Tuesday 20 March 2012

kisah demi kisah

“WOI, KAU TAK BERTUGAS LAH!”, “AKU BERTUGAS LAH”
Diba ingat lagi ayat ni. Seorang budak junior menengking diba. Adik, awak tak reti nak respect orang tua ke? Haaa, kan dah kene ngan akak. Awak cakap dengan girlfriend awak baik sangat. Tapi kenapa nak cakap dengan orang yang tua dari awak, awak guna tone suara yang tinggi. Awak dah tak tahu nak hormat ea. Kannnn dah kene ngan akak lagi. Akak pun tahu apa itu erti tangunggjawab, dan akak buat. Bukan akak tak bertugas. Awak yang datang tick nama lambat. Pastu, awak suka suka menengking orang kan. Adik, tahun ni awak ada peperiksaan besar. Jangan cari pasal. Hehe. Bahaya. Akak taknak menyumpah adik. Kanggg.. dapat dosa pulak. Pastu kalau sumpah serapah tu terjadi atas diri adik… haaaa, tak merasa straight A dik. Akak bukan apa, akak nak tegur, tapi mungkin adik dah biasa lah kan.. takpelah. Akak tak kesah. Pahala dosa Allah yang bagi. Akak maafkan dah adik. Tapi, I really hope.. yang one day adik akan cakap dengan akak, dengan hormat. Okee. TQ.
Selesai sudah kisah budak tu. Diba tak pernah lagi cerita pasal kemarahan diba kat dalam blog ni. Agaknya, diba betul-betul rasa kecewa lah ni kan? Hehe. Tak pelah. MAY ALLAH BLESS HIM. AMIN.
*********************************************************
Korang, diba nak tanya, awak semua tahu tak apa erti pertemuan? Jangan lah bukak kamus dewan. Tak classss lah. Hehe. Takpelah. Malas diba nak hurai erti pertemuan ni. Rata-rata dah tau kan? Jadi takperlu explanation lagi dah.

Satu pertemuan membawa kepada kebahagiaan,
satu pertemuan membawa kepada perpisahahan,
satu pertemuan membawa kepada seribu tangisan,
satu pertemuan…………….membuka pelbagai cerita.


Aku masih ingat, pada tika itu, waktu itu, hari itu, satu pertemuan telah berlaku. Antara aku dan dia.Di dalam kelas yang kami sama-sama belajar, sama-sama bergelak ketawa. Aku tak sangka yang aku akan bersama dengannya selama dua tahun. Sama kelas. Tapi, bila sudah naik ke tingkatan-3 aku sudah tidak lagi sama kelas dengan dia. Tapi, persahabatan kami tetap okeee je. Bila dah naik ke tingkatan-4, aku dan dia gaduh. Hmmm. >< sedih. Hilang kawan. Tapi, aku ada dengar orang kata, yang apa yang dinamakan “kawan” akan kekal sebagai kawan. Betul ke? Bila dah kawan, ada ke erti perpisahan. Maksud aku, dah ‘tak ada nilai sahabat tu’. Hmmm. Tak ada kan. Kawan, akan sentiasa kekal selamanya. Gelak ketawa tu takkan pernah hilang.
Aku masih ingat, bila bukak cuti je, mesti kau datang kat aku, kau cakap yang kau rindu sangat kat aku. Sekarang dah takde. Sekarang dah hilang dah suara tu. Dah hilang orang tu. Aku rindu benda tu. Aku tahu, aku tak baik. Aku tahu aku taklayak berada di samping kau. Tapi tak mengapa. Cukuplah hidup aku sekarang datang dan diiring dengan kenangan-2 lampau tu. Selama 3 tahun perkenalan.. aku bahagia. Aku rasa tak menyesal pun kenal kau. Aku gembira sebab dapat kenal kau. Walaupun sekejap. Sekejap pun bermakna.


Satu warkah nak aku hadiahkan pada kau. Walaupun, aku tahu, kau tak bukak dah pun blog ni. Tak singgah, tak melawat pun. Tapi tak pe. Okee :) aku tetap akan menaip jugak.

