Monday 5 March 2012

KETENTUAMU.. mampu buat aku tersenyum



Assalamu’alaikum.
Hari ini aku kehilangan dia. Apakah aku akan sentiasa kehilangan makhluk yang bernama dia? Ahh.. benarkah ya Robb? Apakah segala yang terjadi ini akan mendapat redhaMu? Betulkah Ya Rahman? Benarkah Ya Rahim? Aku sedih. Aku gelisah. Aku ingin meraung, meratap di hadapanMu, agar Kau hapuskan dukaKu ini. Perit Ya Allah, sakit. Datangnya bagaikan madu yang tak hilang manisnya dimulut lalu gerak ke hati, tapi bila perginya, rasa pahitnya yang teramat, sungguh kelat sehingga dapat rasa ia menusuk ke dalam batinku. Hebat sungguh perasaan itu. Tapi, andaikan datang nya perasaan itu sebelum datang yang halalMu. Aku minta agar Kau jauhkanlah. Bawalah perasaan itu pergi. Memang perasaan itu fitrah manusia, tapi ia akan menjadi fitnah jika datang dengan haramnya. Aku mohon, andai itu dinama zina, dan ia buat aku hilang dari cahaya dan landasanMu, maka, aku merayu, aku merayu, memohon, agar, kau hapuskan perasaan itu, matikan hati yang datang dengan perasaan itu dan bangunkan hati hanya untukMu. Ya Allah..
Hatiku hanya untuk insan yang bernama suami, insan yang menjadi imam buatku, insan yang mendampingi aku, insan yang akanku kongsi rahsia hidup, manis hidup, pahit hidup, insan yang menjadi pelengkap hidupku, insan yang memberi aku seribu makna HALAL, insan yang akan bertakhta di hatiku. Apa ini yang akan Engkau datangkan buatku Ya Allah. Andai ini jalanMu, ku terima. Hati ku bagaikan kaca yang pecah. Sudah dipegang lalu dilepaskan atas lantai. Hmm. Tapi Ya Allah.. aku tahu ketentuanMu sungguh indah. Kau genggamlah hati ku. Kau pegang.. agar, hati aku terpelihara atas redhaMu Ya Allah. Tapi.....
Aku sedih, aku resah, aku gelisah, aku sakit.. TAPI.. kalau ini mengejar redhaMu, aku terima. Walaupun apa yang terjadi, aku hanya mampu meminta secebis kebahagiaan dariMu. Kerana hanya padaMu aku bergantung seluruh hidup matiku. Andai segala di dunia ini Engkau tarik, aku pasrah, kerana, aku masih ada Engkau yang menemaniku, yang mendengar suara ku, yang melihat tindak tandukku, yang sentiasa ada dalam hati tak kira susah, tak kira senang, tak kira bahagia atau berduka. Syukran Ya Allah. Hanya Engkau Kekasih sejati ku. Biarlah dia itu mengecapi hidupnya tanpaku. Aku tahu, dia akan mendapat insan yang lebih baik dari aku. Doaku, aku berharap, dia sentiasa istiqamah dengan setiap apa yang dia lakukan.
syukran Ya Allah <3

We Ask - He gives, We Cry - He listens , We Sin - He forgivese, We Repent - he accepts, We knock - He opens, We Attend - He welcomes, We Request - He gives, We question - He solves, We insist - He grants
'Everything we do is about us' And'Everythin he does is also about us'

so which of ALLAH's favours can we deny.
SubhanAllah... :)

buat si dia: aku berharap, agar kau istiqamah, kau jagalah hati zaujahmu nanti. doaku, aku berharap, agar kau mengecapi bahagia mu lebih dari apa yang kau harapkan. dan, jadikanlah masjid itu sahabat baikmu, dan jadikanlah Al-Quran kalam KEKASIHku sebagai peneman hidup dan matimu. syukran ya akhi buat segala-galanya. <3

lots of love- dibakhairy.

7 comments:

Anonymous said...

Salam buat adik, dah lama akak tak jumpa adik. Hari tu akak ada call number 019, tapi x boleh pun. nanti apa2 hal, call number akak, akak x tuka number pun :) post yang bagus. cantik blog adik.

-sis Nur Syaffina.

shortiee :D said...

Wa'alaikumsalam. Ya Allah akak, lama tak jumpa jugak. Rindu akak. Diba pakai 017. dah bape lame tak guna number 019 tuuuh. akak, rindu sangat. akak jadi fasi lagi kan sekarang? tak rindu umi?

Anonymous said...

akak x larat refresh page dah dik. hehe, ha'ah masih lagi fasi. nape? nak join ke kem lagi ke? huhu. mak bg ke nanti?
-sis Nur Syaffina.

Anonymous said...

sama dgn situasi sy skrg...^^

shortiee :D said...

Hmmm :-) Mrs or Mr Anon, kita mungkin akan kehilangan seseorang.. Tapi, ingatlah, kita tidak akan kehilangan yang Maha Kuasa :-)

ADIE said...

hoho...rlks awk kn strong..teliti stu pjlnn knpe?bagaimana?dn mcm2 persoalan...ea...xpe...kte setia dsisi...lgi tertulis di takdir kn..

shortiee :D said...

Abdul Hadi. Thanks comment. Ye. Awak lah sahabat dunia akhirat ;-) Thanks :-)