Tuesday 10 April 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan namaMu ya Allah, pada hari yang panuh bahagia ini, hambaMu ini membuka cerita pada hari ini. Hati ku tidak lagi dalam genggamanMu. Aku terasa jauh dariMu, malah jauh dari cintaMu.. Mengapa ku terlalu leka Ya Allah. Apa pintu taubatMu masih terbuka buatku? Ya Allah, andai esok hari ku mengadapMu, mampukah diri ini Ya Rahman? Mampukah langkahku benar-benar menuju ke arahMu? Atau perjalananku itu membawa kepada azabMu? Masih banyak soalan yang belum punya jawapan, masih banyak pertanyaan yang dahagakan kesimpulan. Aku masih di atas air.. yang hanya mengikut arusMu, yang hanya bergerak tanpa tahu langkah berikutnya. Aku buntu. Aku kesal. Banyak kesilapan, keterlanjuran yang telah aku lakukan. Hina sungguh diri ini. Apakah mampu aku berdepan denganMu? Takut Ya Allah. Aku takut dihina Engkau. Sedaya mungkin akan ku cuba ke arahMu, walaupun perjalanan menujuMu itu tak mudah, tak senang yang disangka dan sesuatu yang tak dijangka. Hari ini, hatiku bagaikan pecah. Sakit. Tak mampu lagi aku tahan. Hari demi hari aku dapat rasakan kehilangMu, dapat rasakan yang Kau pergi jauh dari ku, dapat rasakan tiada siapa yang mendengar luahan hatiku. Aku minta padaMu, agar, mampulah aku bertemu denganMu. Tak tahan lagi derita ini. Sakit sungguh hati ini. Aku tahu Engkau Mengetahui. Malah, MAHA MENGETAHUI. Aku tak layak ragu dengan perkara itu.

Andai hari ini, aku keseorangan, aku tahu, Engkau disebelahku. Berada disampingku. Bantu ku. Menghadapi liku-liku hidup..

Aku masih ingat ketika itu..

****loceng sekolah berbunyi***
Aku terus mencapai beg dan terus menuju ke pagar depan sekolah. Aku tak tahu mengapa, pada hari itu aku begitu sedih. Yang teramat sedih. Aku rasa lemah. Aku terus ke bus stand untuk menahan taxi. Ketika menunggu, aku terfikir, aku nak pulang ke rumah atau, terus ke McD Melati Utama. Tiba-tiba tangan ni sudah pun menahan taxi.

adik, nak pergi mana?” soal pemandu taxi.
McD Melati Utama pakcik.” Jawab ku.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku pun taktahu, kenapa McD jadi destinasi aku selepas pulang dari sekolah hari tu. Setelah tiba.. aku terus meluru masuk ke dalam McD.. selepas selesai order makanan, aku terus berjalan menuju ke meja. McD lengang pada hari tu. Tu menjadi satu tanda tanya bagi ku. Susah nak tengok time lunch lengang. Setelah selesai makan. Aku duduk dan termenung tv kat McD tu. Aku tertanya.. kenapa sedih sampai macam ni. Apa dah jadi dengan aku ni? Huh! Aku tak sanggup tunggu kat McD tu lama-lama. Aku terus mencapai beg dan keluar. Takut ayah risau. Aku terus berjalan pulang ke rumah. “malas lah amik taxi. Mambazir je. Jalan je lah..” hati ku berbisik.
Tiba-tiba, guruh pun berdentum. Aku jadi risau. Kalau lambat alamat tak sempat solat Zohor kat masjid.. dari belakang aku disapa oleh seorang tua cina..

awak ada RM 2 tak?” soalnya..
ada.. kejap ea”.. jawabku sambil menyeluk poket.
nahh, aunty nak ke mana ni?” soalku,.
terima kasih. Saya nak tahan bas balik.”
sama-sama” jawabku. Terus aku berjalan laju,. Takut nanti apa-apa pulak kan.

Tiba-tiba.. aku terfikir.. situasi tu sama seperti di sebuah stesen putra Dang Wangi..
Seorang cina menegur aku, dan meminta sekeping seringgit. Aku agak terkejut kenapa lah dia mintak kat aku. Sedangkan.. ramai orang kat situ.. aku terus berjalan dan tiba-tiba hujan terus terun dengan lebatnya. Aku tak nak tunggu lama atau tercangak kat mana-mana tempat. Bazir masa. Baik balik terus. Zohor pun belum..

Agak jauh sebenarnya McD dengan rumah aku. Ada shortcut. Tapi aku tak tau kenapa kaki aku mengorak langkah jalan jauh. Badan basah kuyup. Dah lah rumah jauh lagi. Payung tak bawak. Aku berlawan dengan masa. 3.30 petang mesti sampai dah. Jam pukul 2.45 petang. Jalan nak sampai setengah jam. Lari anak, 25 minit. Lari laju 20 minit. Aku prefer jalan. Selamat.


Sepanjang perjalanan aku terfikir..

 Kenapa hati ini sunyi. Kenapa? Hati ini bagai tiada lagi bunyi dup-dap-dup-dap. Bagaikan mati hati ini. Hati ni mati kerana aku lupa akan Engkau Ya Allah? Begitu kah Ya Allah? Aku mohon ampun. Andai aku ini sudah tidak memberi apa-apa kebaikan, manfaat, kegunaan, maka Engkau cabutlah nyawa ni. Aku sedih sebab aku tak mampu mengejar ke arah kebaikan. Hati aku cepat alpa dan leka dek arus leka dunia. Ampunkan aku. Aku tahu, Engkau sentiasa berada disamping ku.. menjadi pendokong semangat aku. Cinta hati ini hanya mampu bermahkotakan nama Mu. Ya Allah.. lenyapkanlah derita ini dengan hujan ini. Lenyapkanlah duka dengan hujan ini. Lenyapkanlah sunyi ini dengan hujan ini. Sesungguhnya ini rahmatMu. Bawa aku dengan rahmatMu. Hidupkan hati ini dengan rahmatMu.. hati ini tak mahu sunyi. Ingin ceria dan kembali hidup seperti dulu. Sudah lama aku tak merasa ke masjid, pagi-pagi.. sungguh indah. Hilang seribu keresahan. Didatangkan sejuta kebahagian.. bangun pagi... subuh di masjid. Imam yang sungguh lunak bacaannya.. seperti Abdur Rahman As Sudais. Merdu. Tapi... dan lama tak rasa bahagia macam tu. Dulu... waktu subuh, sebelum pulang dari masjid, aku akan duduk dekat dataran masjid, dan banyak burung datang. Bahagia. Indah.. tapi sekarang.... –berserah.

Tibanya aku di rumah.. terus mencapai tuala. Dan mandi... solat. Setelah selesai solat... aku hanya mampu menundukkan muka. Malu.. sedih. Aku hanya mampu menangis. Menangis..
Aku seterusnya mencapai telefon. Dan menaip message.


Aku : Salam, diba nak tanya.. Kenapa Allah ciptakan kita perasaan sedih?
HAMBA ALLAH YANG KU SAYANGI : Hum..krn.perasaan itu adlh nikmat.utk adnye bls kshn.dn tnduk dgn stunduk2nye.sbg hamba.
*Hum. Kerana perasaan itu adalah nikmat, untuk adanya belas kasihan dan tunduk dengan setunduk tunduknya sebagai hamba.*

Aku : Awak, bagi tips tenang hati.
HAMBA ALLAH YANG KU SAYANGI : Huh.wdhuk solat smpi tnang.
*Huh. Wudhuk solat sampai tenang.*

Aku hanya mampu tersenyum dengan jawapan dia. Allah masih sayangkan aku dengan menghadirkan seorang sahabat yang mampu ada untuk aku, dan seorang yang mampu menyimpul konklusi bagi setiap persoalanku. Syukran wahai sahabat.

Aku mula terfikir, yang aku kesunyian, kesepian, kemurungan.. kerana hati aku mati tanpa cinta Allah. Aku tekad.. kali ni, walaupun aku kesunyian, kesepian, kemurungan.., aku yakin yang aku masih ada Allah yang boleh memberikan aku kejayaan, kebahagian di dunia dan akhirat kelak. insyaAllah.


p/s : kejarlah cinta Allah. Sesungguhnya itu akan membahagiakan kamu, diba pernah lupa Allah buat seketika kerana mengejar cinta seorang hamba Allah. Tapi akhirnya, cinta yang tak suci itu membawa kepada perpisahan. Cinta pada Allah mampu membimbing kita kepada bahagia, dan juga kepada ketenangan. Jangan terlalu mengejar cinta yang kita tak tahu kesudahannya apa, yang mampu membawa bahana. Ya Rahman, syukran sebab Engkau kembali memapah ku kejalan dan landasan Mu.


è SEKIAN SAHAJA POST KALI NI. NI SAHAJA YANG MAMPU DIBA KONGSI. INGAT. CARI ALLAH, SEMUA, HIDUP DIRAHMATI, TAPI BILA CARI KEHIDUPAN, TANPA CINTA ALLAH, HIDUP PENUH DENGAN CELAKA.


Maaf kalau ada yang terasa ke apa ke. Ni kisah hidup diba 100% jadi, hanya nak dijadikan tauladan. Syukran kerana membaca. May peace be upon you. Assalamu’alaikum. ^^,

6 comments:

AL AZRUL said...

blog yg bagus..
sya jga prnh buat blog bercorak islamik, bru je wat, sdg kumpul materila, perlu byk bljar dn mmahami lgi..

shortiee :D said...

syukran di atas comment yang membina. ye. :-) Islam satu agama yang luas. Banyak perlu diteroka. Banyak lagi yang perlu kita belajar. :-)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

lagu yuna tu sdp gak kn...sedap sket la dr besa...unik2..

hmmm.. lg satu baru prasan.. cantik jugak google chrome ni kan..sll ad gak pkai mozilla... ad gak pkai opera..tp google ni mcm stail sket..

dekat mana nak beli choki2 ye.. kat seveneleven ada tak..?? pastu kedai mak limah tepi simpang agak2 bukak tak rini. sebab rasa nak beli makanan utk kucing.

tp kan dengar cita. kedai basikal ah chong pon dah jual rojak kan. agak2 sedap x..?? hmm.. teringin lak nak makan..



heeee...


lagipon hmmm... xtau la nk kata apa.. ;p

adie said...

assalamualaikum..huhu...fst thnx a lot diba...syg awk...awk nmpk hbt...truskn pjuangan tnpe noktah...tp...nk bg tau ckt...yg dlm bhse arab tlis dlm jawi bley sbb ad yg lari tu...cbe tgk blk ea..humm...teliti n fhm solat...kalau rse solat itu paksaan krn wajib...bhye..die stu printah...tp cube tkar prntah tu kpd kerelaan..itu lagi khusyuk dlm solat...kalau x fhm text lah kite,ea...hayati perjanjian kte dgn Rabb..alfatihah kte fhm terjemahan tp cube cri pule tafasiran...sblm bismillah..stu per satu ayt knpe ayt ni dlu..lpstu ayt tu...cri n selam...insya'Allah kamu akn hmpr jd sprti Rabiatul Adawiyah..knl kn??die hanyut dgn cnte Allah...die lesap dgn cinte dunia tmasuk diri die...yg mersa dri die pon x wujud...itulah cinte yg sbnr dgn Rabb...

adie said...

assalamualaikum..huhu...fst thnx a lot diba...syg awk...awk nmpk hbt...truskn pjuangan tnpe noktah...tp...nk bg tau ckt...yg dlm bhse arab tlis dlm jawi bley sbb ad yg lari tu...cbe tgk blk ea..humm...teliti n fhm solat...kalau rse solat itu paksaan krn wajib...bhye..die stu printah...tp cube tkar prntah tu kpd kerelaan..itu lagi khusyuk dlm solat...kalau x fhm text lah kite,ea...hayati perjanjian kte dgn Rabb..alfatihah kte fhm terjemahan tp cube cri pule tafasiran...sblm bismillah..stu per satu ayt knpe ayt ni dlu..lpstu ayt tu...cri n selam...insya'Allah kamu akn hmpr jd sprti Rabiatul Adawiyah..knl kn??die hanyut dgn cnte Allah...die lesap dgn cinte dunia tmasuk diri die...yg mersa dri die pon x wujud...itulah cinte yg sbnr dgn Rabb...

shortiee :D said...

Abdul Hadi, syukran :> Nanti lah diba text. Takde credit. Malas topup. Slah ejaan yang next post tu ea? Susah lah nak amik yang arab. Nanti diba check. Oke. :-)