Wahai sahabat,
Dulu aku perlukan kau dan sentiasa memerlukan kau, selepas kau pergi, aku mungkin keseorangan. Tapi, pemergian kau, banyak mengajar aku, supaya tidak lagi bergantung harap pada seseorang,. yang orang nampak itu buruk kau. Tapi depan mata aku… ia berbeza. Aku ingat lagi, setiap cuti, mesti ada text dari kau. Tapi sekarang itu cuma kenangan. Masa kat sekolah, mesti dengar suara bising kau.. tapi sekarang sudah takde. Nak kata aku ni gila bayang lepas kau hilang. Ye, memang pun. Macam hilang permata. Kawan tu, memang ibarat pasir di tepi pantai, tapi, sahabat tu umpama mutiara di celahan pasir. Cuba kalau kita hilang mutiara tu.. mesti kita sedih. Sebab, nak terhasil satu mutiara tu mengambil masa.kalau dulu ada istilah share dalam persahabatan, tapi sekarang dah tak. Andai buruk itu aku, aku memohon seribu kemaafan. Andai jahat itu aku, aku mohon seribu satu kemaafan. Alhamdulillah, sekarang kau dah bahagia. Dapat kawan yang baik, bijak dan lebih berguna dari aku. bagi aku, kebahagian yang kau dapat, aku dapat jugak merasa. Andai hilang aku membawa kepada bahagia diri kau.. aku terima. Aku cuma berharap, aku turut juga berkorban dalam kebahagian dalam diri kau. Harapan aku, kau tak lupa masa kita ketawa, masa kita menangis.. aku masih mengharap satu pelukan dari kau. Dari seorang sahabat aku. Dari seorang yang pernah menjadi bahu aku. Dari seorang yang pernah jadi sumber inspirasi aku. Dari seorang yang banyak berkorban untuk aku. Dari seorang yang tak pernah jemu bantu aku. Aku masih ingat waktu sebelum nak PMR.. ingat tak kita sama-sama pergi cari soalan math. Nak try buat. Nak dapat yang terbaik untuk PMR. Aku harap, kau tak lupa benda tu. Susah nak dapat sahabat yang betul-2 nak kejayaan seperti kau. Tapi, semuanya sudah hilang. Macam pasir yang ditiup atas tapak tangan. Hilang begitu sahaja. Bagi aku, walaupun benda tu berlaku dalam sekelip mata. Tapi aku betul-betul rasa sangat bermakna. Terima kasih sahabat. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih sebab banyak mengajar aku. Jutaan terima kasih pun tak mampu dibalas dengan segala yang kau telah lakukan. Sampai ke hari ni, adik aku nak bercakap dengan kau. Nak aku call kau. Tapi, aku dah taknak kacau hidup kau. Pada hari ni, adik aku masih bertanya pasal kau. Tapi, itu semua dah nothing bagi kau.. aku terima.

Ni ada sedikit kata-kata yang aku betul betul khaskan untuk kau sahabat.
If you cannot be a pencil to write anyones happiness,
Then try at least to be a nice eraser to erase everyones sorrows

Ikhlas dari BEKAS sahabatmu (:
__________________________________________________
Kepada semua pembaca, post kali ni banyak berkisar tentang hal-hal beribadi diba, maaaf ea. Tapi untuk pengajaran kepada semua pembaca, agar anda semua hargai kawan kawan anda, sahabat-sahabat anda, rakan-rakan anda.. ada satu hadis ni, diba dengar kat tv.

“Allah akan berpaling mukaNya dari dua golongan ini ketika di akhirat nanti, yang pertamanya, orang yang memutuskan silaturrahim, yang keduanya, jiran yang jahat”

Nauzubillah. Allah berpaling mukaNya, maksudnya dia membenci dua golongan tersebut. Diba harap, supaya tak tergolong langsung dalam golongan-golongan tersebut. Amin.


HABIS SUDAH. MOGA DAPAT MEMBERI PENGAJARAN SEMUA, JANGAN JADI MACAM DIBA. TERUK :)

No comments: