? tapi inilah fakta. okee. lepas baca post ni, diba nak korang amik cermin besar, tengok diri korang. korang celebrate raya ni dengan apa ? A. KEGAGALAN B. KEMENANGAN. renung renungkan balik. belum terlambat nak buat semua tu. ada lagi peluang. Allah tak kedekut. jadi jomlah buat apa patut ea. kalau yang nak solat wajib tu susah, buat lah. jinakkan diri. pastu pergi terawih. pahala banyak tau. bulan ni je ada terawih. jadi rugi la kalau tak buat. and ada satu lagi isi dalam tazkirah tu, dia cakap Allah sayang orang yang buat perkara sunat. tapi tak bererti Allah tak sayang orang yang buat benda wajib. perkara ni diibaratkan macam ni, *kononnya korang ada dua menantu, kononnnya ! hehe, satu menantu ni, dia buat benda basic je, alaaa, macam benda yang kita dok suruh selalu lah. macam cuci basuh pinggan, cuci baju, lipat baju,kemas-2. pastu menantu kedua ni dia buat apa yang kita suruh, and benda yang tak suruh pun dia buat., contohnya, dia cuci tingkap, cat rumah.* kita mesti sayang yang kedua kan ? yang buat lebih, yang buat something yang buat kita happy, tak yah suruh pun dah buat. kan senang ? perumpamaan cerita ni, sama lah dengan Allah. Allah sayang orang yang buat yang wajib, tapi Allah lagi sayang orang buat yang sunat. tapi sebelum buat yang sunat.. mantapkan yang wajib. wallahu'alam. :)


yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.


salam ukhwah.


adibahkhairy.

No comments: